Sudah menjadi kebiasaan bagi peminat selebriti Korea untuk melepaskan idola mereka menyertai latihan ketenteraan setelah cukup syarat bagi lelaki warganegara itu.
Peminat akan merasa kehilangan apabila selebriti pujaan mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan berikut. Latihan ketenteraan diwajibkan kepada semua lelaki di Korea Selatan tanpa pengecualian.
Setiap tahun, ada sahaja selebriti lelaki Korea yang akan dihantar menyertai latihan ketenteraan ini. Tahun ini, ramai idola dijangka akan kembali pada pertengahan tahun 2022 selepas berjaya menamatkan latihan yang memakan masa lebih kurang 18 bulan.
Berikut merupakan antara 10 selebriti yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada tahun 2022.
Penari utama kumpulan kpop ini menyertai latihan ketenteraan pada 18 Januari 2021 dan selepas menamatkan latihan asas dia berkhidat dengan kumpulan tentera. Ricky dijangka dilepaskan pada Julai tahun ini.
Pemain drum dan rapper kumpulan ini telah berkhidmat dalam tentera sejak 12 Oktober 2020. Hajoon menyertai Tentera Udara dan bersedia untuk menamatkan perkhidmatannya pada Julai 2022.
Pada awalnya selebriti ini sepatutnya memulakan latihan ketenteraan pada 19 Oktober 2022 namun disebabkan kesihatanya membawa perubahan peranannya daripada seorang askar yang aktif kepada seorang pekerja perkhidmatan awam.
Ketua kumpulan kpop ini memulakan latihan pada 18 Februari 2021 dan menerima latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Pengambilan Tentera Nonsan di Wilayah Chungcheong Selantan. L dijadualkan akan menamatkan latihan selewat-lewatnya pada November ini.
Chanyeol memulakan latihan ketenteraan selama empat minggu bermula 29 Mac 2021 dan ditugaskan ke sebuah unit tentera. Selebriti ini bakal menamatkan latihan pada akhir September 2022.
Taemin mengalami simptom kemurungan yang teruk sehingga dia terpaksa dipindahkan pada 14 Januari 2022 ke perkhidmatan awam untuk meneruskan tugas ketenteraannya. Dia dikhabarkan bakal dibebaskan pada November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita semua sedia maklum, resume adalah perkara asas yang sangat penting dalam permohanan kerja dan kerana itu, calon perlu melengkapkan resume dengan baik sebelum dihantar kepada bakal majikan.
Selain daripada maklumat asas seperti nama penuh, tempat belajar dan kemahiran yang ada, calon juga perlu meletakkan ‘expected salary’ dalam resume tersebut.
Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa jumlah yang diletakkan dalam expected salary tersebut sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada calon dipilih atau tidak. Namun begitu, jumlah expected salary ini sebenarnya mempunyai fungsi yang dilihat oleh bakal majikan.
Nak tahu apa fungsinya? Jom kita semak..
1. Tapisan pertama melihat kecekapan calon menilai diri, nilai yang ada pada diri sendiri
Untuk meletakkan sesuatu nilai gaji, korang perlukan satu benchmar kserta kajian terhadap gaji yang wajar secocok dengan pengalaman dan jenis kerja serta jawatan yang ditawarkan. Kesilapan meletakkan angka ‘expected salary’ akan menyebabkan korang ditolak daripada awal tanpa perlu ditemuduga.
Gambar hiasan
2. Tapisan untuk menentukan perlu dipanggil calon ke sesi temuduga atau tidak
Ada juga majikan yang melihat angka tersebut dan jika ia diluar ‘range’ yang mereka sanggup, permohonan akan terus diketepikan tanpa sebarang proses selanjutnya. Ada juga majikan yang akan meninjau sekejap inti CV atau resume calon sedar melihat jika ada yang menarik untuk menjadi sebab dipanggil temuduga.
