
Komuniti dunia fesyen dan seni kenal benar dengan susuk tubuh dan gaya Iris Apfel. Wanita yang beru sahaja menyambut ulang tahun ke-100 ini nampaknya tidak memperlahankan langkahnya. Bahkan sejak berusia 97 tahun dia merupakan seorang model yang diwakili oleh agensi terkenal dunia, IMG Models.
Sedikit latar mengenai wanita ini. Dia dilahirkan pada 29 Ogos 1921, dia merupakan seorang usahawan dan pereka bentuk dalaman. Dek kerana selera fesyen dan gayanya yang unik dia turut diangkat sebagai fesyen ikon yang menjadi rujukan ramai. Buktinya The MET Gala pernah mengangkat koleksi perhiasan kemas dan kostum miliknya di pameran berprestij tersebut.
Jom kita intai 10 gaya ikonik, wanita yang sudah berusia 100 tahun ini.



.

.

.

.


.

.

Selain terkenal dengan pilihan aksesori yang ekstravaganza serta pakaian yang menampilkan rekaan yang unik, wanita ini juga gemar menggayakan rekaan kacamata yang berbeza-beza dengan pelbagai bentuk bagi menyuntik gaya yang funky.
Pada tahun 2018, Mattel telah menghasilkan patung Barbie yang menyerupai Iris namun ia tidak boleh didapati secara komersil. Walaupun begitu terdapat dua patung barbie yang digayakan Iris mengikut stailnya yang dijual kepada umum.
Sumber gambar: Instagram Iris Apfel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah Tiga “Top 16” Miss World 2007 Yang Kemudiannya Mencipta Nama Di Pentas Miss Universe

Peserta pertandingan ratu cantik selalunya akan mencuba untuk terus mencapai tahap terbaik untuk diri mereka. Dari satu pertandingan ke satu pertandingan yang lain, ada yang berjaya mencapai kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya dan ada juga yang langsung gagal mencapai apa yang diperolehi sebelumnya.
Kisah wanita-wanita cantik ini pastinya mengimbau kembali ingatan anda bagaimana kecantikan mereka mempesona dari pentas Miss World ke pentas Miss Universe. Mereka bertiga melambangkan persona seorang wanita yang bukan sekadar cantik namun lengkap dengan minda cerdas.
Pada tahun 2007, tiga wanita dari ceruk benua berbeza, Dominican Republic, Jamaica dan Malaysia telah diumumkan sebagai semifinalis 16 peserta tebaik dari 106 yang menyertai. Walaupun tidak berjaya ke peringkat top 5, mereka kemudiannya meneruskan cita-cita di pentas Miss Universe.
ADA DE LA CRUZ

Ada merupakan yang pertama menyertai pertandingan Miss Universe pada 2009. Dengan kecantikan dan kebijaksanaan yang diserlahkan dia berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 15 peserta terbaik dan kemudiannya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. Dia yang mewakili Dominican Republic menerima markah tertinggi dalam sesi gaun malam dan kedua tertinggi dalam pertandingan baju renang. Walaupun mencapai markah keseluruhan tertinggi, dia terpaksa akur kalah dengan wakil dari Venezuela, Stefania Fernandez.
YENDI PHILLIPPS

Yendi Phillipps dari Jamaica menyambung kecemerlangan Ada De La Cruz di pentas Miss Universe. Dia mengambil bahagian dalam edisi 2010 pertandngan itu dan menampilkan penampilan cemerlang. Menariknya, dia juga dinobatkan sebagai first runner-up atau tempat kedua. Dia yang cantik menggayakan gaun rona biru terang itu kalah kepada peserta dari Mexico, Ximena Navarette. Menurut maklumat di Instagramnya, Yendi kini merupakan seorang pengacara televisyen di negaranya.
DEBORAH HENRY

Nasib ratu cantik Malaysia ini mungkin tidak sebaik dua lagi rakannya yang bersama-sama bergelar top 16 di Miss World 2007. Dia yang bertanding sekali lagi di pentas Miss Universe 2011 tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya. Ini sekaligus meranapkan impian pageant lovers yang tidak putus menyokongnya walaupun dia antara peserta mega favourite yang disebut-sebut untuk menjadi Miss Universe oleh ramai pemerhati pertandingan itu.
Dek kejadian dia tidak berjaya menembus ke jajaran top 16 di Miss Universe, dia digelar sebagai El Tocuyo bagi tahun tersebut. Gelaran itu diberikan kepada peserta yang menjadi mega favourite namun kandas di tengah jalan. Sehingga kini Deborah menjadi antara wakil Malaysia yang paling menyerlah di pentas Miss Universe dan diingati ramai.
BACA JUGA: Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia.
Ramai sebenarnya peserta-peserta Miss World yang berjaya lebih cemerlang apabila menyertai pertandingan Miss Universe. Contoh terbaik adalah Catriona Grey yang mana dia merupakan peserta top 5 Miss World 2016 dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe 2018.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Masalah Kulit Kepala Yang Difahami Perempuan Bertelekung, Tipnya Adalah Dengan..

Pernah korang berdepan dengan rasa tak selesa ketika bersolat?
Disclaimer: Kami tiada niat untuk memberi alasan untuk tidak bersolat hanya disebabkan rasa tak selesa. Tetapi alangkah baiknya jika ibadah wajib seperti solat itu memberi kesenangan rohani dan fizikal kepada kita ketika mengerjakannya?
Dengan kehadiran bulan Ramadan ini, pasti ramai di antara korang yang berdepan dengan 3 isu kulit kepala ini ketika menyarungkan telekung bagi menunaikan solat sunat Tarawikh.
Masalah Panas & Berbau
Walaupun melangsungkan solat sunat Tarawikh pada waktu malam di bawah pendingin hawa, itu tak bermakna kepala tidak terasa panas dan terperap. Tambahan pula apabila mendirikan ibadah selama 3 ke 4 jam dengan bertelekung, korang pasti mengalami masalah berpeluh sesudah tamat waktu solat.

