Baru-baru ini, penyanyi terkenal, G-Dragon telah menarik perhatian peminat apabila mendedahkan tentang bagaimana cara beliau menutup badan ketika berdepan isu berat badan.
Menerusi sebuah video episod terbaru yang dikongsikan dalam Youtube Zip Daesung sempena ulang tahun ke-19 kumpulan K-Pop ikonik , Big Bang. G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (37) telah dijemput sebagai pengacara khas bersama dua lagi ahli kumpulan, Daesung dan Taeyang yang tampil sebagai tetamu.
Sebaik sahaja tiba, G-Dragon menerima lencana eksklusif Zip Daesung dan tidak dapat menyembunyikan keterujaannya.
“Akhirnya, saya dapat juga. Lucu betul sebab saya memang nak benda ni,” katanya sambil tersenyum.
Pada masa yang sama, G-Dragon turut terlihat beberapa rekaan lencana terbaru di atas meja yang diinspirasikan daripada imej dirinya dan Taeyang.
Ads
“Ini nampak macam saya, masa era promosi ‘POWER’. Dah lama juga saya tak pakai scarf atau bandana,” ujarnya berseloroh selepas melihat salah satu rekaan tersebut.
Menurut G-Dragon, sebelum ini beliau kerap memakai scarf atau bandana kerana ingin menutup bentuk badannya.
“Saya dulu selalu pakai scarf atau bandana untuk tutup bentuk badan sebab masa tu berat saya naik,” jelasnya.
Ads
Pendedahan itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk anggota Big Bang sendiri kerana mereka tidak pernah melihat G-Dragon kelihatan berisi sepanjang tempoh itu (era POWER).
Sementara itu, hal tersebut telah meraih reaksi daripada peminat yang mempertahankan G-Dragon sekaligus menegaskan bahawa idola kesayangan mereka itu tetap kelihatan ramping dan berkarisma sepanjang promosi ‘POWER’ meskipun beliau merasakan sebaliknya.
Selain itu, ada juga yang mengimbas semula gaya fesyen unik G-Dragon pada ketika itu kerana scarf dan bandana yang dipakainya bukan sahaja menjadi simbol gaya peribadi, malah mencetuskan trend yang diikuti ramai peminat K-Pop di seluruh dunia.
Dalam pada itu, para peminat turut membandingkan penampilannya terkini yang kelihatan lebih kurus, khususnya selepas muncul dalam rancangan Yoo Byung Jae berjudul ‘No Laugh Birthday Party’ di mana perubahan fizikal tersebut telah menarik perhatian ramai dan melihat sisi berbeza idola legenda ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang drive pada hari ini dan asyik terdengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza dimainkan di radio, mesti korang dapat agak yang hari ini merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara ini.
Pada usia 43 tahun sekarang, Tok Ti sememangnya masih jelita, ceria dan glowing apabila kita melihat beliau di Instagram, di kaca televisyen, akhbar dan muka hadapan majalah. Iyalah, dah bergelar ibu kan.
Kini apabila Tok Ti dan pasangan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dikurniakan dengan keluarga yang cukup harmoni; ditambah pula dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, lagilah beliau bertambah glowing.
Jika diimbas kembali terhadap kelibat Tok Ti di media pencetakan sepanjang karier beliau, kami berani katakan bahawa Tok Ti merupakan selebriti yang paling kerap menghiasi halaman hadapan (cover) majalah tempatan sejak awal pembabitan beliau.
Jom ditelek wajah dan aura juara Bintang RTM 1995 ini, sememangnya kecantikan beliau masih kekal. Tak percaya? Cuba korang tengok setiap kali Tok Ti menghiasi cover majalah REMAJA.
.
Majalah Remaja Januari 2001
Ini merupakan di antara momen istimewa buat Tok Ti memandangkan beliau sedang bersiap sedia untuk melancarkan album studio kelapan beliau berjudul Safa; yang memuatkan lagu-lagu malar segar seperti Percayalah, Lakaran Kehidupan dan Bicara Manis Menghiris Kalbu. Sememangnya, Siti tetap top!
