Kalau di dalam kampus pun boleh sakit perut, tak tahulah nak percaya makanan dari mana lagi..
Menurut laporan lewat petang semalam, seramai 110 penuntut sebuah kolej universiti di Bandar Seri Putra, Kajang telah mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah, justeru disyaki akibat keracunan makanan.
Rakan media di Astro AWANI melaporkan 90 orang penuntut wanita dan 20 orang lelaki itu merupakan pelajar yang sedang mengikuti program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah.
Selepas solat Maghrib semalam, kebanyakan daripada mereka mula mengadu sakit perut dan muntah lalu menyebabkan pengurusan kolej terpaksa membawa mereka semua ke Hospital Serdang kira-kira pada jam 8.30 malam.
Ads
Pegawai di kolej universiti tersebut juga memberitahu bahawa para pelajar itu diberikan makan malam berupa nasi putih, ayam masak kurma dan sayur di dewan makan bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Terlebih dahulu, mereka diberikan makanan tengah hari dengan lauk ayam masak kicap.
Hanya selepas solat maghrib, mereka mula diserang tanda-tanda keracunan makanan.
“Sepanjang seminggu orientasi ini berlangsung, pihak pengurusan mengambil tempahan penyediaan makanan daripada katering di luar kampus,” katanya lagi.
Salah seorang mangsa pelajar yang dikenali sebagai Mohd Aqil Adnan, 19, berkata seorang demi seorang muntah tanpa henti. Dia sendiri muntah sehingga 7 kali sebelum dibawa ke Hospital Serdang.
Ads
Tambah seorang lagi pelajar, Muhammad Iman Marzuki, mereka terpaksa beratur panjang ketika berebut menggunakan tandas akibat cirit-birit.
Hhm, bersabarlah korang.
Ads
REMAJA harap agar kes ini disiasat secepat mungkin kerana 110 bukanlah jumlah mangsa yang sedikit. Dan get well soon buat semua pelajar!
Mungkin, Malaysia saja negara di mana seorang menteri yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 tidak dikenakan tindakan tegas; malahan masih mengekalkan jawatan masing-masing.
Minggu ini, Great Britain dikejutkan dengan penularan foto Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock yang sedang berpelukan dan mencium seorang wanita seperti yang dicetak oleh sebuah akhbar di sana.
Foto yang ditangkap daripada paparan kamera litar tertutup (CCTV) itu menjadi pertikaian bukan disebabkan oleh perbuatan tersebut (biarpun hakikatnya, Hancock sudahpun berkahwin dan wanita dalam foto itu bukanlah isterinya. Ia merupakan seorang pembantu kanan di sebuah pejabat di Jabatan Kesihatan).
Foto itu dipertikaikan rakyat Britain kerana ia diambil dari tarikh 6 hingga 11 Mei iaitu tempoh di mana Britain menyekat pergerakan serta melarang sebarang kontak seperti pelukan dan hubungan fizikal di luar rumah sendiri.
Justeru, Hancock terang-terangan telah melanggar SOP yang ditetapkan partinya sendiri.
Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock.
Sejurus selepas terpalit dengan kontroversi itu, Hancock mengambil keputusan untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang terjadi, memohon maaf dan menghantarkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Boris Johnson.
*
Dalam pada itu, di beberapa negara lain, Menteri Kesihatan mereka juga dilihat pernah mengambil tindakan meletak jawatan disebabkan oleh isu yang mereka hadapi.
Di Austria, Menteri Kesihatannya Rufold Anschober meletak jawatan pada April lalu setelah mengakui penat melampau akibat menguruskan krisis COVID-19 hingha terpaksa mengambil cuti selama seminggu ketika dimasukkan ke hospital.
Menteri Kesihatan Austria, Rufold Anschober
Menteri berusia 60 tahun itu baru saja dilantik pada awal tahun 2020 dan dalam ucapan akhinya, beliau sebak ketika mengingatkan rakyat Austria bahawa krisis ini masih belum berakhir.
*
Di Peru, Menteri Kesihatannya, Pilar Mazzetti terpalit skandal selepas dia berani menyelar bekas Presiden Peru, Martin Vuzcarra kerana disuntik vaksin COVID-19 secara rahsia sebelum rakyat memperolehinya.
Menteri Kesihatan Peru, Pilar Mazzetti
Presiden itu mengiyakan dakwaan Pilar dengan alasan beliau dan isterinya merupakan sebahagian daripada 12,000 orang sukarelawan untuk percubaan suntikan vaksin Sinopharm.
Surat peletakan jawatan diserahkan kepada Presiden Francisco Sagasti, sekaligus menjadikan Pilar sebagai Menteri Kesihatan Peru KELIMA sejak kes COVID-19 dikenal pasti telah merebak di negara itu.
*
Masih di benua Amerika Selatan – Menteri Kesihatan Chile, Jaime Manalich meletak jawatan pada Jun tahun lalu setelah kontroversi maklumat tidak tepat yang disalurkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Kesihatan Chile, Jaime Manalich.
