Malam ini, peminat muzik terutamanya genre K-Pop bakal berkumpul di Stadium Merdeka Kuala Lumpul bagi menghadiri Festival K-Wave 2, antara konsert yang paling dinanti-nantikan sejak tahun lepas lagi.
Ia akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama (3.30 petang sehingga 7 malam) dan sesi kedua (8 malam sehingga tengah malam).
Jika korang peminat setia kumpulan Super Junior, ini adalah konsert yang WAJIB dihadiri. Setelah empat tahun, Festival K-Wave 2 akan menjadi pentas kemunculan pertama mereka untuk peminat rasmi SuJu, ELFS sekalian.
Selain SuJu, turut serta pada Januari nanti ialah Taeyeon (SNSD), MAMAMOO, NU’EST, A.C.E, TAHITI dan HALO. Teringinnya nak pergi!
Tapi apa yang perlu dibawa malam ni?
1. Baju
Duh, mestilah pakai baju weh. TAPI, rancang terlebih dulu jenis baju apa yang akan dipakai.
Walaupun venue terletak di dalam bangunan, kadangkala dewan tak mempunyai pengaliran udara yang baik terutamanya jika perlu bersesak.
Apa kata ambil sehelai kemeja checked dan ikatkan pada pinggang. Bukan untuk kelihatan stailo je tau. Jika udara malam terasa sejuk, boleh sarungkan. Jika cuaca panas pula, biarkan di pinggang macam tu je. Mudah.
Lagi satu, prepare baju hujan yang ringan di dalam poket. Dengan cuaca hujan sekarang, kita kena siap sedia je.
2. Sneakers
Jangan sesekali memakai kasut selain sneakers. Percayalah, korang akan berdiri berjam-jam lamanya termasuklah semasa beratur masuk, semasa menyaksikan opening act, semasa konsert dan semasa bersesak untuk keluar dari venue.
Ads
Kalau konsert diadakan di atas padang berumput seperti di Gohtong Jaya, Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka, lebih baik memakai but kontraktor hitam yang murah. Ini kerana venue tersebut mempunyai risiko lecak teruk.
3. Kad Debit / Wang Tunai
Jangan asyik nak mengharapkan GF atau BF je. Di venue konsert, mesti ada macam-macam merchandise yang nak dibeli seperti baju T, light stick, rubber bracelet, scarf dan button batch.
Itu belum termasuk air mineral dan snek. Paling kurang sediakan RM150 di dalam poket, just in case.
4. Tali Ikat Rambut
Untuk lelaki berambut panjang dan perempuan, sediakan pengikat rambut. Bukan setakat nak elak rasa panas je, korang pun tak akan mengganggu concert goers lain semasa menari nanti.
5. Smartphone
Ini kalau tak cakap pun, mesti korang akan bawa juga kan.
Ads
6. Satu lagi Smartphone
Huh, dah kenapa kena bawa satu lagi smartphone? Okay, kami tak suruh korang beli SATU lagi smartphone. Tapi pastikan pasangan atau kawan yang lain membawa smartphone mereka. Ini sangat membantu apabila:
a) Seorang nak tengok Waze and seorang nak rekod Instastory.
b) Seorang nak menelefon dan seorang nak ambil gambar.
c) Seorang nak rekod video dan seorang….well smartphone seorang lagi sudah habis bateri.
Jika korang menghadiri konsert seorang, terpaksalah bawa powerbank (yang sudah dicaj penuh).
7. Earphone
“Kita kan nak dengar live, kenapa kena pasang earphone?”
Dengarlah terlebih dahulu lagu-lagu nyanyian band atau penyanyi itu sepanjang perjalanan ke venue. Cuba bayangkan korang ke konsert dan ternganga tak tahu sepatah lirik lagu yang dinyanyikan. Malu beb.
8. Tisu
Korang pernah tak tengok betapa kotornya toilet seat di tandas venue konsert? Exactly.
9. Tiket
Okay, kami sendiri pernah ke sebuah konsert dan terlupa untuk membawa tiket.
Separuh jalan semasa OTW ke sana, barulah sibuk tercari-cari di mana tiket. Selain daripada wang tunai dan kad pengenalan, pastikan tiket korang sentiasa berada di dalam kocek.