Kelemumur
Bukan hanya perempuan bertelekung saja yang mengalami masalah kelemumur. Asalkan kulit kepala berpeluh saja, tak kiralah lelaki mahupun perempuan, berhijab atau tidak pasti akan menerima ‘attack’ kelemumur yang korang tak inginkan.

Masalah Rambut Kusut
Apabila rambut dipintal ke dalam telekung, pastinya ia akan bertukar kusut dan tidak seperti yang kita inginkan selepas membuka telekung. Haihh
Familiar dengan 3 situasi di atas girls? Jadi, apa saja yang boleh korang lakukan?

01
Walaupun bersolat sunat Tarawikh dalam keadaan yang menyejukkan, itu tak bermakna tiada kotoran dan peluh yang melekat pada kain telekung. Itu merupakan antara punca kulit kepala terasa gatal kerana faktor kebersihan.
Jadikan rutin untuk membasuh telekung sekerap 1-2 minggu sekali.

02
Ramai yang beranggapan jenis kain telekung itu sama saja. Itu tak benar sama sekali. Bukanlah penulis ingin mengesyorkan korang untuk hanya mendapatkan telekung berharga premium barulah kulit kepala terasa selesa.
Poin penulis adalah, lain orang lain daya keselesaan. Ada yang selesa bersolat menggunakan Telekung A. Ada pula yang lebih selesa memilih jenis B. Jangan malu untuk mencuba telekung semasa korang sedang berada di kedai. Apabila selesa dengan jenis kain tersebut, secara tak langsung korang lebih selesa menunaikan ibadah.
03
Jika ada produk yang boleh menyelesaikan ketiga-tiga masalah kulit kepala, why not kita mencubanya bukan?
Baru-baru ini, penulis bertanyakan kepada Elfira Loy mengenai rahsia dia merasa selesa ketika menyarungkan hijab ataupun telekung.

Menurutnya, “Ramai yang mengenali saya sebagai Gadis Rejoice Bertudung Hijau. Saya bukan hanya bercakap kosong tetapi hakikatnya, syampu Rejoice Hijab Perfection Series ini mampu memberikan keselesaan kepada kulit kepala saya. Jadi mengapa tidak saya kongsikannya kepada hijabi remaja yang lain.”
Dengan formula 3-dalam-1, siri syampu ini membersihkan kulit kepala, menjadikan rambut lebih licin dan memberi kedinginan dengan kandungan Mentol serta berbau harum daripada ekstrak bunga kasturi.

Rejoice Hijab Perfection Series boleh didapati dalam dua varian iaitu 3-dalam-1 Perfect Cool (untuk rasa dingin dan kesan kesegaran) serta Perfect Perfume (untuk wangian berpanjangan).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ambil Inspirasi Rama-Rama Rajah Brooke Sebagai Kostum Nasional, Miss Global Malaysia 2023 Tampil Unik

Stunning! Itu ungkapan yang pertama bermain diminda apabila menyaksikan penampilan wakil Malaysia, Taanusiya Chetty ketika beraksi dalam segmen kostum nasional di pertandingan Miss Global 2023.
Jika sebelum ini kebanyakan ratu cantik Malaysia memilih untuk menampilkan kostum yang memaparkan sisi budaya tradisional, namun sebaliknya bagi gadis tinggi lampai ini.
Diberi nama The Queen of Entopia, kostum nasional rekaan Fyza Alexandra itu menampilkan rekaan bertatah penuh manik berkilau lengkap dengan sayap rama-rama Rajah Brooke menghiasi busana itu.

Dalam satu hantaran di Instagram, Taanusiya ada menerangkan makna disebalik kostum nasionalnya itu.
“Kesedaran terhadap budaya membolehkan kita memahami pandangan dunia dan warisan kita. Oleh itu, saya telah memilih tema The Queen of Entopia untuk dipersembahkan kepada Global. Entopia terletak di negeri Pulau Pinang.
“Salah satu spesies yang boleh ditemui di Entopia dikenali sebagai Rajah Brooke’s Birdwing (RBB). Ia adalah rama-rama kebangsaan Malaysia, ditemui di hutan hujan Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak,” kongsinya.
BACA JUGA: Taanusiya Chetty, Gadis Cantik Membawa Nama Malaysia Ke Pentas Dunia

Menurut Taanusiya lagi, Rama-rama Rajah Brooke bukan sekadar rama-rama namun memiliki perlambangan yang jals mewakili sebuah kehidupan manusia.
“Saya memilih Ratu Entopia untuk memahami dan menyerlahkan budaya saya kerana rama-rama melambangkan kebebasan, keindahan duniawi, cinta dan jiwa manusia.” Tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Entopia merupakan salah sebuah ladang rama-rama terbesar di Malaysia dengan menampilkan lebih 15’000 rama-rama serta 200 spesis tumbuh-tumbuhan.
Finale Miss Global 2023 bakal diadakan pada Khamis, 18 Januari 2024 jam 9 malam (waktu Malaysia) dan disiarkan secara langsung di saluran YouTube pertandingan berkenaan.
Sumber & Kredit foto: Instagram Taanusiya Chetty/ Auris Faqrurazzi
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

