
Tas tangan dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Sama ada ukuran besar atau kecil, masing-masing mempunyai pilihan sendiri mengikut keperluan yang dibawa.
Bagi anak muda, pastinya mereka gemarkan rekaan yang rare dan ‘cute’ seiring dengan usia mereka yang inginkan kelainan. Kebanyakan daripada masyarakat kita tidak mengira jenama dan harga beg tertentu, asalkan ianya cantik dan selesa dipakai.
Betul tak?
Ada pelbagai rekaan tas tangan dipasaran, namun apa yang menarik perhatian kami adalah koleksi tas tangan berunsurkan makanan yang dikongsi oleh Palewai Arfianto di laman Facebook.
Tidak pasti sama ada ianya adalah rekaan benar atau pun ‘suka-suka’, namun ia berjaya menarik perhatian netizen.
Jom kita lihat antara koleksi tas tangan yang rare berikut:
Mi segera


Set breakfast







Dessert





Western food pun ada..


Amacam, terliur tak? Bikin lapar saja kan. Hiks!
Kalau memang koleksi ini benar-benar wujud, korang sanggup ke nak pakai?
Sumber: Palewai Arfianto
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Risau, Saya Akan Baik-Baik Saja…” Bambam Tenangkan Peminat Selepas Kongsi Status Yang Cetuskan Kebimbangan

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, BamBam mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat selepas memuat naik status yang membimbangkan di media sosial pada pagi 25 Julai.
BamBam atau nama sebenar Kunpimook Bhuwakul (27) telah meluahkan perasaan ingin ‘tidur’ dan ‘tidak mahu bangun’ pada pukul 2 pagi tadi sehingga menimbulkan rasa panik di kalang peminat.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu riBBon itu berkongsi status terkini menerusi aplikasi yang sama dan menyatakan bahawa dia sebenarnya baik-baik sahaja.

Beberapa hari yang lalu, selepas BamBam mengumumkan dia bakal melancarkan album baru berjudul Bamesis. Ramai peminat yang tidak sabar dan meluahkan rasa gembira dan teruja dengan kemunculan BamBam.
Namun, ia bertukar menjadi panik selepas penyanyi itu berkongsi keadaan terkini dan peminat mengandaikan BamBam mungkin mengalami kelelahan yang melampau sehingga terpaksa meluahkan perasaan yang sedemikian.
“Cuma nak berehat dan tak nak bangun. Jadi saya boleh berehat”

Dalam pada itu, peminat BamBam turut meluahkan rasa kecewa dan marah kepada label yang menguruskan penyanyi tersebut iaitu Abyss Company.
“Sebelum ini BamBam pernah suarakan yang dia tak dapat berehat dan terlalu penat. Sekarang dia perlu buat comeback dan beberapa showcase tour walaupun baru saja selesai konsert jelajah dunia 5 bulan lalu?”

Menurut beberapa sumber, ini bukannya pertama kali BamBam meluahkan perasaan kerana keletihan melampau dan sebelum ini penyanyi itu pernah mengeluarkan kenyataan melalui ciapan di aplikasi X yang berbunyi, “Saya betul-betul perlukan rehat.”

Ciapan berkenaan telah direspon oleh peminat yang mencadangkan dia agar mengambil cuti untuk beberapa minggu tetapi idola K-Pop tersebut membalas, “Jika mereka benarkan saya.”
Terkini, BamBam telah tampil menjelaskan keadaan dan meminta agar peminat tidak terlalu khawatir. Dia juga meminta maaf kerana telah menimbulkan kerisauan.

