Kalau melancong ke luar negara naik flight rasanya dah jadi kebiasaan kebanyakan orang. Disebabkan itu ramai yang mengambil peluang untuk merasai pengalaman menaiki tren, secara tidak langsung dapat menikmati keindahan alam semula jadi.
Jika korang nak merasa pengalaman melancong dengan tren, berikut antara beberapa trip keretapi yang mempunyai pemandangan menarik untuk korang try.
1. Orient Express Paris-Venice/Istanbul
Menerusi filem daripada karya novel Agatha Christie yang berjudul ‘Murder on the Orient Express’ membuatkan ramai yang tertarik untuk merasai dan melihat sendiri keindahan pemandangan yang dilalui oleh tren ini.
2. Trans-Siberian
Bukan sehari dua, perjalanan tren ini boleh jadi sampai seminggu kerana perjalanannya sangat panjang dari Rusia sampai ke China.
Untuk trip selama lebih kurang tiga minggu di Rusia, korang boleh melawat lebih sepuluh negara di Eropah, antaranya seperti Perancis, Itali, Jerman, Switzerland, Sweden, Poland, Bosnia Herzegovina, Portugal, Austria, Czech, Belgium dan mungkin hingga ke Istanbul.
Menarik bukan? Tapi, ready je la duit yang banyak ye. Hiks!
Ads
3. West Highland Line di Scotland
Perjalanan sejauh 264 kilometer merentasi bandar-bandar atau pekan kecil di Britain dan dapat merasai pengalaman melalui Harry Potter Bridge iaitu Glenfinnan Viaduct yang digunakan oleh Hogwarst Express.
4. Glacier Express, Switzerland
Express train paling perlahan yang melalui perjalana sejauh 290KM selama 7 jam antara Zermat ke St Moritz. Tren ini mempunyai tingkap yang luas untuk penumpang menikmati pemandangan pergunungan Alps. Confirm cantik gila wey!
5. Maharaja’s Express di India
Perjalanan dari Mumbai ke Delhi yang mengambil masa kira-kira empat hingga lapan hari. Sepanjang perjalanan, korang boleh menikmati pemandangan tempat-tempat yang dilalui dari Jaipur, Udaipur, Fatephur Sikri dan Agra.
Ads
6. Inlandsbanan di Sweden
14 jam perjalanan sejauh 1300KM melalui kawasan terpencil Swedish bermula dari Kristinehamn di selatan menuju ke Gallivare di utara Artic Circle.
7. Le Train Jaune, France
Laluan keretapi yang melalui kawasan pergunungan indah di Perancis, iaitu merentasi Banjaran Pyrenees (French Pyrenees).
8. Bernina Express, Switzerland
Laluan keretapi yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk perjalanan sejauh 144KM melalui kawasan pergunungan. Switzerland sebuah negara yang kecil tapi sangat cantik. Memang berbaloi la kalau dapat pergi.
Selama 27 jam, korang akan menikmati pemandangan yang sangat menakjubkan melintasi jalur rel sepanjang 1,600KM antara kawasan Cape Town hingga Pretoria. Kalau korang mempunyai peruntukan yang lebih sedikit, bolehlah ambil gerabak mewah yang lebih luas berukuran kira-kira setengah bilik hotel dan lengkap dengan balkoni. Pergh, confirm best gila ni.
10. Rhine Valley, Germany
Kalau tak nak perjalanan yang panjang, korang boleh try menaiki tren ini yang perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang 50 minit saja melalui kawasan Sungai Rhine. Walaupun sekejap tetapi pemandangannya cukup cantik dan puas hati.
Rasa-rasanya korang dah bolehlah start menabung kalau nak experience percutian tren macam ni. Kami pasti harganya pun boleh tahan. Hehe!
Tapi kalau berkemampuan tak salah kan nak rasa sekali seumur hidup, yang penting kita enjoy.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi memulakan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 pada 3 Januari tahun hadapan, kerajaan sedang merangka sebuah acara perarakan besar-besaran di Bukit Bintang sebagai salah satu aktiviti projek ‘I Lite U Bukit Bintang’.
Tambah menarik, acara yang diadakan buat julung kalinya di tengah kota itu akan memperagakan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia sepanjang laluan Bukit Bintang.
Perarakan Bukit Bintang Setanding Persembahan Disneyland
Ketika ditemui pada acara sidang media Tahun Melawat Malaysia 2026 hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, perarakan kali ini akan dilakukan agar setanding dengan persembahan di Disneyland yang sering mencuri perhatian pelancong dari seluruh dunia.
