Berakhir sudah sebuah lagi edisi Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) yang telah dilangsungkan dengan cukup gilang-gemilang di Pavillion KL bermula 8 hingga 12 Ogos 2018.
Sebanyak 69 pereka fesyen dan label pakaian telah mengambil bahagian pada edisi tahun ini dengan beberapa nama besar seperti Wanpa, Fashionvalet, Fiziwoo, Jovian Mandagie, Kit Woo, Rizaman Ruzaini dan banyak lagi telah mempersembahkan rekaan-rekaan terkini mereka.
Memasuki tahun keenam penganjurannya ternyata KLFW2018 sekali lagi telah berjaya menjadi talk of the town terutama buat fashionista muda di ibu kota. Penganjuran yang dianggap sebagai salah sebuah platorm terbaik mengetengahkan pereka-pereka tempatan ini juga mendapat perhatian dan dihadiri daripada pelbagai peringkat penggemar fesyen sama ada dari golongan diRaja, sosialit, selebriti dan juga instafamous.
Bagi REMAJA yang turut membuat liputan, penganjuran KLFW2018 telah meninggalkan momen-momen cukup berharga dengan apresiasi fesyen tempatan yang dilihat sudah setaraf pereka antarabangsa.
Antara insan yang selalu menjadi buran lensa kamera di tepi pentas peragaan ialah selebriti. Kemunculan mereka yang mempunyai pengaruh sangat besar dalam industri fesyen sering dinantikan terutama peminat masing-masing. Fazura, Neelofa, Scha Alyahya dan ramai lagi menjadi antara selebriti yang sering muncul dengan gaya serta fesyen yang sering menjadi ikutan ramai.
Ads
Sepanjang lima hari penganjurannya, ini merupakan 10 OOTD selebriti paling VASS bagi REMAJA (*nombor tidak menunjukkan ranking).
Last Christmas merupakan sebuah lagi filem Hollywood yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana dibintangi oleh dua pelakon kelahiran negara, Henry Golding dan Dato' Michelle Yeoh.
Selepas Crazy Rich Asians, korang sekali lagi boleh menonton gandingan dua pelakon bertaraf antarabangsa ini di layar perak.
Filem yang bergenre romantic comedy (rom-com) ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Kate (Emilia Clarke) bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Kehidupan Kate yang dilihat seperti sering tidak bernasib baik sedikit sebanyak menyuntik elemen komedi dalam filem ini.
Kehadiran Tom dalam kehidupan Kate membuatkannya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi seorang individu yang lebih baik. Walau bagaimanapun, sepertinya hubungan mereka tidak akan berkekalan.
Apa yang pasti, ending filem ini boleh membuatkan korang menangis dalam panggung wayang. Nah, kami tak nak bagi spoiler. Korang kena la tonton sendiri.
Gandingan pelakon mantap
Dari permulaan cerita sahaja, penonton sudah akan terhibur dengan watak Kate yang dilakonkan oleh Emilia Clarke. Seorang gadis ceria yang sering mengundang pelbagai 'masalah'. Merupakan pekerja kepada Santa (Michelle Yeoh), dua watak ini juga dilihat menjadi penarik bagi menguatkan lagi jalan cerita filem ini.
Kehadiran Santa sebagai bos yang selalu memarahi Kate membuatkan kami terfikir tentang karakter typical bos orang Asia yang bersifat garang dan tegas. Scene mereka yang banyak membuatkan penonton di pawagam tergelak.
Oh ya, kehebatan lakonan Henry Golding juga sudah tidak perlu disangkal. Bukan hanya berbekalkan wajah kacak, kami pasti pemuda ini tidak hanya mendapat perhatian oleh peminat di Malaysia, namun di seluruh dunia kerana bakat lakonannya yang semakin dilihat oleh penggiat filem antarabangsa.
Walaupun memegang watak yang bersahaja, namun kehadiran Tom berjaya menyentuh hati kami dan membuatkan penonton sebak.
