Penjagaan kulit memang penting terutamanya bagi kaum wanita. Untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri, adalah penting untuk korang memilih produk yang sesuai dan baik untuk kulit.
Kadang-kadang, tak perlu pun produk berjenama mahal. Apa yang ada dijual di drugstore tu pun sebenarnya bagus, cuma korang perlu tahu fungsi dan manfaat produk tersebut.
Jangan risau sis, produk drugstore yang okay dan best gila, baca perkongsian daripada Herry Rozular ini. Harapnya dapatlah membantu korang mencari produk yang sesuai dengan harga yang berpatutan.
1. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On
Kalau korang mempunyai masalah ‘mata panda’, nah cuba cari produk ini. Harganya tak mahal sekitar RM25 kalau tak silap. Siapa yang ada eye bag tu boleh pakai, memang best mata rasa sejuk saja
2. Blackhead/whitehead
Cara nak pakai, wajib basahkan hidung dulu. Lepas tu, tepek saja pack ini. Biarkan sampai pelekat itu dah mengeras, kemudian cabut je. InsyaAllah mencanak-canak blackhead keluar melekat dekat pore pack tu. Harganya dalam sekitar RM13, bergantung kepada jenama.
3. Hand lotion
Kalau rasa kuku tak cantik, korang bolehlah cuba produk ini. Ia juga boleh menguatkuatkan kuk. Kalau keliling kuku tu macam skin tak sihat sangat, then inilah produk yang sesuai. Harga bawah RM10.
4. Sunblock
Produk ini untuk orang yang ada masalah kulit berminyak. Sunblock ni memang terbaik, pakai tak berminyak pun. Jenama ini ada banyak jenis. So, this one untuk oily skin. Harga dalam bawah RM40 sahaja. Paling best, boleh pakai dibadan dan muka.
5. Sunblock untuk normal skin
Ads
Ini pula sunblock untuk kulit normal. sama juga, bole dipakai pada muka dan badan. Harganya bawah RM40.
6. Serum
Serum untuk mencerahkan kulit dari NANO White. Kalau korang ada masalah jeragat atau parut, bolehlah cuba yang ini. Kalau tak silap harganya bawah RM70.
7. Produk dry skin
Lotion untuk kulit kering, dalam masa 4 hari kulit akan korang akan jadi lembap. Baunya tidaklah wangi, macam ubat sikit tapi tak ada la busuk pun. Kalau kulit korang kering memang bagus pakai produk ni. Harga bawah RM20.
8. Cleansing wipes
Untuk perempuan yang rajin mekap, kalau nak solat boleh guna buat lap muka. Jenama ini tidak mempunyai pewangi dan bahan kimia, jadi ia baik untuk kulit korang.
Ads
9. Ubat jerawat
Nak tidur malam, cuci muka bersih-bersih kemudian sapu saja nipis-nipis produk ini pada jerawat. InsyaAllah mujarab. Harga bawah RM25. Siapa yang ada masalah jerawat, boleh cuba. Biasanya kalau sapu dalam dua, tiga hari dah kecut.
10. Vitamin rambut
Ini pula vitamin rambut. Memang rambut lembut sangat selepas digunakan.
11. Loreal Elseve Extraordinary Oil
Ni best jugak, bau dia pehhh wangi gila okay. Yang ni pulak saya pakai kalau nak tidur malam. Contohnya la kan, esok tu kalau plan nak shampoo, malam ni saya pakai then tidur. So mcm dia merawat masa tidur la haa.
12. Clay mask
Ads
Terdapat tiga jenis, iaitu Illuminating, hydration and anti pores. Contohnya kalau skin oily, korang boleh ambil yang anti pores tu. Kalau kering pula, ambil hydration. Kalau nak glow ambil illuminating.
13. Untuk kulit berminyak
Selain Cetaphil, yang ada masalah oily dan acne skin tu boleh cuba pakai produk ini. Ia bagus untuk kulit berjerawat dan berminyak.