Kerajaan Chile pada waktu itu mengumumkan lebih 3000 nyawa telah diragut sejak wabak Covid-19 mula menyerang negara itu pada Mac 2020. Namun, Chile dikataan telah memberitahu WHO bahawa jumlah kematian sebenar adalah lebih dari 5000 orang.
Lalu, Manalich telah teruk dikritik dan pengiraan jumlah kematian rakyat akibat wabak telah dipertikaikan rakyat.
*
Tidak cukup dengan itu, di Argentina, Menteri Kesihatannya Gines Gonzalez Garcia meletak jawatan setelah diminta oleh Presiden Alberto Fernandez. Ini susulan pembongkaran rakan Garcia yang telah memotong giliran mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan Argentina, Gines Gonzalez Garcia
Rahsia itu telah mencetuskan amarah di kalangan rakyat setelah rakan Garcia yang merupakan seorang wartawan, Horacio Verbitsky mengumumkan di radio bahawa hubungan akrabnya dengan Garcia telah membolehkannya mendapatkan suntikan vaksin di pejabatnya.
*
Melihat kepada keadaan ini, nampaknya negara luar lebih tegas mengambil tindakan ke atas menteri mereka sejurus selepas terpalit dengan kontroversi waima sekecil melanggar SOP berjumpa dengan orang ramai sekalipun; seperti yang berlaku kepada Menteri Kesihatan Britain minggu ini.
Berbeza sekali dengan keadaan di Malaysia di mana menteri kita sekadar perlu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka setelah mereka ‘kantoi’ melanggar SOP dengan makan di sebuah kafe semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Renung-renungkanlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama kosmetik dari United Kingdom itu menutup 900 buah stor yang dimiliki mereka di 49 buah negara dalam usaha menyokong kempen Climate Strike oleh remaja sedunia.
LUSH bukanlah nama kecil dalam industri kecantikan.
Lalu, apabila mereka memutuskan untuk membuat keputusan sedrastik menutup stor LUSH di 49 buah negara buat seketika, ramai yang akan tertanya-tanya mengapa?
Laman web LUSH
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada tanda sokongan LUSH terhadap pergerakan Climate Strikeyang meminta agar kerajaan sedunia mengambil tindakan pantas untuk menangani masalah iklim yang semakin membimbangkan.
Di LUSH Singapura, stor mereka ditutup pada pagi Jumaat dan dibuka semula pada 2 petang. Kedai dan pejabat LUSH ditutup, kesemua lampu dipadamkan dan laman web mereka juga dalam low energy mode. Kilang mereka juga menghentikan operasi buat seketika.
Wakil mereka berkata, “Tiada permintaan yang lebih hebat melainkan permintaan remaja yang inginkan pemimpin sekarang mengambil tindakan yang betul.”
Wow!
REMAJA tidak pasti sekiranya LUSH Malaysia juga terlibat dalam pergerakan ini memandangkan tiada pengumuman telah dilakukan mereka di media sosial.
Untuk pengetahuan, Climate Strike dijangka menjadi perhimpunan berskala besar di mana para pelajar seluruh dunia dijangka akan ponteng sekolah dan melakukan perhimpunan protes di jalan raya.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dua hari lalu menyaksikan Minneapolis antara kota terbesar di Minnesota, USA dicemari insiden huru-hara orang ramai selepas kematian seorang tahanan polis tular di media sosial.
Dalam video yang tersebar luas dan mengakibatkan orang ramai melakukan rusuhan termasuk membakar beberapa pasaraya, merompak termasuk ada kejadian mati bermula selepas pihak berkuasa tempatan menahan seorang lelaki berkulit hitam yang dilihat langsung tidak melawan ketika penahanannya.
Penahanan Geaorge dikatakan bermula apabila dia menggunakan duit palsu bernilai USD 20 untuk membeli makanan di sebuah kedai makan “cup food” milik Mahmoud Abumayyaleh di mana pekerja kedai berkenaan melaporkan kejadian wang palsu berkenaan ke pihak polis.
Pihak berkuasa yang datang dilihat menahan George yang ketika itu berada dalam kenderaan. Selepas keluar dari kereta dinaiki mangsa dan menunggu kedatangan kereta peronda lain membantu, dengan tangan yang masih bergari, anggota polis berkenaan dilihat menekan leher George Floyd, 46 tahun menggunakan kepala lututnya dan dalam video yang tular itu dapat kedengaran George Floyd merayu agar dilepaskan kerana dia sukar bernafas.
Namun kelihatan agak selamba empat orang anggota polis di mana seorang dari mereka masih menekan lehernya seperti tiada apa-apa. Ekoran kejadian dianggap melampau itu di mana masih wujud sentiment kulit hitam kulit hitam seperti zaman apartheid dahulu, orang ramai terutama kalangan penduduk berkulit hitam mula berkumpul dan melakukan rusuhan. Namun dengan penularan video menyaksikan George Floyd tidak melawan, rusuhan itu semakin merebak dan orang ramai mula melakukan keganasan dengan menganggap pihak polis adalah virus dalam insiden ini.
Empat anggota polis yang terlibat dalam insiden yang mencetuskan huru hara ini telah pun dipecat dari jawatan mereka.
Lihat video bagaimana huru haranya keadaan di Minneapolis sejak dua hari lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...