Definisi kacak mungkin berbeza mengikut persepsi setiap individu. Ada yang menganggap bahawa lelaki sado itu kacak, tapi ada pula yang merasakan bahawa seorang lelaki tampan itu adalah yang sentiasa kemas dan bergaya.
Kalau nak ikut taste masing-masing memang susahlah korang nak define maksud kacak tu.
Jadi, ini adalah senarai 10 artis lelaki paling kacak di dunia menurut Gazette Review berdasarkan survey yang telah dilakukan secara meluas.
Bumi, bulan dan matahari. Ini mungkin tiga perkara paling dekat yang ramai tahu berkaitan dunia astronomi. Namun apabila menyebut lapan lagi nama planet secara lengkap mengikut turutan, mungkin sudah ada ingat-ingat lupa.
Mengikut turutan planet paling dekat dengan matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan akhir sekali Neptun. Planet terkecil iaitu Pluto sudah dikategorikan sebagai bekas planet.
Sememangnya kajian tentang planet masih belum berpenghujung kerana di sebalik lapan planet ini, dikatakan ada lagi 200 planet ditemui.
Namun semalam bagi peminat dunia astronomi digemparkan dengan tangkapan gambar paling sempurna melibatkan planet Zuhal yang juga satu-satunya planet berbentuk cincin dan tidak lansung boleh dijejaki kerana mengandungi gas.
Gambar yang berjaya dirakam olehMarcus semalam dan dianggap paling sempurna abad ini
Lebih membanggakan, bukan ahli-ahli astronomi menangkapnya tetapi dilakukan oleh seorang remaja dari Seaford, East Sussex yang terletak di England dengan hanya menggunakan teleskop dari taman belakang rumahnya pada jam 4 pagi.
Marcus Reed berjaga mengambil imej yang sangat jelas planet bergas ini termasuk keseluruhan cincinnya menggunakan teleskop reflektor diameter 102mm pada jam 4 pagi.
Dalam satu temuramah, kata Marcus dia menggunakan aplikasi iPhone “Sky Guide” untuk mencari kedudukan planet gergasi itu di langit.
“Saya mengambil gambar kira-kira jam 4 pagi. Ketika saya menghidupkan aplikasi itu dan kelihatan planet Zuhal kelihatan (disebut juga Saturnus), saya terus berlari meninggalkan selipar dan berkejar ke teleskop yang terletak di belakang rumah.
“Dari itu, gambaran planet Zuhal sangat jelas dan saya segera menangkapnya. Saya sememangnya amat meminati bidang astronomi dan fotografi. Malam tadi benar-benar gembira kerana dapat melihat planet itu dengan jelas,” katanya yang biasa menggunakan sebahagian malamnya untuk meneropong ke langit.
Beginilah kedudukan planet mengikut turutan dari Matahari
Zuhal, satu-satunya planet berbentuk cincin paling jelas
Digelar Gas Giant Saturn, Zuhal atau Saturnus merupakan planet ke enam dari matahari dan kedua terbesar dalam sistem solar. Malah sejak zaman purba lagi, planet ini sudah menjadi perhatian ahli astronomi.
Tom Kerss, seorang ahli astronomi dari Balai Cerap Diraja di Greenwich, berkata: “Marcus telah melakukan kerja yang hebat ketika menangkap pemandangan Saturnus dan ianya sangat sempurna,” katanya.
Sebagai satu-satunya planet yang mempunyai cincin mengelilinginya, sekaligus menjadikan Zuhal antara planet terindah pemandangannya.
Fakta Tentang Zuhal
Satu-satu planaet mempunyai cincin
Cincin Zuhal dibuat dari batu meteorit
Cincin Zuhal sangat nipis
Tak boleh jejakkan kaki kerana ia adalah planet gas. Disebut sebagai Gas Giant.
Hari di Zuhal lebih pendek dari bumi
Tahun di Zuhal lebih lama iaitu 1 tahun di Zuhal bersamaan 30 tahun di bumi.
Tiupan angin di Zuhal lebih laju dari angin Tornado. Di bumi angin Tornado bergerak 483km/jam, di Zuhal empat kali ganda bertepatan 1800km/sejam. Jika “menyapu” bumi, pasti rata semua tanah.
4 percubaan pesawat tanpa pemandu mendekati Zuhal. Pertama Pionner 11 (1979), Voyager (1980), Voyager 2 (1981) dan Cassini (2004) yang masih mengorbit hingga kini.
Nama Saturnus (Zuhal)adalah nama Dewa Petani.
Bentuk planet paling lonjong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istiadat perlatikan Menteri Besar Perak pada hari ini berlangsung bukan dalam nada keraian seperti yang berlaku kebiasaannya, sebelum ini. Sebaliknya, istiadat yang terpaksa dilakukan akibat krisis politik di negeri Perak ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibanggakan kerana ia berpunca daripada kegagalan sebuah pentadbiran.
Titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, istiadat pada hari ini merupakan istiadat perlantikan Menteri Besar ketiga sejak Pilihan Raya Umum keempat belas, pada tahun 2018.
“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.
“Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata tidak lagi dikota; atau kata akan bertukar nada, berlainan irama. Bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.
“Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang telah memiliki kekayaandan harta. Lalu, lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, sebaliknya menjelma sifat sombongdan gelagat bongkak.”
Sumbe Foto: Jabatan Penerangan
Tambah Baginda lagi, perubahan sifat seorang pemimpin itu akan lebih cepat berlaku apabila seseorang dikelilingi dengan orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.
Baginda turut mengingatkan kepada pemimpin untuk tidak sesekali membenarkan diri terlekadan terawang-awang dalam awan biru khayalan sehingga lupa untuk berpijak di bumi yang nyata. “Rumput hijau yang ditinggalkan mungkin telah berubah perang, gersang kerana terlalu lama tidak lagi disirami hujan.”
Dalam keadaan pandemik semasa di mana rakyat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan pada tahun ini, Sultan Nazrin juga menitahkan agar rakyat tidak sesekali diabaikan.
“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi. Janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”
Untuk menonton titah penuh Sultan Nazrin, klik video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berikutan tersebarnya video yang tular di media sosial pada hari ini yang menunjukkan seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang didakwa memperlekehkan pelajar daripada golongan B40, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut telah mengeluarkan kenyataannya menyelar tindakan tersebut.
Lapor REMAJA, klip berdurasi 1 miniti 45 saat yang tular di TikTok itu memaparkan seorang pensyarah wanita yang memarahi serta merendahkan martabat seorang pelajar kerana tidak memiliki komputer riba untuk mengikuti kelas secara atas talian.
Ujar Yang di-Pertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan; tindakan pensyarah itu dilihat sebagai satu kelakuan tidak beretika.
“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.”
“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini.
“Pensyarah terbabit perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan ramai rakyat berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” catat mereka.
Tambah kenyataan itu lagi, manifesto yang sering disuarakan pihak pengurusan UiTM bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlu dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.
Rata-rata warganet menyelar kenyataan berbaur penghinaan tersebut yang tidak mencerminkan pangkat seorang Profesor dan institusi yang dibina atas dasar membantu pelajar berbangsa Melayu dan Bumiputera yang tidak berkemampuan.
Sementara itu, sumber terdekat memberitahu bahawa pihak UiTM bakal mengadakan sidang tergempar bersama para stafnya pada hari Jumaat ini untuk membentangkan isu ini.
Malah kata sumber, tenaga pengajar senior UiTM juga menasihati para pensyarah agar menjaga adab sewaktu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!