Bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Cheras di sini musnah terbakar, pagi ini.
Pada jam 4.15 pagi, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran di sebuah sekolah. Tiga jentera dari BBP Bandar Tun Razak, BBP Hang Tuah, dan BBP Cheras bersama dua unit tangki air serta satu unit EMRS telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Kebakaran tersebut melibatkan bangunan pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, dan beberapa bilik lain. Keseluruhan struktur bangunan musnah sepenuhnya akibat kebakaran.
” Kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur bangunan.”
Seramai 44 anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran, dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.55 pagi. Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Ads
Sebelum ini satu rakaman video memaparkan kebakaran berlaku di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras Kuala Lumpur.
Menerusi klip berkenaan, kejadian dipercayai berlaku awal pagi Selasa.
Kelihatan sebuah bangunan terbakar dengan api marak sehingga udara dipenuhi asap hitam berkepul-kepul meskipun keadaan ketika itu sedang hujan lebat.
Fakta menarik tentang Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASAS), Cheras
Ads
1. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
ASAS telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, satu pengiktirafan yang diberikan kepada sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan pengurusan. Ini membuktikan komitmen sekolah dalam membina kecemerlangan holistik.
2. Aktif Dalam Bidang Debat dan Kepimpinan
ASAS dikenali kerana kecemerlangan dalam debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta penyertaan aktif dalam pelbagai program kepimpinan pelajar seperti Majlis Tertinggi Pelajar (MTP) dan Projek Inovasi Pelajar yang memupuk bakat kepimpinan sejak usia muda.
3. Rekod Akademik Konsisten Cemerlang
ASAS sentiasa mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM, dan sering tersenarai dalam kelompok sekolah terbaik negara. Ini adalah hasil budaya pembelajaran yang mantap dan tenaga pengajar yang berpengalaman.
Ads
4. Alumni Berjaya dan Berpengaruh
Ramai bekas pelajar ASAS kini menjadi tokoh penting dalam pelbagai bidang seperti politik, akademik, kejuruteraan dan keusahawanan. Alumni sekolah ini dikenali sebagai ASASian, dan mereka mempunyai jaringan komuniti yang kukuh dan aktif.
Baru-baru ini kecoh apabila kes seorang wanita yang diganggu di tepi highway gara-gara keretanya rosak tular di laman media sosial.
Nampaknya, selain isu wanita tersebut ada seorang lagi mangsa yang mengalami nasib yang serupa cuma kali ini tempat kejadian adalah di kawasan tempat letak kereta. Modus operandinya adalah sama di mana mangsa hanya berseorangan.
Insiden tersebut dikongsi oleh sahabat mangsa yang turut menasihatkan agar para wanita berhati-hati.
“Girls please take a good care of yourself. Kawan I baru kene and Alhamdulillah takada apa but she’s traumatised,” tulisnya
Girls please take a good care of yourself. Kawan I baru kene and Alhamdulillah takada apa but she’s traumatised 😭 pic.twitter.com/Emh5kUnBIt
Susulan itu, di ruangan komen ramai turut berkongsi kegusaran mereka mengenai perkara ini.Malah, turut saling mengingatkan sesama sendiri agar sentiasa berhati-hati.
Oh my…macam-macam kes pula kita dengar mengenai isu ini. Anyway, please be careful ya girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, Malaysia disebut-sebut dalam rancangan temubual lewat malam popular The Late Show with Stephen Colbert pada minggu ini.
Ia berikutan hantaran di media sosial yang tular pada hari Ahad lalu melibatkan sekumpulan penunggang kuda yang membuat pesanan di kawasan pandu lalu McDonald’s cawangan Cyberjaya.
Walaupun tujuan foto-foto ini dimuat naik ke Facebook 3S Equestrian Cyberjaya adalah sekadar jenaka, namun niat tersebut telah memakan diri kumpulan tersebut apabila ramai menuduh mereka sebagai penagih publisiti daripada masyarakat di Malaysia.
Mereka turut dikritik sebagai golongan yang tidak cakna dengan kebersihan jalan raya dek najis kuda yang bertaburan di sekitar kawasan awam itu.