.
Majalah Remaja September 2002
Tok Ti nampaknya bercerita tentang impian hidupnya. Mungkin tengah merancang untuk membuka empayar kosmetik. Pada bulan ini, beliau baru saja selesai dengan persembahan secara langsung lagu Badarsila di Anugerah Era 2002.
Imej dengan lilitan shawl ringkas atau bandana juga amat popular pada masa ini, terutamanya foto Jennifer Lopez untuk album This Is Me Then dan foto Christina Aguilera untuk album Stripped.
.
Majalah Remaja Januari 2003
Edisi khas untuk mengenengahkan isu kecantikan, Tok Ti berkongsi rahsia dan petua yang diturunkan oleh ahli keluarga beliau sejak dulu. Ada juga terselit segmen khas bersama Maybelline yang menjadikan Tok Ti sebagai duta mereka pada waktu itu.
Pada tahun ini, Tok Ti tersangatlah sibuk dengan persembahan baik di dalam negara mahupun di luar. Antara yang sempat dijayakan oleh beliau adalah persembahan LIVE in Japan Treasure The World, LIVE in Indonesia TransTV dan HMI untuk RTM.
Tok Ti pun sempat untuk melancarkan album E.M.A.S dua bulan selepas majalah REMAJA isu Januari ini dikeluarkan.
.
Majalah Remaja Julai 2003
Wow, lain sangat Tok Ti dalam cover ini berbanding cover beliau pada bulan Januari. Isi kandungannya menjawab persoalan Tok Ti yang kononnya dikaitkan dengan berita ‘kacang lupakan kulit’ dan skandal cinta. Ouh..
Tok Ti nampaknya memang tak dimakan zaman, semakin muda! Dah macam Benjamin Button pula kami tengok hehe. Mengenakan fesyen rambut bertocang, Tok Ti nampaknya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.
Pada tahun ini juga, Tok Ti banyak mencapai kejayaan yang kami rasakan masih merupakan antara yang terhebat dalam sejarah karier beliau. Antaranya, penganjuran konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemenangan hebat di Anugerah Planet Muzik, persembahan di Golden Melody Awards Taiwan sebagai artis pertama bukan berbangsa Cina dan pengeluaran album favourite ramai, Prasasti Seni.
.
Majalah Remaja Mac 2005
Tahun yang cukup sibuk buat penyanyi nombor satu negara ini apabila beliau sedang melakar sejarah sebagai artis Malaysia dan dari Asia Tenggara tunggal untuk menjayakan konsert di pentas berprestij Royal Albert Hall, London pada 1 April. Nasib baik Majalah Remaja sempat untuk mendapatkan Tok Ti sebelum beliau berlepas.
.
Majalah Remaja Feb 2006
Sepanjang karier Tok Ti, normal lah bagi seorang selebriti itu untuk dikaitkan dengan kisah-kisah cinta. Segala perihal peribadi ingin diketahui oleh peminat dan masyarakat.
Ramai sebenarnya selebriti yang ‘tersungkur’ apabila kisah cinta mula diperkatakan, tetapi tidak TokTi. Biarpun dihambat dengan gosip, Siti tidak menjadikan itu sebagai satu halangan dan tetap fokus pada karier. Namun bermula tahun 2006, Siti mula terbuka hati untuk bercerita tentang cinta hatinya yang mula berputik.
.
Majalah Remaja Ogos 2006
Sah! Tok Ti akan meninggal dunia remaja pada tahun 2006 apabila beliau mengesahkan akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati beliau yang pada waktu itu popular dikenali sebagai Datuk K.
*
REMAJA ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Tok Ti sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan comel je selalu okay! Amin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, nama penyanyi dan penulis lagu sensasi, D4vd telah meraih perhatian di media sosial apabila beliau dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa berhubung satu kes jenayah berat membabitkan kematian seorang remaja perempuan.
Memetik laporan CNN, D4vd atau nama sebenarnya David Anthony Burke (21) ditahan oleh pihak Polis Los Angeles selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Celeste Rivas Hernandez, gadis berusia 14 tahun.
Menurut pihak polis, mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya yang telah reput dijumpai di dalam sebuah kenderaan Tesla yang dipercayai milik penyanyi tersebut dan ditinggalkan sejak beberapa bulan lalu di kawasan Hollywood Hills.
Pada masa yang sama, pasukan peguam yang mewakili D4vd tampil mempertahankan anak guam mereka dengan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes ini.
“Kami ingin jelaskan, bukti sebenar dalam kes ini akan menunjukkan bahawa David Burke tidak membunuh Celeste Rivas Hernandez dan bukan punca kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, kes ini kini masih dalam siasatan lanjut apabila pihak polis memaklumkan bahawa bukti akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Daerah Los Angeles bagi menentukan sama ada pertuduhan rasmi akan dikenakan.
“Tiada sebarang dakwaan rasmi oleh juri besar dalam kes ini dan tiada pertuduhan jenayah difailkan. David hanya ditahan atas syak. Kami akan mempertahankan beliau dengan tegas,” tambah peguamnya lagi,
Celeste Rivas Hernandez yang dipercayai ditemui mati dalam keadaan menyayat hatiD4vd ketika ditahan pihak polis
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada tahun 2024 ketika berusia 13 tahun sebelum mayatnya ditemui pada September lalu, sehari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-15.
Untuk rekod, D4vd mula mencipta nama dalam kalangan generasi muda khususnya ‘Gen-Z’ selepas lagu berjudul ‘Romantic Homicide’ tular di TikTok pada tahun 2022. Namun, susulan kes ini, beberapa jadual konsert beliau termasuk persembahan di Amerika Utara dan Eropah dilaporkan telah dibatalkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dahulu, ya mungkin bola sepak dilihat sebagai sukan yang didominasi oleh pemain, pegawai dan penonton lelaki.
Namun zaman dah berubah. Perempuan juga memainkan peranan penting dalam memastikan bola sepak dunia berkembang secara positif. Malah, kategori bola sepak wanita pun sudah diiktiraf di peringkat sukan tinggi di seluruh dunia.
Baru-baru ini, tular sebuah video perlawanan bola sepak wanita yang dipercayai di Timur Tengah iaitu pemain pasukan Shahab al Ordon, sebuah kelab dari Jordan, membuat benteng dalam bulatan bagi menutup seorang pemain lawan yang tudungnya hampir tercabut.
Menerusi video itu, kejadian itu berlaku berikutan seorang pemain Arab Orthodox Club tertanggal tudungnya ketika beliau cuba mengelecek beberapa pertahanan.
JUST BEAUTIFUL.
Opponents huddle up around a Hijabi footballer in order to protect her from showing her hair. pic.twitter.com/O5aC84AhmN
Tindakan lima orang pemain-pemain Shahab berhenti meneruskan permainan demi melindungi aurat wanita berkenaan daripada dilihat umum mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan patut dijadikan contoh untuk pemain lain.
Untuk info, Larangan memakai tudung dibatalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sejak 2014. Pada Oktober 2016, kurang dua tahun selepas larangan kepada hijab dimansuhkan, Kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun wanita diadakan di Amman, Jordan. Itu adalah kejohanan pertama secara rasmi oleh FIFA yeng membenarkan pemakaian hijab oleh pemain-pemain wanita. Kejohanan itu juga adalah kejohanan pertama di Timur Tengah yang dianjurkan oleh FIFA.
So, bagi penulis pakai hijab pun boleh je bersukan kan…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
sooka menawarkan drama viral Malaysia, K-Drama popular, filem dan aksi sukan antarabangsa yang menjadi bualan ramai. Ketahui rancangan paling hangat yang wajib ditonton sekarang.