Kenapa sebak? Ha, korang kenalah tengok sendiri..
Dah nama pun filem genre rom-com, sudah tentulah banyak babak-babak sweet yang dipaparkan dalam filem ini.
Pendek cerita, dia punya sweet memang boleh buat korang tersengih sorang-sorang la. Hiks!
Nak tahu apa kesudahan filem Last Christmas ni, jangan lupa saksikan sendiri di seluruh pawagam tanah air bermula 28 November 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikannya berjaya memukau setiap mata yang memandang dan bakat lakonannya yang segar memang pakej yang sempurna. Namun baru-baru ini, beberapa gambar Go Yoon Jung ketika zaman sekolah dan universiti telah berjaya mencuri perhatian netizen daripada karyanya.
Segelintir netizen yang berniat jahat telah membandingkan gambar masa lalu Go Yoon Jung dengan penampilan semasanya. Malah, Go Yoon Jung dikatakan hanya mendapat tahap kecantikannya sekarang selepas menjalani pembedahan plastik.
Foto : Pannchoa
Dalam gambar graduasi yang didedahkan, Go Yoon Jung kelihatan berbeza dengan figuranya sekarang. Bukan sahaja gambar graduasi, gambar lama Go Yoon Jung yang lain juga kelihatan agak berbeza dengan wajahnya sekarang, dari bentuk matanya hingga ke bibirnya.
Ada juga tampil mempertahankan gadis cantik ini dan komen peminat menafikan hal itu,
“Itu bukan Go Youn-jung tapi orang lain dengan nama yang sama.” – komen netizen
Untuk pengetahuan, pelakon itu yang berusia 27 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Seni Seoul dan Universiti Perempuan Seoul. Sebelum memulakan karier lakonan, dia mula dikenali ramai kerana menjadi model isu 771 majalah UNIV Tomorrow. Kemudian, pada Mac 2019, dia debut dengan drama “He Is Psychometric”.
Sejak dari debut, Go Youn-jung telah menarik perhatian dengan kacantikan yang unik babak patung. Namanya mula meningkat naik menerusi lakonan dalam siri “Sweet Home” dan “Law School” dan filem “Hunt”dan terbaru siri Netflix ‘Alchemy Of Souls 2’.
Hmm.. biasa la waktu sekolah mesti la comot-comot sikit kan. Sabarlah Go Youn-jung!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Menjadi nombor satu bukan segalanya, apatah lagi apabila kita perlu mengorbankan integriti diri sendiri demi mencapai kejayaan. At what cost?”
Begitulah cara pelakon muda dan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2014/15, Arena Wan menyimpulkan mesej bermakna di sebalik drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 (GP10) yang menjadi naskah hit dalam kalangan penonton.
Arena Wan Umpama Bermimpi
Sebagai konteks kepada korang yang belum berkesempatan untuk mengikuti naskah daripada Home Of Originals, Astro Originals, GP10, drama lapan episod ini membawakan tema sukan gimnastik wanita yang belum pernah diketengahkan di kaca televisyen tempatan.
Siri Astro bersiri yang boleh distrim di melalui Astro GO dan aplikasi sooka, arahan Sling Ng ini majoritinya dibintangi oleh barisan pelakon perempuan termasuklah Arena sendiri, Arabella Ellen, Datin Sofia Jane, Sharifah Sakinah, Sherie Merlis, Ellyza Azizi, Aila Aziziul, Chadni Nagadurga, Dhabita Auji, Aaliyah Natasha dan Hazi Juzaili selain memperkenalkan bekas gimnas kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi dalam watak lakonan pertamanya sebagai Natasha Zahra Hadi.
GP10 mengisahkan tentang Ezie atau Ezrina Riyad Azfar yang meminati sukan gimnastik atas sokongan bapanya, Azfar (lakonan Qi Razali) dan bercita-cita menjadi seorang atlet profesional.