3. Melihat sejauh mana flexibility calon untuk majikan berunding kelak bagi jawatan yang mungkin akan ditawarkan.
4. Indikasi sejauh mana terdesaknya calon untuk mendapatkan pekerjaan
Contohnya jika gaji yang diminta adalah rendah tetapi apabila dilihat pengalaman dan sebagainya adalah hebat, ada juga kemungkinan calon mensasarkan untuk dipanggil temuduga dimana dia akan membuktikan nilai sebenar dirinya dalam sesi tersebut. Kemudian, berunding tahap gaji lebih baik selepas dirasa ‘performed’ sewaktu temuduga.
Gambar hiasan
Secara kesimpulannya, sebelum korang berfikir panjang untuk menulis ‘expected salary’, jangan letak sembarangan kerana ia akan menjadi kelebihan dan bakal memudahkan majikan untuk membuat keputusan. Hal ini juga dapat mengelakkan korang daripada membuang masa hadir ke sesi yang tidak diingini kerana gaji tidak seperti yang dijangka.
Ramai yang bercakap mengenai gaun perkahwinan Meghan Markle ( termasuk Remaja! ) yang direka khas oleh Givenchy. Ia merupakan rekaan throwback kepada gaun Givenchy yang pernah dimodelkan oleh pelakon, Audrey Hepburn untuk majalah Vogue.
Namun semua orang juga tertanya-tanya mengenai tiara yang dipakai oleh Meghan hari ini. Jika pada majlis perkahwinan Kate Middleton pada tahun 2011, Queen Elizabeth telah meminjamkan tiara Cartier Halo Scroll dari tahun 1936 yang dihadiahkan oleh Prince George VI kepada isteri beliau.
Hari ini, Meghan juga memakai ‘tiara pinjam’ oleh Queen Elizabeth !
Dinamakan sebagai Queen Mary Bandeau Tiara, ini adalah 5 fakta menarik mengenainya.
01
Seperti namanya, tiara ini asalnya dimiliki oleh Queen Marry dan merupakan barangan antik yang telah lama menjadi sebahagian daripada koleksi keluarga diraja.
02
Batu berlian yang ada pada tiara ini adalah dari tanah Inggeris dan direka pada tahun 1932. Brooch di bahagian tengah itu pula berasal dari tahun 1893.
03
Diperbuat daripada berlian dan platinum, tiara ini mempunyai dibahagikan kepada 11 seksyen yang bersambung dalam bentuk oval. Saiz berliannya pula berbeza, ada yang kecil dan ada yang besar.
04
Brooch di bahagian tengah boleh diasingkan dan ia diperbuat daripada 10 batu berlian.
05
Brooch pada Queen Mary Bandeau Tiara adalah merupakan pemberian County of Lincoln kepada Puteri Mary semasa beliau mengahwini Putera George, Duke of York pada tahun 1893. Ia kemudian dijadikan sebahagian daripada rekaan tiara tersebut
Pada tahun 1953, Queen Elizabeth II telah mewarisi aksesori kepala bernilai tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf mendedahkan dia hanya diberi masa tiga minggu sahaja untuk menguasai bahasa Indonesia bagi menjayakan filem terbaharu lakonannya, The Parcel yang bakal ditayangkan kelak.
Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, walaupun menzahirkan kerisauan dengan penerimaan penonton, dia bagaimanapun tidak sabar untuk karya seram tersebut ditayangkan di kedua buah negara.
“Ada satu filem seram lakonan saya iaitu The Parcel di mana karya itu saya berlakon di Indonesia dan seluruh jalan cerita saya akan ‘ngobrol’ dalam bahasa Indonesia.
“Ya, sudah semestinya saya agak risau juga dengan penerimaan penonton tetapi pada masa sama saya tidak sabar untuk filem itu ditayangkan di pawagam Malaysia dan Indonesia,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu turut berkongsi dia mengambil masa seminggu untuk merasai kehidupan di sana selain mempelajari bahasa ibunda negara seberang itu.
“Sebenarnya, saya diberi masa lebih kurang dalam tiga minggu sahaja untuk menguatkuasa bahasa Indonesia.
“Selain itu, saya ambil satu minggu ke sana untuk script reading dan merasai kehidupan di sana.
“Setiap malam saya keluar, santai dan mengambil pendekatan untuk berborak dengan orang tempatan apabila saya berpeluang untuk menaiki Grab,” kongsinya lagi.
Selain Amir, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.
Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.