Ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah, malah kadangkala kelihatan seperti kulit melecur yang berair.
Ha, dengar pun dah seram kan? Apa lagi bagi mereka yang merasai sendiri penderitaan menanggung masalah ekzema ini. Biasanya, ia berlaku di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut.
Kebanyakan pesakit boleh menguruskan penyakit ekzema dengan rawatan perubatan dan dengan mengelakkan aktiviti atau perbuatan yang akan menyebabkan kerengsaan.
Ada beberapa jenis makanan yang boleh dielakkan sekiranya pesakit tidak mahu ekzema menjadi lebih teruk. Jangan tak tahu, sayur dan buah juga boleh mendatangkan bahaya untuk pesakit ekzema.
Mungkin ramai yang menganggap sayur dan buah-buahan adalah makanan terbaik untuk kesihatan. Namun menurut seorang pesakit ekzema yang dikenali sebagai Mizhana Padzi, ada beberapa sayur dan buah yang boleh dihindari oleh pesakit sekiranya mahu cepat pulih.
Berikut adalah senarai sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema.
Brokoli yang menyihatkan ini harus dielakkan kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik.
Tinggi dengan GMO dan alkaloid serta solanine yang menyebabkan keradangan kulit bertambah parah. Jika radang ekzema semakin pulih, tidak ada masalah untuk makan sayuran ini.
Seperti aprikot kering, kismis, buah tin atau prune, walaupun baik untuk kesihatan tetapi kalau korang ada ekzema elakkan kerana ia tinggi gula dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah-buahan kering ini boleh menyebabkan ekzema gatal dan radang.
Ha, mungkin ada yang baru tahu bukan? Selama ini kita ingat sayur dan buah-buahan memang baik untuk dimakan. Sekiranya korang mempunyai masalah ekzema, cuba elak ambil sayuran dan buah-buahan di atas okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak mempertaruhkan bakat yang dimiliki dengan mengorak langkah menyertai America’s Got Talent, baru-baru ini, nama penyanyi yang sedang meningkat naik, anak kelahiran Indonesia Putri Ariani semakin menjadi sorotan dan bualan ramai.
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Sekadar info, Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama yogurt beku, llaollao? Di mana-mana pusat membeli-belah yang korang kunjungi, tentunya ada cawangan llaollao akan korang temui kerana populariti yang dimilikinya di pasaran Malaysia.
Kejayaan llaollao bukan sahaja terletak pada rasanya yang amat sedap tetapi juga atas komitmennya terhadap kualiti dan keaslian.
Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi berkualiti premium yang dipilih dengan teliti, llaollao telah menghasilkan yogurt beku yang lazat dan sihat dalam setiap produknya.
Siapa sangka, llaollao rupa-rupanya merupakan sebuah jenama yogurt beku yang terkemuka dari Sepanyol!
Jom kita lihat lima lagi fakta menarik mengenai llaollao:
01
llaollao baru-baru ini telah meraikan pembukaan kedai yang ke-100 di Malaysia.
Cawangan kedai yang ke-100 ini dibuka di Kompleks Kajang Metro Point, Selangor di mana sebuah Parti Froyo telah dianjurkan di Pavilion KL pada awal bulan Jun ini dengan pelbagai aktiviti.
02
Ada sebabnya Ketua Pegawai Eksekutif llaollao amat menyukai Malaysia sebagai pasaran istimewanya.
Kata Pedro Espinosa, “Walaupun Malaysia terletak lebih 11,000 kilometer jauhnya, namun kami merasakan bahawa para pelanggan kami mempercayai kami. Di sini, kami berasa seperti berada di negara sendiri dan pada masa yang sama kami merasakan 100% llaollao.”
Cawangan llaollao yang lebih besar dan eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur.
03
Negara pertama di benua Asia yang memiliki francais llaollao ialah Singapura pada tahun 2013; iaitu empat tahun setelah llaollao memulakan perniagaan di Sepanyol.
Sejak itu, benua Asia telah menjadi pasaran keduanya yang paling penting selepas negara asalnya, Sepanyol. Ini kerana Asia mempunyai lebih 150 pusat jualannya di seluruh rantau ini.
Selain Singapura dan Malaysia, llaollao juga dibuka di Indonesia, Filipina, Vietnam, Arab Saudi, Myanmar dan Brunei.
04
llaollao telah menjual lebih 100 juta tab di seluruh dunia dan mempunyai lebih 320 pusat jualan di seluruh dunia. Memang wow!
05
llaollao khabarnya sedang merancang untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di negara ini dengan membuka 130 buah kedai menjelang akhir tahun 2023.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 14 tahun, kebanyakan remaja baru ingin mengenali minat sebenar mereka.
Namun tidak bagi seorang remaja berdarah Inggeris yang dikenali sebagai Alex Westgate.
Bersempena hari kelahirannya yang ke-14 Rabu minggu lalu, Alex yang berasal dari Wes Sussex telah diberikan kepercayaan untuk menjadi salah seorang juruterbang paling muda yang pernah mengemudikan pesawat jenis glider plane!
Bertempat di lapangan terbang Husbands Bosworth dekat Leicestershire di United Kingdom, Alex memberanikan diri untuk merealisasikan impiannya itu secara solo.
Walaupun dia baru saja memulakan latihan semasa musim lockdown mula dilaksanakan di UK sekitar bulan Mac, dia menyatakan kepada media di BBC bahawa dirinya merasa tenang saja di belakang stereng.
Sambil mengemudikan pesawat, dia mengingatkan diri sendiri akan langkah-langkah yang perlu diambil dari awal sehinggalah ke momen pesawat mendarat semula.
Katanya, “Ia adalah pengalaman yang menakjubkan untuk menerbangkan glider dan berada di ruang udara bersendirian.
“Saya banyak bercakap kepada diri sendiri di atas sana dan saya ingin memastikan semuanya berjalan lancar dan pesawat mendarat dengan selamat. Peluang untuk menjalani latihan telah membuatkan saya lebih berani mengambil tanggungjawab dan arahan dengan baik,” jelas Alex sambil berterima kasih kepada ayahnya yang juga merupakan seorang juruterbang pesawat komersial dan jurulatih penerbangan di Leichestershire.
Alex besama ayahnya yang juga adalah seorang juruterbang komersil, Guy Westgate. Sumber Foto: BBC
“Pelik bila melihat anak sendiri mengemudikan pesawat. Dia hanyalah remaja biasa, tapi dengan kejayaan yang luar biasa. Seperti ayah lain, saya masih perlu mengingatkan Alex untuk mengikat tali kasut, memakai kot sebelum keluar rumah. Tapi bila di ruang udara tadi, dia hanya bergantung kepada diri sendiri,” kata ayahnya, Guy Westgate.
Mana tumpahnya kuah jika tidak pada nasi, bukan?
Video di bawah merupakan contoh pengalaman yang dilalui oleh Alex.
*
Untuk pengetahuan, undang-undang di United Kingdom membenarkan juruterbang seawal usia 14 tahun untuk mengemudikan pesawat.
Namun menurut British Gliding Association, tidak semua orang diberikan peluang tersebut. Ia bergantung kepada prestasi dan sama ada seorang juruterbang itu lulus semua syarat-syarat yang ditetapkan.
Di Malaysia sendiri, kita boleh berbangga dengan juruterbang pertama wanita kita yang mengemudi pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, tahun ini.