10. Pasangan
Kami pernah terserempak dengan seorang concert-goer yang terpaksa berdiri dan menyaksikan persembahan seorang diri. KENAPA? Sebab baru break up dengan GF dan tiket telah dibeli terlebih dahulu sebelum clash. Adui, sadis.
Dah lah kena dengan lagu romantik untuk 2 jam. SEORANG DIRI. Lain kali, paksa kawan atau adik-beradik korang temankan okay. The more the merrier.
=============================
Bagi yang sudah dapatkan tiket ke Festival K-Wave 2, jumpa korang malam ni okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk kebanyakan pelajar pengajian tinggi di Malaysia, korang akan menerima bayaran bantuan wang tunai secara one-off sebanyak RM200.
Bayaran yang akan mula diberikan kepada pelajar pada hujung April ini bagaimanapun diumumkan hanya diberi kepada beberapa kelompok pelajar sahaja.
Ini termasuklah pelajar sepenuh masa IPT seperti pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA serta IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Namun semalam, Menteri Kewangan telah mengumumkan berita gembira apabila bantuan kewangan ini kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6, pelajar Diploma dan yang setara dengannya.
“Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan kini dinaikkan peruntukannya daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta orang pelajar.
“Kementerian terbbabit akan cuba mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak ke akhir April berbanding bulan Mei seperti yang diumumkan sebelum ini,” kata Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau turut berharap agar bantuan ini akan meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar. Pada masa yang sama, beliau berharap para pelajar akan terus focus kepada menimba ilmu dan kemahiran walaupun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi korang yang ingin memeriksa status sama ada korang layak untuk menerima bantuan tersebut dan bagi yang baru ingin membuat permohonan, korang boleh layari bsh.hasil.gov.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh 8,000 kilometer ke Makkah bermula dari Padang Besar, Perlis pada pagi Ahad lalu.
Menurut Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli (34) dalam ucapannya, beliau mengakui dia tidak sekuat dua isteri Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, yang turut serta dalam misi sama.
“Saya mungkin tidak secekal kedua-dua isteri Datuk sebab pertama kali berpisah jauh dan untuk tempoh lama dengan suami,” katanya.
“Saya mendoakan mereka sebagai musafir yang dilindungi dari hari ini sehingga sampai ke destinasi yang mereka tuju,” ujarnya.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Walaupun agak berat hati, Amyra tetap menyatakan sokongan penuh terhadap suaminya dan mendoakan keselamatan Amar dan Muqharabbin serta berharap agar misi untuk ke Tanah Suci Makkah berjaya.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Amar berkongsi rasa syukurnya kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada misi ini.
Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama ‘Bila Hati Telah Hitam’ itu, beliau percaya peluang ini hadir atas jemputan daripada Allah SWT.
“Kalau Allah tidak jemput, tidak kira sesenang mana, atau banyak masa sekali pun, kita tidak akan sampai. Cuma cara jemputan ini adalah dengan saya berkayuh,” katanya.
Amar menambah, beliau juga memilih untuk menyahut cabaran ini sebagai satu usaha mencabar keupayaan dirinya sendiri.
“Misi sebegini pun tidak selalu dilakukan, jadi saya nak cabar diri untuk lihat sejauh mana kemampuan saya, mengembara bersama Datuk ke Tanah Arab,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Sekadar info, Amar Baharin dan Datuk Muqharabbin telah memulakan misi #JourneyToTanahHaram dengan berbasikal sejauh 8,000 kilometer dari Padang Besar, Perlis sejak Ahad lalu. Misi unik ini dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum mereka tiba di Madinah sekitar bulan Julai akan datang.
Acara pelepasan misi ini turut disempurnakan sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang hadir memberi semangat kepada para peserta. Mereka dijadualkan merentasi beberapa negara seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Tanah Suci Mekah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan sekali lafaz, penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, pada pagi tadi.
Bersaksikan Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, penyanyi berasal dari negeri di bawah bayu itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah masjid berkenaan, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Sri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.
Menerusi laporan Berita Harian, anggota kumpulan rap popular K Clique itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.
Selain itu, majlis pernikahan pasangan dua sejoli tersebut dihadiri 100 tetamu merangkumi keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, spekulasi penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu, ada yang mendakwa MK sudah bertunang dengan Siti Hajaar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tersebar.
Terbaharu, tular video di aplikasi TikTok yang menampakkan penyanyi rap itu menghadiri kursus kahwin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.