Siapa cakap kalau nak bergaya kena beli pakaian dan barangan yang berjenama di butik-butik terkenal sahaja?
Nak nampak cantik ni sebenarnya tak perlu keluar modal besar pun. Korang hanya perlu pandai cari tempat shopping yang murah dan berbaloi.
Salah satunya yang boleh kami cadangkan adalah mengunjungi kedai bundle. Di sana terdapat banyak barangan yang dijual dengan harga jauh lebih murah.
Syaratnya, korang kena gigih sikit la nak pilih dan padankan ikut kesesuaian. Kalau dapat yang kena dengan taste korang, confirm orang tak sedar yang sebenarnya baju korang pakai tu hanya berharga RM5.
Tak percaya?
Apa kata korang try la pergi kedai bundle dan tengok sendiri. Berikut kami senaraikan antara beberapa lokasi bundle yang popular sekitar KL dan Selangor.
1. JBR Bundle
Bertempat di Shah Alam, JBR Bundle antara tempat yang paling best untuk korang mencari barangan murah. Baju, seluar, handbag, peralatan rumah, dan macam-macam lagi la. Semuanya ada disini.
Setiap barangan dibahagikan kepada seksyen masing-masing. Jadi, ia memudahkan korang untuk mencari barangan mengikut keperluan.
2. Baden Baden Bundle Setapak
Turut mempunyai cawangan di Port Dickson, bundle ini juga menyediakan pelbagai jenis pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.
3. Triple A Bundle
Bagi korang yang sangat suka kepada jenama kasut Dr Martens, Triple A Bundle ini menjual banyak pilihan Dr Martens terpakai yang made in England, dan bukannya Thailand atau China.
4. Buntil Bundle
Terletak di Taman TTDI Jaya Shah Alam, kedai bundle ini sangat sesuai untuk korang yang suka kepada barangan vintaj seperti flannel shirt (lumberjack shirt) dan jeans selvedge.
5. Klumby, Bandar Tasik Permaisuri
Pelbagai jenama korang boleh dapatkan disini. Levis, Denime, Evisu, Ralph Lauren dan juga Schoot! Disini juga korang boleh dapatkan barangan rare.
6. Heaven Bundle
Boleh dikatakan kedai bundle ini adalah yang paling teratur dan memudahkan korang untuk mencari barang. Antara barang yang korang boleh temui disini adalah Adidas Gazelle Stripe dan Vintage Converse. Lokasinya terletak di Seksyen 13, Shah Alam.
Macam-macam jenis pakaian korang boleh jumpa disini. Pelbagai saiz juga untuk mereka yang berbadan gempal. Bukan hanya pakaian, kasut branded juga ada dijual disini.
8. ONO Bundle
Bagi peminat kasut Red Wing, ONO bundle mungkin menjadi pilihan korang. Confirm puas hati kalau dapat pergi sini.
9. Midam Bundle
Untuk penggemar kasut bundle, kedai ini terletak di Taman Melati, Gombak. Antara kasut terpakai yang terdapat disini adalah Converse dan juga New Balance.
10. Jalan-Jalan Japan
Pelbagai jenis pakaian dari Jepun boleh korang dapatkannya disini. Bundle ini telah pun mempunyai beberapa cawangan di sekitar KL. Harganya memang berbaloi-baloi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelawak Korea Selatan, Lee Jin Ho telah menerima kritikan orang ramai apabila dia mengungkapkan dirinya telah mengumpul banyak hutang disebabkan perjudian haram dan bertindak dengan mencari ‘bantuan kewangan’ dari pelbagai pihak termasuk rakan selebriti.
Walaupun pengacara rancangan ‘Knowing Brother’ itu mengaku telah membayar dan menyelesaikan beberapa hutang tersebut secara bertahap setiap bulan dan mempunyai niat untuk melunaskan secara penuh, media Ten Asia telah melaporkan bahawa jumlah keseluruhan hutang tersebut dianggarkan bernilai hingga ratusan juta won.
Antara selebriti dan pihak terkesan dalam meminjamkan wang kepada artis komedi berkenaan adalah Jimin BTS, Ha Sung Woon, Lee Soo Geun, Young Tak, serta beberapa pegawai penyiaran, penerbit, dan penulis yang bekerja dalam industri hiburan.
Ads
Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat beberapa lagi selebriti yang memberi kepercayaan kepada Jin Ho dengan memberi pinjaman tanpa surat perjanjian kini berisiko untuk dikenakan cukai yang tinggi dari pihak berkuasa kerana transaksi berkenaan secara automatik diklasifikasikan sebagai hadiah dan bukan sebagai pinjaman.
Selain itu, beberapa orang juga dilaporkan telah memilih untuk mendakwa Jin Ho atas tuntutan penipuan dan menuntut bayaran ganti rugi.
Susulan itu, Ten Asia mengambil kesempatan untuk bertanya secara langsung kepada agensi syarikat BTS Jimin iaitu HYBE mengenai kesahihan berita tersebut dan terbukti bahawa Lee Jin Ho telah mendekati penyanyi lagu ‘Butter’ itu pada tahun 2022.
Ads
Kredit: Weverse BTS
Pelawak itu juga mengatakan bahawa dia memerlukan sejumlah dana dalam keadaan terdesak dan ingin meminjam 100 juta won (RM 316,000) untuk seminggu. Meskipun sudah menandatangani surat perjanjian, Jin Ho gagal mematuhi perjanjian tersebut dan dianggap tidak berniat untuk membayar kembali hutang berkenaan.
