10 Koleksi Fesyen Aina Abdul Yang Memukau Mata Dan Unik, Terpegun Melihat!

Share

Malam tadi, bukan hanya vokal dan persembahan pelantun lagu Terus Hidup, Aina Abdul memukau mata semua orang di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) . Namun,  penampilan fesyennya yang unik turut menjadi perhatian.

Aina Abdul yang sering kali membuat penampilan ‘lain daripada yang lain’ ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan apa sahaja yang digayakan oleh selebriti ini pastinya berjaya menarik perhatian orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Aina Abdul Bolot RM112,000! Dinobat Juara AJL-37, Vokal Terbaik

Untuk info, penampilan serba putih yang digayakannya semasa di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 yang membuatkan ramai terpegun itu merupakan busana rekaan pereka fesyen terkemuka Melinda Looi.

Aina Abdul dengan trofi kemenangan AJL 37

Selain menggayakan fesyen ala ‘angel’, penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai citarasa unik dan tersendiri, dalam pemilihan fesyennya.

Berikut antara fesyen-fesyen yang cantik dan menarik, yang membuatkan ramai orang terpegun melihat.

  1. Angel Versi Aina Abdul?

Foto Via Instagram Aina Abdul

2. Elegan Dengan Dress Mengilau

3. Persis Burung ‘Swan’

4. Terserlah Gaya Wanita Berkeyakinan

5. Elegant!

6. Bak Big Bird Dalam ‘Sesame Street’

7. Pastel Itu Tenang
8. Elegen Dengan Hijau Zamrud
9.]Valak Versi Aina Abdul?
10. Ala Bunga Raflesia!

 

Serius cantik-cantik dan menawan fesyen yang digayakan oleh Aina Abdul, memang terpukau mata melihat koleksi serta citarasa fesyen yang digayakan oleh Aina. Antara koleksi fesyen yang dinyatakan di atas, kamu terpikat dengan fesyen yang mana satu?

Untuk info, Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) dan penerima kategeori Vokal Terbaik dengan mempertaruhkan lagu Terus Hidup. Malah, gadis manis ini turut membawa pulang trofi dan keseluruhan hadiah wang tunai RM112,000 selaku juara AJL37 kerana ia merupakan hasil ciptaan dan nyanyian solonya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Nujum Neelofa’ Muncul Semula, Harap Peserta AJL37 Ini Akhirnya Diiktiraf! TokTi Pula Ramalkan.. – REMAJA

Foto via Instagram Aina Abdul

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN