Pernah kah anda mendengar tentang tampon? Di Malaysia, mungkin masih ramai lagi yang tidak diberi pendedahan dengan bahan menstruasi ini berbanding tuala wanita.
Sebenarnya di luar negara kaedah ini sudah lama digunakan dan ia merupakan sesuatu yang biasa, malah remaja di sana lebih memilih untuk memakai tampon sewaktu datang bulan kerana lebih praktikal daripada penggunaan tuala wanita.
Namun, pemahaman budaya atau stigma masyarakat terhadap wanita yang memakai tampon menjadikan mereka takut untuk menggunakannya.
Banyak tanda tanya yang sering bermain di fikiran, antaranya adalah seperti adakah tampon boleh hilang dalam tubuh atau mungkin kah penggunaannya dapat memecahkan selaput dara.
Justeru itu, ramai yang takut untuk mencubanya dan jangan terkejut jika ada wanita yang langsung tidak tahu apa itu tampon.
Walau bagaimanapun, sebenarnya tampon tidak boleh lolos dan masuk ke dalam rahim kerana mulut rahim terlalu kecil untuk meloloskan tampon dengan lebih dalam lagi.
Ads
Selain itu, terdapat tali di hujung tampon untuk memudahkan anda menariknya keluar. Jadi tidak timbul isu sama ada ia boleh lenyap dalam kemaluan atau memecahkan dara.
Bagaimana menggunakan tampon dengan selamat?
Terdapat tiga perkara yang REMAJA nak tegaskan jika anda ingin menggunakan tampon.
1. Notis masa
Paling penting, anda harus sentiasa alert untuk menukar tampon pada setiap empat hingga lapan jam. Jangan gunakan lebih daripada lapan jam dan elakkan memakainya semasa tidur.
Semakin lama anda memakai tampon yang tidak ditukar, semakin tinggi risiko untuk mendapat jangkitan bakteria.
Ads
2. Risiko Toxic shock syndrome (TSS)
TSS sering kali dikaitkan dengan penggunaan tampon, biasanya daripada jenis superabsorbent. Lebih lama anda menggunakannya, lebih tinggi risiko untuk dijangkiti bakteria ini.
Seperti kes yang terjadi di luar negara, seorang remaja berusia 14 tahun hampir maut kerana terlepas pandang akan hal ini.
Molly Pawlett pada ketika itu ingin masuk tidur dan memutuskan untuk menukar tampon tetapi malangnya dia terus tertidur dan tidak sempat menukarnya.
Keesokan harinya, Pawlett terjaga dalam keadaan yang tidak selesa dan ibunya terkejut melihat ruam merah yang aneh mula tumbuh pada tubuh anaknya, lantas dibawa terus ke hospital.
Ads
Doktor telah mengesahkan bahawa Pawlett dijangkiti penyakit TSS, iaitu merupakan satu komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Mujur dia segera ke hospital, jika tidak menghiraukan gejala-gejala tersebut, kes ini boleh berakhir dengan tragis.
3. Pilih serapan yang sesuai
Tampon juga seperti tuala wanita yang mempunyai pelbagai jenis mengikut kesesuaian tempoh pendarahan anda. Pilih tampon dengan penyerapan yang sesuai.
Penggunaan saiz tampon yang terlalu besar dapat meningkatkan peluang untuk dijangkiti TSS. Lakukan yang terbaik untuk menyesuaikan saiz tampon dengan aliran darah haid.
Secara kesimpulan, tidak ada salahnya untuk anda memakai tampon tetapi demi menjaga kebersihan dan keselamatan, ilmu penjagaan itu perlu diambil kira. Janganlah kerana orang pakai, kita nak pakai juga.
Ambil tahu tentang perkara-perkara penting seperti ini, barulah lebih yakin dan terjamin keselamatannya.
Sumber: familyshare.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada yang dapat menandingi bakat nyanyi bintang tanah air seorang ini…
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila mempersembahkan nyanyian secara virtual buat para peminatnya di aplikasi TikTok.
Lebih 10,000 penonton membanjiri sesi siaran langsung tersebut, penyanyi lagu Jerat Percintaan itu tampil menyampaikan lagu-lagu popularnya secara percuma sahaja, seperti pernah dilakukanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum ini.
Ia sekali gus mendapat sambutan yang luar biasa oleh rata-rata pengguna platform berkenaan, malah ramai yang masih tidak dapat ‘move on‘ dengan persembahan Siti Nurhaliza lalu memuat naiknya semula di media sosial seperti di TikTok dan Instagram.
Selain itu, ramai juga menzahirkan rasa teruja dan terpukau dengan kelunakan nyanyian yang dipersembahkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu, meskipun hanya dapat mendengar secara virtual sahaja.
“Hebatnya! Aku kalau part tinggi dah sampai pekaklah telinga,” komen seorang peminat.
“Inilah penyanyi yang dikatakan penghibur. Bukan nak kejar populariti dan anugerah sahaja. Ikhlas meneruskan minat dan hiburkan peminat,” komen peminat yang lain.
“Suara ini lagi sedap, versi suara rock. I love you Tokti!” tulis juga seorang pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem animasi, Missing Link bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 11 April ini.
Filem yang diterbitkan oleh Annapurna Pictures ini nyata tidak menghampakan kami kerana jalan ceritanya penuh pengisian, disamping menyelitkan aksi-aksi lucu si big foot.
Missing Link menceritakan tentang seorang peneroka haiwan yang menggembara semata-mata ingin membuktikan bahawa wujudnya haiwan rare yang mempunyai ketinggian setinggi 8 kaki dan berat 630 pound, tidak dipercayai kewujudannya oleh orang lain.
Oleh kerana itu, Sir Lionel Frost (Hugh Jackman) sanggup menunaikan hajat Mr. Link (nama haiwan yang diberikan olehnya) untuk berjumpa dengan kerabatnya yang dikatakan wujud di Himalaya dan sebagai timbal balik, haiwan rare tersebut akan menunaikan impian Sir Lionel untuk memberi sampel DNAnya sebagai bukti kewujudan.
Pengembaraan mereka ke Himalaya penuh dengan debaran kerana turut diikuti oleh si musuh yang tidak senang dengan penemuan haiwan rare tersebut oleh Sir Lionel Frost.
Karakter animasi terbaik
Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, Zoe Saldana, Zach Galifianakis, Timothy Olyphant, Emma Thompson, Stephen Fry, Matt Lucas, Amrita Acharia dan David Walliams.
Bayangkan, haiwan berbulu yang berketinggi 8 kaki tapi penuh dengan karakter humor dan langsung tidak menakutkan. Mr. Link seekor haiwan besar berbulu yang lucu, adorable serta pandai bercakap. Bukan itu saja, katanya dia juga pandai menulis.
Hebat bukan?
Kesemua karakter yang ada dalam Missing Link mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain watak utama Sir Lionel dan Mr. Link, Adelina Fortnight (Zoe Saldana) juga berjaya menjadi antara tarikan dalam menguatkan lagi jalan cerita. Wataknya sebagai seorang wanita yang tegas namun berjiwa penyayang dan turut membantu dalam pengembaraan Sir Lionel dan Mr. Link ke Himalaya.
Genre santai & menghiburkan
Tak perlu jalan cerita yang berat, Missing Link mampu untuk menghiburkan korang di pawagam. Karakter lucu animasi ini memberikan impak besar secara keseluruhannya.
Aksi komedi yang diselitkan membuatkan penonton tidak bosan dan mampu bertahan sehingga ke pengakhiran cerita. So, tak ada la korang rasa macam nak keluar panggung. Hiks!
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat babak-babak yang tidak logik di dalam file mini. Nah, dah nama cerita kartun kan, biasalah tu. Hehe!
Apa-apa pun, kami bagi empat bintang untuk Missing Link. Jangan lupa untuk serbu pawagam menyaksikan filem animasi menghiburkan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guru tari popular, Linda Jasmine Hashim memberitahu bahawa kehidupannya tidak banyak berubah walaupun sudah berpisah dengan bekas suami yang juga aktor terkenal, Que Haidar.
Linda menjelaskan bahawa dia sudah terbiasa menguruskan kehidupan dan anak-anak secara sendiri sebelum berkahwin bersama Que, dan keadaan itu berterusan selepas perceraian mereka.
“Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja.
“Hubungan saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah. Memang kami okay, tiada masalah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada,” katanya ketika ditemui pada Malam Nona Superwoman Awards 2024.
Mengenai penerimaan netizen terhadap perceraian mereka yang tidak didedahkan secara terbuka di media sosial, Linda mengakui bahawa dia dan Que memilih untuk tidak berkongsi urusan peribadi mereka.
“Memang saya cuba elak ‘as much as possible’ daripada apa-apa khabar dan isu. Sebab bagi saya, ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak kongsikannya dengan semua orang,” jelasnya.
Linda juga bersyukur kerana perceraiannya dengan Que tidak menjadi topik hangat di media sosial, membolehkannya meneruskan kehidupan dengan tenang sebagai ibu tunggal.
Untuk rekod, pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mengesahkan bahawa mereka telah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak perempuan, Tengku Ratu Haidar, dan Tengku Cleopatra Haidar. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khanhasil perkahwinan terdahulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!