14. Untuk kulit kering
Ini pula untuk untuk kulit kering. Boleh pakai hydrating lotion ni. Kalau oily jangan pakai. Tak sesuai. Makin berminyak nanti kulit korang.
15. Oil control film
Ia sejenis macam kertas tapi lagi lembut dari kertas. Ambil then dab slow-slow pada muka, selepas itu memang hilang terus minyak pada wajah. Harga bawah RM15.
16. Scrub
Skrub ini juga bagus kerana mengandungi vitamin E. Ia berfungsi untuk menghalang kulit daripada berkedut.
Senang kan kalau ada penjelasan terperinci macam ni? Hanya tinggal pilih yang mana sesuai untuk kulit kita je then cari la dekat drugstore berhampiran. Harganya boleh tahan sis. Selamat bershopping!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makin berusia makin cantik bintang filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ini.
Mengamalkan gaya hidup sihat menjadikan Dian Sastrowardoyo kelihatan cergas dan sihat pada usia 40-an. Selain itu, gaya hidup sihat juga salah satu kunci kepada berat badan ideal yang dimilikinya.
Bukan sahaja bersenam, Dian Sastrowardoyo juga selektif dalam pengambilan makanan demi mengekalkan berat badan ideal.
Kebanyakan menu sihat pilihan Dian Sastrowardoyo mengandungi pelbagai khasiat. Beliau juga rajin memasak menu sihatnya sendiri.
Berikut senarai menu sihat ala isteri Maulana Indraguna Sutowo ini seperti dikongsi oleh BrilioFood.
ROTI GANDUM & PISANG
Untuk sarapan pagi yang ringkas, Dian Sastrowardoyo selalunya bergantung kepada roti gandum jika terlalu sibuk dan tidak sempat bersarapan di rumah.
Tambahan mentega kacang dan hirisan pisang melazatkan lagi menu serta lebih berkhasiat.
MEE GORENG VEGAN
Dian Sastrowardoyo sering memilih makanan berasaskan tumbuhan. Salah satunya ialah mee goreng vegan yang menjadi menu sihatnya. Mee vegan ini dihidang bersama lobak merah dan brokoli sebagai sumber serat serta tempe sebagai sumber protein.
DAGING & TELUR
Dian Sastrowardoyo juga adakalanya makan ayam panggang dan dua biji telur sebagai sarapan. Kedua-dua makanan ini boleh menjadi sumber protein yang mengenyangkan dalam tempoh yang lama.
SUP AYAM
Dian Sastrowardoyo juga pernah menghasilkan menu sihatnya sendiri. Salah satunya sup ayam dengan pelbagai jenis sayur. Dian Sastrowardoyo mengolahnya dengan perasa yang minimum bagi mengekalkan khasiatnya.
KENTANG, SALAD & DAGING
Dian Sastrowardoyo sentiasa memastikan dietnya mengandungi nutrisi yang lengkap. Oleh itu, dia turut menambah makanan dari jenis berbeza yang terdiri daripada baby potato, salad dan daging.
NASI MERAH & TEMPE
Untuk makan tengah hari, Dian Sastrowardoyo biasanya makan makanan yang agak banyak. Dia memilih nasi yang dihidangkan bersama tauhu dan tempe serta sayur berkuah. Dian Sastrowardoyo cenderung memilih nasi yang lebih sihat dan kaya serat seperti beras perang.
BROKOLI JAGUNG
Dian Sastrowardoyo juga memakan brokoli jagung sebagai sajian sihat di rumah. Menu ini dimasak dengan bahan-bahan yang sihat tanpa menggunakan santan.
CROISSANT
Selalunya selepas bersukan, Dian Sastrowardoyo memilih menu sarapan yang sihat bagi memulihkan tubuh. Dia biasanya memakan croissant dengan taburan keju.
