Terbaru, kem olahraga para negara akhirnya menarik nafas lega selepas pingat emas acara 100 meter (m) lelaki T12 Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 disahkan kekal menjadi milik Malaysia, selepas keputusan rasmi dimuktamadkan oleh penganjur lewat 24 jam akibat isu teknikal.
Jaguh negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, tampil sebagai juara dengan catatan masa 11.26 saat (s), sekaligus menewaskan wakil tuan rumah, Kissanapong Tisuwan yang mencatat 11.52s, manakala gangsa menjadi milik rakan sepasukan, Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi dengan masa 11.53s.
Difahamkan, keputusan itu sebelum ini tergantung susulan ‘drama’ teknikal apabila seorang atlet Singapura, James Ethan, tidak menyedari kelayakannya ke final selepas namanya tidak dipaparkan dalam senarai rasmi oleh penganjur, sekaligus menyebabkan beliau terlepas beraksi dalam perlumbaan akhir.
Situasi berkenaan mendorong Singapura mengemukakan bantahan rasmi yang akhirnya diterima atas faktor teknikal, sebelum atlet tersebut dibenarkan melakukan larian catatan masa secara bersendirian pada hari berikutnya bagi menentukan kesahihan keputusan final.
Ads
Bagaimanapun, catatan 11.99s yang direkodkan James Ethan gagal mengatasi masa dicatatkan Muhamad Afiq, sekaligus mengesahkan keputusan final kekal sah dan pingat emas terus menjadi milik kontinjen Malaysia.
Menurut pengurus pasukan, S. Arasu berkata, kelewatan itu berpunca daripada kesilapan penganjur yang tidak memaparkan senarai kelayakan atlet ke final seperti sepatutnya.
Ads
“Memang tepat 24 jam, sebab penganjur sendiri yang tidak letak dia punya kelayakan sebab peserta yang layak itu sepatutnya dipamerkan,” katanya.
Ads
“Sebab itu Singapura minta supaya dia dibenarkan lari pada hari ini. Jadi kita pun membenarkanlah dia lari dan bersyukur sebab dia punya masa tidak dapat lawan masa kita. Jadi kita punya keputusan masih kekal, pingat emas masih lagi kepada Malaysia,” jelasnya.
Secara keseluruhan, kem olahraga para terus muncul sebagai penyumbang terbesar pingat negara setakat ini dengan kutipan 11 pingat emas, lapan perak dan 14 gangsa, sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam carta pungutan pingat temasya berkenaan.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
COVID-19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan, malah hampir melumpuhkan ekonomi dunia.
Dan bagai ada sinar baru bila vaksin Covid-19 ini bakal tiba di Malaysia Februari ini, bekalan vaksin Covid-19 fasa pertama yang dibeli kerajaan daripada syarikat farmaseutikal Pfizer iaitu vaksin COMIRNATY.
Justeru, KKM melalui soalan lazim (FAQ) yang disediakan Insitut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menyenaraikan sembilan (9) jenis golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini.
Vaksin adalah pilihan terbaik ketika ini untuk mencegah dan mengawal jangkitan #COVID19 daripada terus merebak.
Namun, tidak semua orang sesuai menerima vaksin ini. Siapakah mereka?
Menurut KKM, 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini ialah :
Vaksin COMIRNATY tidak sesuai diberikan kepada:
1. Individu yang mempunyai sejarah alahan yang serius terhadap makanan (atau) ubat (atau) persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
2. Individu yang mengalami alahan yang serius selepas menerima dos pertama vaksin COMIRNATY.
3. Individu yang menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.
4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi.
5. Individu yang menghidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 sel/mL.
6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil.
7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria.
8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.
9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (<50,000/µL)
Menjadi seorang puteri mungkin menjadi impian sesetengah gadis di luar sana. Lahir sahaja ke dunia, segala keperluan tersedia dan dengan status sebagai seorang puteri. Namun bukan semua orang bernasib baik dilahirkan dalam keluarga DiRaja. Sesetengah status puteri pula tidak diperoleh menerusi hak kelahiran, sebaliknya menerusi perkahwinan.
Itulah yang terjadi kepada wanita anggun berusia 48 tahun ini. Letizia Ortiz Roscalono kini merupakan Permaisuri Sepanyol dan dikenali oleh khalayak antarabangsa sebagai Queen Letizia of Spain.
Dilahirkan pada 5 September 1972, baginda dibesarkan penuh sederhana dalam keluarga rakyat biasa. Ayahnya juga merupakan seorang wartawan manakala ibunya pula merupakan seorang jururawat. Membesar sebagai seorang wanita bercita-cita tinggi, Letizia merupakan graduan dalam bidang Sarjana Muda Kewartawanan dan juga Sarjana Kewartawanan Audio Visual.
Baginda aktif dalam isu kemasyarakatan dan juga kesihatan.