Ezie kemudian memohon masuk ke akademi sukan paling berprestij, PERMAI di bawah bimbingan Coach Sue (lakonan Datin Sofia Jane) dan di sana, Ezie bukan hanya perlu membiasakan diri dengan situasi baharu tetapi juga berdepan saingan gimnas sedia ada terutamanya daripada Victoria Zahra Hadi (lakonan Arabella Ellen).
Sepanjang episod keudara menerusi Astro One dan di aplikasi sooka, penonton dipersembahkan dengan kandungan yang menyentuh mengenai persahabatan, disiplin, dedikasi, tekanan yang dihadapi oleh remaja dan rasa kompetitif melampau yang sedikit sebanyak menghancurkan persahabatan yang terjalin
Tersungkur Dengan Konflik Persahabatan Disebabkan Keinginan Ekstrem
Dalam dunia sukan yang begitu subjektif seperti gimnastik yang ditayangkan dalam GP10, Ezie dan Victoria terpalit dalam konflik persahabatan disebabkan keinginan ekstrem untuk diterima oleh jurulatih mereka serta untuk diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Pada awalnya, Ezie kekal dengan integriti sebagai seorang remaja dan ahli sukan. Namun, perlahan-lahan Ezie tersungkur apabila saingan di antara mereka memuncak di gelanggang gimnastik. Jelas, Ezie memakan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa misi sebenarnya menyertai dunia sukan ini. Adakah pencapaian ‘Perfect 10’ selepas aksi di gelanggang boleh membayar semula nilai ego dan hasad dengki yang menjerat diri?
“Apabila kami bersama-sama menonton episod terakhir beberapa hari lalu (di acara tayangan yang berlangsung di TGV Pavilion Bukit Jalil), saya merasai pelbagai jenis emosi. Lebih-lebih lagi bila tiba di bahagian hujung episod terakhir ini di mana Ezie mengucapkan monolog, ia benar-benar membuat saya terkesan.
“Pada waktu itu, saya sedar usaha kami semua untuk menjayakan GP10 benar-benar berbaloi. GP10 menceritakan lebih daripada sekadar kisah ahli sukan. Ia menjawab persoalan bagaimana seseorang boleh bangkit selepas jatuh. Ia mengangkat nilai keberanian untuk mengakui kesalahan dan menyambut permohonan maaf seseorang apabila ia dihulurkan.”
“Peluang menjayakan watak Ezie bukan sekadar mencabar saya dari sudut lakonan. Ia turut meninggalkan kesan mendalam kerana GP10 merupakan projek pertama saya bersama Astro Originals dan Astro Shaw sebagai pelakon utama setelah saya berusaha selama bertahun-tahun.
“Saya sangat berterima kasih di atas peluang ini dan kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan kepada kami,” ujar Arena lagi.
GP10 Bawa Mesej Segar & Indah Ditonton
Kepada korang yang telahpun menonton drama bersiri GP10 dari awal hingga episod akhir, tentunya korang terkesan dengan cara sinematografi yang begitu memukau. Bukan hanya ia membawa imej segar terhadap pencinta drama dan filem tempatan, cara GP10 diceritakan dengan visual sebegitu rupa juga memudahkan orang ramai menghadam mesej yang ingin disampaikan.
Tidak hairanlah, Arena saban minggu menerima pujian yang diberikan oleh para peminat yang memuji garapan GP10 yang boleh dilayan oleh masyarakat pelbagai peringkat usia.
“GP10 umpama mimpi kerana saya akhirnya menjadi sebahagian daripada sebuah projek yang begitu besar.
“Dari episod awal hingga ke episod akhir, saya lega GP10 diterima oleh orang ramai terutamanya penonton sasaran kami iaitu remaja perempuan yang bercita-cita ingin mencapai impian mereka,” tambahnya lagi.
Buat korang yang ingin menonton semula siri premium Astro Originals Generasi: Perfect 10, jom kita strim kesemua episod secara On Demand menerusi Astro One dan di aplikasi sooka.
KREDIT FOTO: Instagram // @arenalieya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.