Jimin atau nama sebenar Park Ji Min (29) juga dilaporkan telah memutuskan untuk menunjuk belas kasihan dengan menyatakan Jin Ho boleh membayar wang yang dipinjamkan dalam waktu 10 tahun dan hal tersebut disahkan lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Oktober yang berbunyi,
Ads
“Seperti yang dilaporkan, memang benar telah berlaku kerugian dalam bentuk kewangan telah terjadi kepada Jimin. Dia meminjamkan sejumlah wang dengan surat perjanjian yang telah ditandatangani,” jelas HYBE.
Walau apa pun, semoga hal ini dapat diselesaikan secara baik dan teratur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor, Nadhir Nasar akan tampil dengan buah tangan terbaru apabila menerima peluang membawakan watak yang cukup mencabar dalam sebuah telefilem raya berjudul Ayah… Jangan Nangis.
Jelas Nadhir ketika ditemui REMAJA pada Rabu, tanggungjawab melakonkan watak Orang Kurang Upaya (OKU), terutamanya yang berdepan dengan simptom autisme bukanlah suatu perkara yang mudah.
Namun, juara Hero Remaja 2020 ini percaya dengan melakukan kajian mendalam terlebih dahulu, dirinya dapat menggambarkan kehidupan wataknya itu dengan lebih realistik.
“Bagi saya, telefilem Ayah… Jangan Nangis amat dekat dengan saya meskipun karakter tersebut agak sukar untuk saya mainkan. Saya lakukan yang terbaik untuk watak OKU yang seperti kita tahu amat mencabar. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pelakon apabila nak portrait kehidupan seseorang, sahya kena study well dahulu,” katanya.
Tambahnya lagi, persediaannya turut melibatkan rutin menonton video-video di YouTube berkaitan kanak-kanak autistik dan meneliti gerak tubuh dan cara interaksi mereka dengan orang di sekeliling.
Nadhir juga sering berbincang dengan pengarah bagi memastikan setiap perincian wataknya itu tepat.
“Ya, saya banyak tengok video Youtube ‘random autistic kids’ dan saya campur adukkan serta bertanya semula kepada pengarah apa yang dia mahukan.
“Ini adalah watak yang saya nak. Cuma watak OKU yang saya betul-betul nak bawa ialah karakter seorang yang bisu. Mungkin satu hari nanti,” kongsinya.
Pada masa sama, pelakon drama popular Projek: High Council itu mengajak semua peminat untuk menonton telefilem ini apabila ia ditayangkan nanti.
“Anda semua jangan lupa saksikan telefilem raya ini kerana saya yakin anda tidak akan menyesal menonton.
“Ia kerana Ayah… Jangan Nangis merupakan sebuah karya yang sangat rapat dengan hati komuniti yang dilakonkan oleh saya dan para pelakon hebat yang lain,” tuturnya lagi.
Telefilem Ayah… Jangan Nangis turut dibintangi Faizal Hussein dan Nadia Aqilah manakala pengarahnya ialah Issey.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu korang aim sangat nak beli kereta kan? Sekarang mesti ramai nak bertukar kepada motosikal kerana…
Pemilik motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 30 sen seliter selepas Belanjawan 2019 dibentangkan semalam oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Subsidi petrol ini bagaimanapun terhad kepada 40 liter bagi pemilik motosikal dan ia akan bermula pada suku kedua 2019.
Kalau nak ikutkan jumlah penunggang motosikal di Malaysia ni, hampir 2.6 juta orang akan menikmati subsidi ini. Kuranglah sikit beban mereka yang memiliki motosikal terutamanya di kalangan pelajar kolej dan universiti.
Cuma, masih ada pendapat ramai yang berharap agar inisiatif kerajaan ini boleh diubah serba sedikit. Contohnya, jumlah liter petrol itu dilihat terlalu sedikit dan hanya sesuai bagi perjalanan jarak dekat. Bagaimana dengan penunggang motosikal yang selalu terpaksa berulang-alik dari luar Kuala Lumpur ke ibu negara.
Tengok betul-betul siapa yang dapat..
Ada juga yang berpendapat agar pihak berkuasa dapat mengenal pasti terlebih dahulu mereka yang memperolehi subsidi ini sebelum memberikan kepada mereka.
Alasannya, ada golongan berada yang memiliki kenderaan jenama mewah yang mempunyai cc rendah. Tak adil lah pula kalau mereka yang menikmatinya. Ada juga yang takut sekiranya ramai pendatang asing yang semakin selesa untuk memiliki motosikal – sama ada secara sah atau tidak.
*****
Sementara itu, kita pun boleh menarik nafas lega apabila kenaikan semua tol pada tahun hadapan diumumkan dibeku. Walaupun langkah tersebut akan memberi kesa kewangan RM700 juta kepada kerajaan, tetapi ia dapat meringankan beban rakyat – termasuklah ahli kerajaan sendiri.
Selain itu, tol motosikal di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor pun akan dimansuhkan. Alhamdulillah!
Ini berita baik kepada kebanyakan penunggang motosikal yang berpendapatan rendah.
So, korang akan bertukar menjadi penunggang motosikal atau masih nak naik kereta?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong sah tidak ke Puerto Rico bersama lima wakil negara Asia Tenggara lain susulan kontroversi melibatkan MGI dan organisasi Miss Universe.