Menjejak langkah seperti ayahnya yang merupakan wartawan berpengaruh, baginda memulakan kerjaya di akhbar La Nueva Espana sebelum berhijrah ke akhbar ABC yang merupakan antara akhbar tertua Sepanyol. Selepas itu dek semangat kewartawanan yang tinggi baginda berkhidmat pula dengan agensi berita EFE. Kerjayanya berkembang pesat sehingga berjaya menempatkan diri di syarikat besar seperti Bloomberg dan juga CNN+. Baginda juga pernah bergelar seorang pengacara untuk rancangan bual bicara pagi.
Sebelum bertemu dengan King Filipe VI yang ketika itu merupakan Putera Mahkota Sepanyol, Letizia sebenarnya pernah berkahwin selama setahun, namun ia hanya dilakukan secara sivil dan bukannya di gereja. Oleh itu, statusnya sebagai seorang janda tidak menjadi penghalang untuk mengahwini putera mahkota ketika itu.
Momen bahagia hari perkahwinan 17 tahun yang lalu.
Sebaliknya menurut laporan Hello, desas desus berita bahawa bakal seorang permaisuri akan berasal dari orang kebanyakan menjadi satu perkara yang positif dalam kalangan media, ahli politik dan rakyat Sepanyol. Mereka menganggap Leitizia sebagai seorang permaisuri abad ke-21 yang moden dan bijak.
Mengikat tali pertunangan pada 1 November 2003, Letizia telah diarah untuk tinggal di Istana Zarzuela sehingga hari pernikahannya berlangsung pada 22 Mei 2004. Selepas bernikah baginda dikenali sebagai Princess of Asturias kerana ketika itu suminya dikenali sebagai Prince of Asturias. Gelaran ini merupakan gelaran tertinggi kepada waris pertama yang bakal mewarisi takhta DiRaja Sepanyol.
Leonor mewarisi kecantikan bondanya.
Letizia menjadi seorang permaisuri apabila suaminya menaiki takhta pada 19 Jun 2014 dek kerana ayahandanya melepaskan takhta. Hasil perkahwinannya dengan King Felipe VI, baginda dikurniakan dua cahaya mata perempuannya. Anak sulungnya Leonor,Princess of Asturias akan menjadi seorang Permaisuri pemerintah apabila King Filipe meninggal dunia atau melepaskan takhta.
Bila terdengar iklan dicorong-corong radio “Keenakan buah kurma dari timur tengah.. Yusof Taiyoob.. ini merupakan petanda bulan Ramadan dan puasa bakal menyelma tak lama lagi.
Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya. Bila terdengar iklan ‘keenakkan Kurang dari sebulan kita akan menjalani ibadah puasa dan masuk bulan mulia Ramadan. Bila tima bulan Ramadan mesti kita akan menyediakan buah kurma atau tamar yang merupakan sunnah nabi kita.
Sumber : Konevi from Pexels
Sekarang ni dah bermacam-macam jenis kurma yang ada di pasaran,sebut je nak jenama apa. Tapi korang tahu tak nak memilih kurma yang baik dan tidak menyesal bila makan nanti. Paling penting pilih stok kurma yang boleh bertahan lama.
1. Lihat pada tekstur buah
Buah kurma yang masih segar mempunyai tekstur yang kenyal meskipun kulitnya nampak berkerut. Selain itu, kurma yang masih berkualiti akan kelihatan padat dengan permukaan kulit yang sedikit berkilat.
Jika kurma tersebut mempunyai kristal gula terbentuk pada permukaan kulitnya, ia satu petanda bahawa buah itu tidak lagi segar.
2. Aroma
Jika kurma yang anda lihat mengeluarkan bau yang masam dan tajam, usah beli. Ini menandakan bahawa kurma tersebut sudah disimpan agak lama dan kurang bermutu.
3. Simpan dalam peti sejuk
Satu cara menyimpan kurma agar tahan lebih lama adalah membekukannya dalam peti sejuk. Tidak perlu khuatir, kerana buah tersebut tidak akan berubah rasa mahupun teksturnya jika disimpan dengan cara itu.
Anda hanya perlu menunggu sebentar selepas mengeluarkannya dari peti sejuk sebelum memakannya.
Satu lagi cara adalah untuk merendamkan kurma yang disimpan dalam peti sejuk itu, ke dalam air suam agar ia kembali lembut.
4. Simpan dalam bekas kedap udara
Jika anda mempunyai kurma kering dan ingin cara paling ringkas untuk menyimpannya, simpan sahaja dalam bekas kedap udara. Kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan jika disimpan dengan cara itu.
Namun jika anda ingin rasa lebih selamat, seeloknya simpanlah dalam peti sejuk.
Tak sabarnya nak sambut bulan Ramadan bulan ini, semoga info ini bermanfaat kepada semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan konflik yang kian meruncing di Asia Barat, proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara menemui sedikit kesukaran.Ini berikutan penutupan ruang udara di...