Baru-baru ini, penuntut pengajian Doktor Falsafah (PhD) Perlindungan Tanaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka, Afifah Mohamad (25) mencipta sejarah apabila telah menjejakkan di Universiti Oxford, London dan muncul sebagai satu-satunya peserta mewakili Malaysia ke Persidangan Patologi Tumbuhan 2024 yang berlangsung pada September lalu.
Anak jati Pahang yang berasal dari Kampung Bangau Parit, Temerloh ini teruja kerana ini merupakan kali pertama buat dirinya menjejakkan kaki ke salah satu universiti berprestij dunia, lebih lagi diberikan peluang untuk membentangkan kertas kajian mengenai tanaman nanas MD2 dalam persidangan itu.
“Sungguh tak percaya akhirnya anak kampung macam saya berpeluang ke sana bentangkan hasil kajian, memang selama ini berangan-angan macam orang lain tapi akhirnya kini menjadi kenyataan”
“Saya rasa bersyukur dan boleh dikatakan bangga kerana mampu sampai ke peringkat antarabangsa. Pengalaman dan juga ilmu yang saya peroleh inshaAllah akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat kembali,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
Dalam pada itu, Afifah juga difahamkan melakukan pembentangan kajian dalam tempoh 45 minit bersama penyelianya, Profesor Madya Ts Dr Zaiton Sapak.
Ads
Beliau juga turut berterima kasih kepada pada pihak biasiswa MyBrainSc, Kementerian Pengajian Tinggi atas penajaan hadir ke persidangan tersebut dan Zaiton yang mendorongnya berpeluang ke universiti tersebut.
Ads
Selain itu, Afifah berkata pencapaian itu dikongsi bersama keluarga terutama ayahnya, Mohamad Othman (62) yang banyak memberikan sokongan untuk terus menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik selepas ibunya, Ailos Saimi meninggal dunia dunia pada tahun 2020.
Dalam perkembangan yang sama, pemegang Sarjana Muda Sains Teknologi dan Pengurusan Ladang itu menjelaskan tanaman nanas MD2 menjadi pilihan kajiannya kerana potensi dan masa depan tanaman tersebut di negara ini.
Ads
Ujarnya lagi, dia memang meminati bidang pertanian dan perladangan sejak bangku sekolah lagi sambil berharap dapat menjadi tenaga pengajar dalam bidang tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daripada sejumlah 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, seramai 9,696 orang calon atau 2.54 peratus telah memperoleh keputusan semua A.
Dalam pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abol Hamid pada hari ini, beliau turut berkongsi mengenai statistik calon yang mendapat keputusan kepujian, keputusan lulus, calon yang sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran dan calon yang mendapat keputusan semua gagal.
Seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Manakala 128,796 calon atau 33.96 peratus daripada mereka pula mendapat keputusan lulus.
125,454 calon mencatatkan keputusan gagal dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. Sementara itu, 1,655 calon atau 0.43 peratus memperoleh keputusan semua gagal.
Melihat kepada keputusan SPM 2021, ia menunjukkan penurunan dari segi Prestasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 4.86 berbanding 4.80 bagi SPM 2020. Untuk pengetahuan korang, GPN yang lebih rendah menunjukkan pencapaian pelajar yang lebih baik.
Namun kata KP Pendidikan, semua diingatkan bahawa calon SPM 2021 merupakan kohort pertama yang menggunakan format terbaru mata pelajaran di sekolah yang dinamakan sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
ARTIKEL BERKAITAN :
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua calon SPM 2021 yang telahpun menamatkan pendidikan di peringkat sekolah! You guys have finally made it. Semoga perancangan seterusnya bagi korang semua akan dipermudahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dua tahun dikekang daripada melakukan aktiviti outdoor secara meluas, REMAJA pasti ramai yang sudah boleh menarik nafas lega dan merasa teruja apabila kelonggaran semakin diberikan kepada kita.
Salah satu aktiviti yang kembali rancak dilangsungkan adalah aktiviti mendaki bukit serta gunung di segenap pelusuk negara. Baik pendaki tegar mahupun si newbie memilih untuk melakukan aktiviti hiking bukan sahaja demi meluangkan masa lapang.
Malah ia juga menerbitkan rasa lega dan kepuasan dalam diri masing-masing setelah tiba di puncak di samping bermanfaat untuk kondisi kesihatan sendiri.
Namun, bagi yang baru ingin berjinak-jinak menjadi hiker, jangan pula korang tersilap langkah. Lakukan lima persediaan rapi ini agar pengalaman hiking korang bertambah lancar.
Dengarnya seperti item nombor satu yang perlu berada dalam senarai seorang hiker sebelum memulakan aktiviti bukan? Tapi percaya tidak, ramai sebenarnya yang selalu memandang rendah keperluan memakai kasut bersesuaian untuk mendaki. Ada yang pakaikasut tenis lah, lifestyle sneakers lah.. Sekiranya tiada bajet tinggi sekalipun, kasut korang perlulah dari jenis yang betul.
MAKANAN
Hhm, betul ke tak boleh makan banyak-banyak sebelum mendaki? Jawapannya adalah.. benar! Jangan pula korang ‘melantak’ nasi atau makanan berat sebelum mendaki, takut-takut ‘pancit’ pula semasa dalam perjalanan nanti.