Jelas kumpulan yang dikenali sebagai 3S Equestrian Cyberjaya itu kepada portal Juice, ahli-ahli pasukan itu bersedia untuk membersihkan najis kuda di sana dan tidak menyusahkan pekerja McDonald’s tersebut. Mereka berkata ada staf yang sedang mengekori dari belakang untuk menyelesaikan isu najis bertaburan setelah mereka beredar dari kawasan pandu lalu.
Isunya tidak terhenti setakat situ saja apabila mereka turut sama dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) asas dengan tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai. Sebagai respon balas, kumpulan penunggang itu berkata mereka tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka sewaktu menunggang memandangkan sukan berkuda adalah sukan memenatkan dan pemakaian pelitup muka boleh mengganggu pernafasan. Mereka juga mendakwa kesemuanya tetap menjaga jarak 1 meter dengan gadis di kaunter pandu lalu.
Selain itu, banyak lagi komen-komen lain di media sosial yang menambah arang kepada bara seperti ketidaksesuaian jalan tar untuk kaki kuda dan soal keselamatan haiwan itu sendiri apabila berada di jalan raya terutamanya bila berdepan dengan lampu kenderaan mahupun bunyi hon secara tiba-tiba. Bukan itu saja (fuh banyak betul complain mereka).. warganet juga mempertikaikan jarak dekat antara haiwan dan restoran dari sudut kebersihan. Tidak hygienic katanya..
*
Berbalik kepada intipati program The Late Show with Stephen Colbert yang bersiaran pada hari Ahad lalu, beliau menyentuh mengenai ‘stun’ tersebut dalam segmen ‘berita terbaru’-nya.
Sekumpulan manusia menunggang kuda di lorong pandu lalu McDonald’s. Oh yeah, saya akan mengambil hidangan nombor empat dengan air Coca Cola bersaiz kecil dan.. 15,000 kepingan epal. Mereka menunggang di Cyberjaya, sebuah bandar di Malaysia Barat yang dikenali sebagai ‘Lembah Silikon’ versi Malaysia.
Hmm.. apa pendapat korang?
Adakah aksi kumpulan berkuda ini lucu dan menarik untuk ditonton. Atau mereka kelihatan seperti satu lagi ‘kumpulan kayangan’ yang tidak akan dikenakan tindakan biarpun melanggar beberapa etika penting semasa berada di luar bersama kuda masing-masing.
Terpulang kepada interpretasi masing-masing. Lagipun pihak McDonald’s pun tidak mengambil serius isu tersebut dan telah memuat naik ciapan semula di akaun mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mencipta sejarah lagi apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India dengan menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam perlawanan mendebarkan.
Sze Fei-Izzuddin yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan bertaraf Super 750 itu, bangkit daripada tekanan untuk menewaskan Won Ho-Seung Jae dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-16 dalam tempoh 52 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.
Nur Izzuddin dan Sze Fei muncul juara Terbuka India setelah menewaskan pasangan Korea Selatan dalam aksi final di New Delhi pada Ahad. Foto AFP.
Kemenangan tersebut menjadi penawar duka pasangan profesional itu selepas mereka menampilkan aksi kurang memuaskan di Terbuka Malaysia minggu lalu, apabila mereka tersingkir seawal pusingan pertama kepada gandingan Denmark, Daniel Lungaard-Mads Vestergaard, 15-21, 21-9, 21-18.
Bawa Pulang AS$70,300 (kira-kira RM316,700)
Hasil kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah bernilai AS$70,300 (kira-kira RM316,700), manakala pasangan Korea Selatan itu menerima AS$33,250 (RM149,836).
Kemenangan tersebut menjadi permulaan cemerlang untuk musim 2025, melengkapkan senarai kejayaan mereka selepas menjuarai Terbuka Jepun, Terbuka China, dan Terbuka Artik pada musim lalu.
Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara meraih gelaran di Terbuka India adalah pada 2010 menerusi gandingan Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari. Legenda perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pula menjadi wakil terakhir Malaysia muncul juara iaitu pada 2014 selepas menewaskan seteru dari China, Chen Long 21-13, 21-17.
Tahniah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin!
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bonnie Bunyau Gustin mempertahankan emas powerlifting 72kg lelaki di Sukan Para Asia 2026 dengan angkatan 225kg, sekali gus menambah pingat emas Malaysia.