Sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ekoran negara telah memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Pengumuman ini paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia dan ia secara tidak langsung akan merancakkan semula ekonomi negara khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah perlu kita menjalani kuarantin sebaik tiba di Malaysia selepas melancong? Nah, berita gembira untuk si kaki travel, korang tidak lagi perlu menjalani kuarantin setibanya pulang ke Malaysia.
Hal ini turut dikongsi oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang sudah mula menawarkan penerbangan pergi balik ke negara-negara tersebut bermula 1 April ini.
Berikut antara senarai negara-negara yang korang boleh lawati tanpa perlu kuarantin.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak ke luar negara kan?
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mek Yun mengingatkan orang ramai terutamanya wanita untuk tidak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi.
Menurut Mek Yun, selepas kejadian diekori seorang lelaki dipercayai warga asing sewaktu berjalan bersama ibunya di sebuah pusat beli-belah, dia kini akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila berada di luar.
“Silap saya juga sebab tak terus buat laporan polis dan tak sempat nak panggil pengawal keselamatan di tempat tersebut. Individu berkenaan sempat lari.
“Namun, saya bersyukur sebab tiada apa yang berlaku kepada saya dan ibu pada ketika itu. Saya pun dah tak pasti ke mana individu itu menghilang.
“Buat para wanita yang berhadapan situasi yang sama seperti saya, jangan panik. Sebolehnya, jangan berjalan atau pergi ke kawasan parkir seorang diri.
“Apa yang penting, cari bantuan seperti masuk ke kedai yang paling dekat atau panggil pengawal,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, pempengaruh berbangsa Cina asal Kuala Lumpur ini juga mengakui kejadian tersebut sedikit sebanyak menimbulkan perasaan trauma di dalam hidupnya.
“Sudah tentu. Situasi tersebut telah menimbulkan perasaan yang sangat menakutkan.
“Walaupun orang lain mungkin menganggap hal ini remeh tapi hanya kita yang melaluinya sahaja yang faham bagaimana perasaannya bila berhadapan dengan situasi diekori itu.
“Saya tidaklah fobia teruk sangat dan masih lagi boleh keluar seperti biasa. Namun, saya akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
“Keluarga memang sangat risau. Ketika itu saya hanya berdua dengan ibu. Ayah pun dah bagitahu, selepas ini kalau nak ke mana-mana, dia akan ikut sekali,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun turut menafikan insiden berlaku disebab privasinya yang kini terdedah selepas bergelar pempengaruh.
“Saya tak rasa yang lelaki tersebut merupakan pengikut saya. Setakat ini, saya bersyukur kerana para pengikut saya tidak berperangai pelik-pelik.
“Kesemua mereka sangat baik dan menyokong. Malah, saya pun tak pernah terima mesej yang pelik-pelik di DM dan komen.
“Dari segi privasi pula, saya tak pernah rasa terganggu. Kalau, peminat nak bergambar pun tiada masalah kerana ia membuatkan saya lebih dekat dengan mereka,” kongsinya lagi.
Mek Yun yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 baru-baru ini.
Sementara itu, Mek Yun meluahkan rasa teruja dengan penganjuran Tik Tok Awards Malaysia yang bakal berlangsung buat julung kalinya pada 27 Ogos ini.
Meskipun tidak tercalon, sebagai content creator, Mek Yun tetap memberikan sokongan dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh rakan-rakan seperjuangan di platform berkenaan.
Katanya lagi, dia milih pempengaruh, Khairul Aming sebagai calon pemenang bagi kategori, Creator Of The Year.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulau Langkawi sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian pelancong dari dalam dan luar negara disebabkan pantainya yang indah selain pelbagai tarikan di situ.
Terkini, Pulau lagenda ini ada port view yang baru untuk ‘healing’!
‘Eagle’s Nest Skywalk’ di Langkawi baru je dibuka pada 10 Mac, dan sekarang dah jadi hotspot terkini untuk korang check out!
Lokasi dia atas Gunung Machinchang setinggi 645 meter dari paras laut ini turut menyajikan permandangan dan view yang gempak, penuh dengan pulau berhijau dan laut yang biru kehijauan.
Kredit: Langkawi Skycab
Inspirasi Dari Simbol Ikonik Langkawi
Design spot ni terinspirasi dari simbol ikonik Langkawi, dengan patung kepala helang besar dan sarang yang ada telur, melambangkan kebebasan dan pencapaian. Plus, lantai kaca panjang dia 38 meter tu boleh tampung sampai 300 orang sekali gus!
Nak ke atas sana, kena naik kereta kabel dulu, baru sampai dekat Skywalk ni. Harga tiket RM68 untuk dewasa dan RM48 untuk budak-budak yang warganegara Malaysia. Kalau pelancong asing, RM130 untuk dewasa dan RM100 untuk budak-budak. Eagle’s Nest Skywalk ni bukak setiap hari dari 9.30 pagi sampai 6 petang.
Jangan lupa pi lawat, memang worth it!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini menerima kejutan istimewa daripada rakannya iaitu jaguh badminton negara, Lee Zii Jia apabila mendapat raket dan bulu tangkis yang digunakan pada sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu pertemuan yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’, pemenang pingat gangsa yang berusia 26 tahun itu menghadiahkan raket miliknya kepada Hairul Azreen manakala bulu tangkis diserahkan buat anak perempuan pelakon itu, Alisa Aisyah.
“Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti” – Lee Zii Jia
Menerusi video yang dimuat naik, Zii Jia berkunjung ke kediaman Hairul dan Hanis Zalikha dilihat menikmati hidangan nasi lemak dan teh ais iaitu menu yang paling dirinduinya selepas pulang dari Paris.
Sebelum ini, Zii Jia pernah mengunjungi kediaman pasangan selebriti berkenaan pada Jun lalu untuk memberi kejutan buat anak perempuan mereka, Alisa yang sangat meminatinya.
Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024 lalu, anak kedua Hairul Azreen itu turut memberi sorakan buat Zii Jia.
Sekadar info, Lee Zii Jia menduduki ranking keenam dunia selepas memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!