Semua sedia maklum negara Belanda merupakan salah satu kuasa penjajah paling meluas dalam sejarah penjajahan dunia.
Selain negara seberang Indonesia, antara tanah jajahan Belanda yang lain melangkaui hingga ke India (1605-1825), Taiwan (1624-1662), Brazil (1630-1654), Vietnam (1936-1699), Afrika Selatan (1652-1797, kembali direbut daripada Inggeris pada 1806) dan Suriname (1668-1905).
Sepanjang tempoh penjajahan berkenaan, Belanda tidak terlepas daripada terbabit dalam menjalankan perhambaan selama 250 tahun di beberapa lokasi.
Kini selepas 150 tahun tamatnya perhambaan di tanah jajahan Suriname dekat Amerika Selatan, bahagian timur Indonesia dan di negara-negara kepulauan Carribean seperti Curacao dan Aruba, Belanda menerusi Perdana Menterinya secara rasmi telah membuat permohonan maaf bersejarah terhadap pembabitan itu,
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte. FOTO: Reuters via iNews
Mark Rutte dalam kenyataannya menyebut perhambaan oleh Belanda ini sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
“Hari ini bagi pihak kerajaan Belanda, saya memohon maaf atas tindakan masa lalu negara Belanda.
Ads
“Negeri Belanda… memikul tanggungjawab atas penderitaan yang menimpa terhadap individu yang diperhambakan dan keturunan mereka.
“Kami, yang tinggal di sini dan pada masa sekarang, hanya boleh mengesahkan dan mengutuk perhambaan dalam istilah yang paling jelas sebagai jenayah terhadap kemanusiaan,” tambahnya,” ujarnya.
Antara wakil jemputan rasmi dari negara-negara bekas tanah jajahan Belanda. FOTO: Reuters via iNews
Permohonan maaf yang dibuat dalam bahasa Flemish atau bahasa Belanda itu kemudiannya diulangi beliau dalam bahasa Inggeris, bahasa Papiamento dan bahasa Sranan Tongo. Bahasa-bahasa ini digunakan di kepulauan Caribbean dan di Suriname.
Ads
Menurut laporan, Aruba telah menjadi bekas tanah jajahan Belanda yang pertama menerima permohonan maaf berkenaan. Namun, Perdana Menterinya Evelyn Wever-Croes mengesali kurangnya tindakan atau dialog kukuh oleh Belanda mengenai hal ini.
Apapun, kerajaan Belanda telah mengumumkan dana sebanyak 200 juta Euro atau kira-kira RM941.3 juta bagi inisiatif sosial di negara-negara bekas tanah jajahannya ini sebagai permulaan kepada hubungan diplomatik yang lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Esok, 28 March 2024 merupakan hari istimewa dan penting buat umat Islam.
Setiap kali 17 Ramadan umat Islam di seluruh dunia pasti akan mengenangkan satu peristiwa yang amat penting dalam sirah Islam iaitu bermulanya penurunan al-Quran ke atas Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril atau Nuzul Quran.
Bagi yang kurang memahami apa maksud di sebalik Nuzul Quran, kami kongsikan pandangan dari Mufti Wilayah pengertiannya selain pengaruh Al-Quran pada otak manusia.
Pengertian Nuzul Al-Quran
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:-
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya:“Dia yang telah menurunkan hujan.” (Surah al-Baqarah:22)
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Surah Ali-Imran:3)
Keistimewaan Al-Quran
Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya. Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim.” Antara lain menyebut:- Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya:
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.(Surah Hud:1)
Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:-
Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88)
Dalam buku al-I’jaz al-Ilmi oleh Yusuf al-Haj Ahmad antara lain menyebut: “Tidak diragukan lagi bahawa sudut kemukjizatan al-Quran al-Karim begitu pelbagai dan tepat. Dari aspek kepelbagaiannnya antara lain kemukjizatan saintifik, kemukjizatan legislatif, kemukjizatan retorik, kemukjizatan metafisik, kemudian yang terakhir kemukjizatan artistik-ilustratif. Sementara dari ketepatannya, kita boleh melihat sejumlah amaran yang dibuktikan kebenarannya oleh sains moden dari waktu ke waktu. Fakta-fakta alamiah (bahanal) mahupun imbahanal ini semakin menegaskan dan mendukung isyarat yang diberitakan al-Quran.