Cuba bayangkan, kawasan Bukit Bintang akan disinari inisiatif pencahayaan bandar bagi memperindahkan lagi kawasan segi tiga emas popular berkenaan. Projek ‘I Lite U Bukit Bintang’ bakal menjadikan kawasan ini lebih hidup, penuh warna dan menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa.
Peruntukan RM4 Juta !
Kor Ming turut mengumumkan peruntukan bernilai RM2 juta oleh KPKT dan satu lagi peruntukan bernilai RM2 juta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjayakan projek I Lite U Bukit Bintang. Jumlah ini mencerminkan kesungguhan negara dalam memastikan kejayaan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Peruntukan berskala mega ini dijangka membawa impak positif terhadap imej pelancongan negara, sekali gus menjadikan Bukit Bintang sebagai mercu tanda utama untuk pelancong menikmati keindahan malam kota Kuala Lumpur.
Malaysia Terus Mendapat Perhatian Dunia
Tambahan pula, Malaysia baru sahaja mendapat liputan positif dari media antarabangsa berikutan kejayaan sidang kemuncak ASEAN yang baru-baru ini dilangsungkan. Perarakan Bukit Bintang yang setanding persembahan Disneyland ini dijangka akan memperkukuh lagi reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama Asia.
Untuk pengetahuan, pemilihan tarikh 3 Januari sebagai pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat bagi mengelakkan kesesakan di kawasan Bukit Bintang sempena perayaan Hari Natal dan sambutan Tahun Baru.
Jalan-jalan di sekitar kawasan Bukit Bintang dijangka akan ditutup oleh Polis Diraja Malaysia. Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, atau monorel untuk memudahkan perjalanan ke lokasi acara bersejarah ini.
Dengan tema perarakan yang setanding dengan persembahan di Disneyland, acara ini dijangka akan menarik ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa sekaligus memberi permulaan yang luar biasa kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dek kerana jumlah kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat naik di Selangor terutamanya, kita semua tahu bahawa 6 daerah baru di negeri paling pesat ini akan melalui tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok, 6 Mei hingga 17 Mei 2021.
Ini bermakna sebarang aktiviti beriadah termasuklah melawati tempat awam seperti taman tema tidak akan dibenarkan sama sekali.
Taman tema Sunway Lagoon di Petaling Jaya tidak terkecuali apabila ia secara rasmi bakal menghentikan operasi sepanjang musim PKP.
Menurut pihak Sunway Lagoon, bagi pengunjung yang telah membeli tiket melalui kaunter taman tema atau laman web rasmi Sunway Lagoon, tempoh ‘validity’ atau masa sah laku tiket masuk tersebut akan dipanjangkan bagi lawatan korang pada masa yang akan datang.
Oleh itu, korang tidak perlulah memiikir untuk menebus semula wang tiket masuk kerana ia masih sah bagi tarikh selepas tamatnya musim PKP.
Sumber Foto: Sunway Lagoon.
Sekiranya korang masih musykil dengan isu tiket yang telah dibeli ini, ingin melihat garis panduan yang ditetapkan atau ingin juga menebusnya semula dengan wang Ringgit, korang lawati saja ke sunwaylagoon.com okay!
Rindulah pula nak bermain air di Sunway Lagoon, hhm..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai terkejut dengan berita yang dikongsi oleh penyanyi, Elyana tentang kondisi kesihatannya yang terkini yang hampir memasuki tahap lima kanser limfoma sejak 10 tahun bertarung dengan penyakit ini.
Kanser tersebut turut merebak ke organ dalaman yang lain seperti rahim, hati dan pangkal pehanya menurut laporan Kosmo Online.
“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan, ia merupakan satu berita gembira buat saya. Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain itu rahim, hati dan pangkal peha”
Malah, penyanyi berusia 33 tahun itu juga berkata meskipun saiznya masih kecil namun boleh berisiko lumpuh sekiranya ia semakin membesar.
Selain itu, doktor juga menasihati agar segera melakukan rawatan kemoterapi namun dia terpaksa tangguh atas faktor kesihatan.
“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram” katanya.
Meskipun berdepan masalah kesihatan yang agak teruk, namun Elyana masih kuat dan ceria menjalani kehidupan bersama suami serta anak-anak tercinta.
Tapi, mesti ramai lagi yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma?
Okay, untuk mengetahuan korang kanser limfoma bermula dari sel darah putih yang dipanggil lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke tubuh menerusi bendalir yang dipanggil limfa. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Kejayaan meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) ternyata membuka lembaran baharu buat penyanyi Ryenald Guntabid.
Bagaimanapun, pencapaian tersebut tidak membuatkan Ryenald selesa...