“Terlalu banyak tekanan dan stres. Badan saya pun sudah lama kurang sihat. Sekarang saya juga mudah beremosi dan sensitif”
“Saya akan lakukan yang terbaik tahun ini dan akan cari masa untuk berehat”
“Saya akan baik-baik saja, maaf kalau buat awak semua risau”
Kesiannya BamBam, harap segala aktivitinya pada tahun ini segera selesai. Jadi bolehlah dia bercuti dan berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hawa Rizwana Bersyukur & Teruja Kini Menuntut Pengajian Di Oxford

Pelakon dan pengacara terkenal, Hawa Rizwana baru-baru ini meluahkan rasa syukur dan teruja apabila mendedahkan dirinya kini sedang menyambung pengajian di Universiti Oxford, London.
Menurut Hawa Rizwana atau pemilik nama sebenar Hawa Rizwana binti Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan (29) menerusi beberapa perkongsian di Instagram, beliau mengambil kursus jangka pendek selama 10 hari dan bersyukur diberi kesempatan berada di pusat pengajian terkemuka dunia itu.
Dalam pada itu, gadis kacukan Arab, Siam dan Aceh itu turut menzahirkan rasa gembira dan syukur apabila hasrat ibunya untuk melihat salah seorang anak menjejakkan kaki ke Oxford akhirnya tertunai.


“Alhamdulillah akhirnya Hawa dah sampai ke Oxford University dan kita ditempatkan di Lady Margaret Hall Untuk Leadership Entrepreneurship Acceleration Programme (LEAP)”
“Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya terharu, ayah menghubungi dan cakap dia dan mak saya ke sini tahun lalu dan berdoa salah seorang anak atau pun cucu cucu dapat belajar di sini,” katanya.
“Alhamdulilah here I am today. Berkat doa mak ayah,” ujarnya lagi.

Walaupun hanya mengambil kursus pendek namun perkongsian Hawa di media sosial telah menerima pelbagai reaksi positif netizen.
Sekadar info, Hawa adalah pengacara Meletop yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menamatkan pengajiannya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Muzikal CATS Berbaloi Buat Korang Yang ‘Gila Kucing’

Jika sebelum ini setiap kali ke pawagam kami memang tertarik dengan trailer Cats yang ditayang sebelum tayangan bermula. Memainkan lagu Memory sebagai background music, ternyata gimik itu menjadi dan membuatkan kami rasa tak sabar nak menonton filem muzikal ini.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti James Corden, Judi Dench, Jason Derulo, Idris Elba, Jennifer Hudson, Ian McKellen, Taylor Swift dan Rebel Wilson, filem Cats mengisahkan tentang sekumpulan kucing yang dikenali sebagai Jellicles perlu membuat 'The Jellicle Choice', iaitu kucing mana yang akan dipilih untuk naik ke Heaviside Layer dan pulang ke kehidupan Jellicle baru.

Remaja berpeluang menonton tayangan perdana Cats dan apa yang boleh kami katakan, mungkin expectation kami terlalu tinggi untuk filem muzikal ini kerana selesai sahaja menonton, ia tidak seperti yang kami harapkan.
Nah, tunggu dulu. Bukanlah kami kata filem ini teruk, tapi kelemahannya hanya pada jalan cerita.
Jalan cerita yang terlalu biasa, simple dan boleh diagak.
Kami mengharapkan jalan cerita yang lebih menarik dan mungkin boleh kalau nak selitkan unsur-unsur komedi sikit, namun sepanjang durasi 1 jam 50 minit, ianya mendatar dan hanya diselangi dengan lagu.
Namun begitu, secara keseluruhan filem ini harus dipuji. Lagu-lagu yang digunakan dalam filem ini dan teknik CGI yang digunakan memang superb!

Dan yang menariknya, kalau korang memang sejenis yang suka kucing, pasti terhibur dibuatnya melihat aksi kucing-kucing comel yang menari. Ada kucing cantik, gemuk dan jahat, pendek kata semua jenis kucing ada dipaparkan menerusi filem ini.
Terubat la juga hati kami bila melihat aksi-aksi hebat kucing tersebut. Hiks!

Bab lagu Memory yang dilantunkan oleh Jeniffer Hudson tu memang mantap. Meremang bulu roma macam tengah tengok persembahan Broadway.
Overall, filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Mungkin pendapat korang lain pula kan? So, jangan lupa saksikan Cats yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Disember 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