Al-Quran kitab nyata lagi mudah. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Maka sesungguhnya kami memudahkan al-Quran dengan bahasamu (hai Muhammad) semoga mereka mengambil pengajaran.” (Surah ad-Dukhan: 58)
Al-Quran kitab zaman semuanya. Ianya bermaksud kitab yang kekal dan bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi sahaja. Tetapi al-Quran sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.
Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ianya menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyri’ dan hukum hakam.
Al-Quran merupakan kitab insani sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah SWT:
إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.”(Surah al-Takwir: 27).
Pengaruh Al-Quran pada otak manusia
Jelas Mufti Wilayah, dipetik Detik Islam yang bertarikh 10 Ogos 2012 berkenaan dengan pengaruh bacaan al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain antaranya menyatakan: “Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingatan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca al-Quran.”
Dr. Al-Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, seorang muslim, baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
Penurunan tekakanan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, merungkai pelbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan kajian ini dilihat tidak menentu.
Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil kajiannya, beliau telah membuat kesimpulan, bahawa bacaan al-Quran berpengaruh besar sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al-Qadhi ini diperkuat pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Pertubuhan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. Kesimpulan hasil kajian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Sasaran kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut sama sekali tidak mahir bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa mereka akan diperdengarkannya adalah al-Quran.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu membaca al-Quran dengan tartil dan membacakan Bahasa Arab yang bukan dari al-Quran.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengar Bacaan al-Quran dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar Bahasa Arab yang buka dari al-Quran.
Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati sewaktu Seminar Kaunseling Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dari perakam suara menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan nikmat yang besar., kita mempunyai al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (eq) seseorang, bacalah al-Quran mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Artikel ini diambik dan diolah dari Kashorga.
BACA LAGI :
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh di Thailand hari ini (Khamis, 6 Oktober) dalam insiden tembakan rambang yang melibatkan pekerja dan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak.
Suspek yang berusia 34 tahun dikenali sebagai Panya Khamrab merupakan bekas polis yang telah diberhentikan perkhidmatannya atas salah laku berkaitan dadah.
Menurut laporan, 22 daripada mangsa merupakan kanak-kanak. Kejadian malang itu terjadi pada waktu makan tengah hari sebelum suspek tiba-tiba muncul dan menembak. Salah seorang staf yang terbunuh merupakan ibu mengandung lapan bulan.
Jurucakap polis, Paisan Luesomboon memberitahu penyiar ThaiPBS, lelaki bersenjata itu telah berada di perbicaraan mahkamah berhubung kes dadah pada pagi Khamis dan telah pergi ke pusat jagaan untuk mencari anaknya, tetapi tiada di sana.
“Dia sudah tertekan dan apabila tidak menemui anaknya, dia menjadi lebih tertekan dan mula menembak,” ujarnya.
Dalam kenyataan yang diberikan, suspek kemudian memandu pulang dan membunuh isteri dan anaknya di sana sebelum membunuh dirinya sendiri.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha yang terkejut dengan kejadian itu memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Tertulis di laman Facebooknya, Prayuth mengarahkan semua agensi merawat mangsa yang cedera dengan segera.
“Saya telah mengarahkan ketua polis negara untuk turun ke kawasan itu bagi mempercepatkan proses undang-undang serta-merta, selain meminta semua pihak berkaitan membantu segera semua yang terjejas,” tulisnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau jadi maka jadilah ia. Malah tiada apa yang mustahil jika Allah mengkehendakiNya.
Baru ini tular satu rakaman video yang telah dikumpulkan memaparkan lima kepulan awan membentuk manusia. Ada kelihatan jelas susuk manusia mengangkat tangan menadah tangan kepada Allah taala. Lebih menarik kesemuanya berlaku di negara jiran, Indonesia yang lebih peratus rakyatnya beragama Islam.
Dalam salah satu video yang berlaku di Sumatera Utara pada April lalu memperlihatkan kepulan awan yang berlaku di Air Joman, Daerah Asahan Sumatera Utara. Malah ia muncul di saat dunia dilanda pandemic COVID-19.
Manakala dalam satu kejadian lain jelas kepulan awan itu membentuk susuk manusia seolah mengangkat tangan berdoa kepada Allah SWT yang terjadi di Daerah Purwakarta, Jakarta Barat. Dalam gambar itu seolah-olah kepulan awan itu memohon keselamatan dunia dan akhirat.
Apa pun yang ingin ditunjukkan, semuanya atas kehendak Allah SWT.
Saksi video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!