Korang bolehlah mengambil makanan seperti bijiran sebelum bertolak. Manakala semasa dalam pendakian, sediakan makanan ringan seperti coklat, energy bar dan air isotonik bersesuaian kerana ia memberikan tenaga dan mengelakkan bahagian badan daripada kekejangan.
Hendak beraktiviti outdoor bukan? Korang perlulah pastikan sekurang-kurangnya melakukan senaman ringan selama 10 ke 15 minit sebelum pendakian agar stamina korang lebih mudah bertahan. Ia juga mengelakkan otot badan sesekali kejang. Susah pula nanti nak bawa korang naik dan turun bukit.
JAM TANGAN
Banyak sebenarnya gajet berguna untuk korang miliki sebagai seorang hiker sepeti headlamp (jika pendakian melibatkan waktu malam, bila cuaca mendung atau di kawasan hutan tebal), alat bunyian seperti bluetooth speaker sebagai guide dan jam tangan digital khas bagi aktiviti lasak!
Ya, ada kelebihan jika korang memiliki jam tangan digital ini. Salah satu model yang REMAJA sempat mencuba sendiri adalah Amazfit GTS 4 Mini ini. Didatangkan dengan paparan 1.65 inci 2.5D AMOLED melengkung, resolusi 336 x 384 pixels serta ‘PPI density) 309.
Skrin hadapan sedikit melengkung dan memberikannya ‘premium feel’ kepada pemakai. Manakala bahagian belakangnya pula diperbuat daripada plastik matte yang lebih mudah untuk bertahan lama selepas penggunaan beberapa bulan.
Okay cukup mengenai rupa parasnya, jom sentuh tentang fungsi Amazfit GTS 4 Mini pula. Jujurnya, penulis merasa terkejut apabila mengguna pakai software Amazfit sama ada Watch-UI atau UI-nya. Ia terasa ‘smooth’, tersusun dan mesra pengguna.
Oh ya, korang perlu memuat turun aplikasi Zepp sama ada korang ialah pengguna iPhone atau Android. Apps ini boleh menunjukkan data seperti kiraan degupan jantung, kalori yang terbakar dan data GPS. Ia juga dilengkapi fungsi Alexa yang boleh diakses menerusi mikrofon built-in.
Selain itu, Amazfit GTS 4 Mini turut menawarkan beberapa sensor berguna kepada hiker seperti 3-Axis Accelerometer, Optical Heart Rate Sensor, Sp02 bagi menentukan tahap ketepuan oksigen dalam darah serta – get this – Stress Monitoring!
Tapi ingat, ini hanyalah jam tangan digital. Oleh itu, ia hanya memberikan figura kasar sahaja. Jika korang terasa tidak sihat selepas mendaki, kami sarankan untuk segera ke klinik kesihatan terdekat.
Amazfit GTS 4 Mini didatangkan dalam warna Mint Blue, Flamingo Pink, Midnight Black dan Moonlight White.
Overall, penulis berpuas hati dengan ke ketepatan data yang diberikan. Lagipula, Amazfit menanjukan jangka hayat bateri 15 hari dengan penggunaan biasa manakala hayat bateri 8 hari pula sekiranya ia digunakan secara heavy. Tidak rugi bagi korang dapatkannya pada harga RM399 dengan waranti selama setahun.
SETIAKAWAN
Benar, ada sahaja pendaki yang menaiki hingga ke puncak secara bersendirian sekiranya dia sudah terbiasa dengan selok-belok kawasan tersebut. Begitupun sebagai seorang newbie, jangan berangan untuk bertindak sedemikian!
Bukan sahaja ia merbahaya, malah korang juga akan kehilangan peluang untuk mengalami nikmat sebenar semasa hiking iaitu semangat setiakawan!
Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing. Usahlah mementingkan diri seperti ingin bergerak pantas hingga meninggalkan rakan yang lain. Aktiviti hiking akan lebih bermakna apabila ia dapat menggembirakan kesemua ahli yang hadir pada hari itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai manusia, sudah tentu kita sentiasa mahu menjadi manusia yang baik dan kalau boleh setiap benda yang kurang baik itu dijauhkan dari hidup kita.
Sama seperti pelakon terkenal, Sweet Qismina juga baru-baru ini menyatakan bahawa dirinya tertarik dengan perkongsian positif yang kerap dimuat naik oleh pelakon Elfira Loy di media sosial sehingga membuatkan dia terbuka hati untuk menghadiri kelas agama.
Melalui Instagram miliknya pada petang Selasa, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi (27) turut mengucapkan terima kasih dan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengikuti kelas ilmu agama namun disebabkan kekangan masa, hasratnya tidak kesampaian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
“Alhamdulillah, terima kasih Kak Elfira selalu kongsi benda yang baik-baik di media sosial. Sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas (agama). Selalu nak pergi tapi bercanggah dengan waktu kerja”
“Tapi betul, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas seterusnya!”
Dalam pada itu, Sweet juga berkata bahawa dia seronok mengikuti kelas agama berkenaan dan mahu menyertainya lagi pada masa akan datang.
Menurutnya lagi, dia akan berusaha menyusun jadual sebaiknya bagi memastikan dapat menyertai program agama sedemikian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
Walau apa pun, semoga perkongsian daripada Sweet ini juga mampu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadi lebih baik lagi! InshAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.