MEE UDANG SAYUR
Selain mengambil mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran, Dian Sastrowardoyo juga kadang kala makan mee bersama udang yang diperbuat daripada sayuran. Dan juga menambah sayur-sayuran hijau dalam menu ini.
NASI PERANG, AYAM VEGAN & SAYUR TUMIS
Nasi merah sering menjadi santapan Dian Sastrowardoyo jika dia teringin nak makan nasi. Ia dimakan bersama sayur tumis dan ayam vegan yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
Namun Dian memang lebih memilih makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran berbanding daging. Jadi jika anda nak tubuh badan yang cantik dan sihat, anda pun kena amalkan gaya hidup yang sihat seperti Dian Sastrow.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalah sekali bukan bermaksud untuk terus melupakan impian. Seperti wanita yang berasal dari Indonesia ini, dia membuktikan kekalahannya di peringkat kebangsaan tidak boleh memadamkan impiannya untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa.
Kelmarin telah berlangsungnya pentas akhir Miss Face of Humanity 2022 yang menyaksikan pemilik nama penuh Nadia Inggridia Tjuatja dimahkotakan sebagai juara mengalahkan 16 peserta lain yang menyertai pertandingan itu.
Dari 17 peserta Nadia maju ke peringkat 10 terbaik dan kemudiannya diumumkan sebagai empat peserta akhir. Antara peserta lain yang berjaya bergelar top 4 adalah Rwanda, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
Selain menjuarai pertandingan, wanita berusia 26 tahun ini yang tampil ranggi dengan potongan rambut pendek menerima anugerah khas cabaran Love of Humanity. Di pentas akhir, Nadia tampil mewah dalam balutan gaun petang rekaan Ivan Gunawan yang diberi nama, The Reminisence of Golden Pheonix.
Ketika berada di kedudukan empat terbaik, Nadia telah menerima soalan berkenaan perang yang terjadi di antara Rusia dan Ukraine. Ternyata dia mampu menjawab dengan baik dan faham akan isu tersebut.
Nadia merupakan sebuah bakat baru yang dinaungi oleh Yayasan Dunia Mega Bintang milik pereka fesyen dan personaliti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan. Di bawah tunjuk ajarnya sebagai mentor, wanita anggun ini nampaknya berjaya membanggakan negara Indonesia.
Miss Face of Humanity 2022 merupakan satu pertandingan yang baru diadakan buat pertama kali. Pada awalnya lebih 27 peserta dikatakan bakal meyertai namun akibat kekangan dek Covid-19 dan juga karenah mendapatkan visa hanya 17 negara yang mengambil bahagian.
Malaysia sepatutnya diwakili oleh peragawati dan penyampai radio Era Sabah, Dewi Natasha. Namun atas sebab kekangan dan masalah untuk mendapatkan visa berserta pandemik Covid-19, dia terpaksa melepaskan hasratnya untuk mewakili negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini seramai 150 penggiat fesyen tempatan telah pun diraikan dalam penganjuran buat pertama kalinya, Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan pereka fesyen dan selebriti tempatan, termasuklah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Ezuwan Ismail dan ramai lagi.
Sebanyak 14 anugerah telah disediakan dan jenama fesyan Alia Bastaman dinobatkan sebagai ‘Brand of The Year’ pada edisi kali ini.
Alia Bastaman berjaya mengalahkan nama besar dalam industri fesyen tempatan yang turut tercalon dalam kategori yang sama iaitu Rizman Ruzaini dan Fiziwoo.
Selain Alia, pereka fesyen Nurita Harith telah dinobatkan memenangi kategori Pereka Fesyen Wanita, manakala Kit Woo untuk kategori Pereka Fesyen Lelaki.
Scha Alyahya juga telah dinobatlan sebagai ‘Most Fashionable Female Personality’, manakala Nazreem Musa berjaya menepikan Hael Husaini dan Amy Search, sekali gus dinobat sebagai ‘Most Fashionable Male Personality’.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang ada malam itu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!