Pelakon kacak popular Korea Selatan, Park Seo Joon baru-baru ini mencuri perhatian atas kemurnian hatinya apabila mendermakan 100 juta Won (lebih kurang RM305,000) kepada kanak-kanak pesakit kanser bersempena ulang tahun ke-14 debutnya dalam industri seni.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story milik Park Seo Joon atau nama sebenar Park Yong-kyu (37), beliau mendedahkan sekeping gambar sijil yang menunjukkan sumbangan berkenaan yang diberikan untuk membantu rawatan pesakit kanser pediatrik di Samsung Medical Center.

“Memberi semula kasih sayang yang saya terima sebagai tanda sambutan”, tulisnya.

14 Tahun Bergelar Anak Seni, Park Seo Joon Sumbang 100 Juta Won Untuk Kanak-Kanak Pesakit Kanser
Kredit foto: Instagram Park Seo Joon
14 Tahun Bergelar Anak Seni, Park Seo Joon Sumbang 100 Juta Won Untuk Kanak-Kanak Pesakit Kanser
Kredit foto: Instagram Park Seo Joon

Pada masa yang sama, pihak Samsung Medical Center turut menyatakan penghargaan mereka dengan berterima kasih kepada pelakon yang popular menerusi drama Itaewon Class, What’s Wrong with Secretary Kim, She Was Pretty dan filem seperti The Divine Fury, Midnight Runners dan Concrete Utopia itu.

Ads

“Kami amat berterima kasih atas sumbangan penuh makna ini. Kami akan membalas kebaikan anda dengan berusaha demi kesihatan dan kebahagiaan pesakit kami,” katanya.

Sekadar info, Park Seo Joon memulakan kerjaya pada tahun 2011 melalui muzik video Bang Yong Guk berjudul ‘I Remember’ dan sejak itu, beliau sering diangkat menjadi antara teraju utama Korea.

Ads
14 Tahun Bergelar Anak Seni, Park Seo Joon Sumbang 100 Juta Won Untuk Kanak-Kanak Pesakit Kanser
Kredit foto: Instagram Park Seo Joon
14 Tahun Bergelar Anak Seni, Park Seo Joon Sumbang 100 Juta Won Untuk Kanak-Kanak Pesakit Kanser
Kredit foto: Instagram Park Seo Joon

Mengimbau detik bermakna itu,  Seo Joon menulis di Instagram berbunyi,

“Saya benar-benar menghargai semua yang mengucapkan tahniah. Dulu saya muda, kini saya masih belajar dan matang. Semoga perjalanan ini terus ‘ing’,”

Ads

Dalam perkembangan lain, Park bakal membintangi drama terbaru berjudul ‘Waiting for Kyung Do’ sebagai projek seterusnya iaitu sebuah drama komedi romantik mengisahkan Lee Kyung Do yang dilakonkan oleh beliau bersama Seo Ji Woo (Won Ji An), yang pernah bercinta dua kali – sekali pada usia 20 tahun, dan sekali lagi pada usia 28 tahun, sebelum berpisah.

Drama ini dijadualkan untuk tayangan penghujung tahun ini, sekaligus menambah lagi senarai karya hebat Park Seo Joon yang sentiasa dinanti oleh peminat setianya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads