Selepas kejayaan besar tahun ini dengan Black Panther dan Avengers: Infinity Wars, Marvel Studio kini melabuhkan tirai mereka pada tahun 2018 dengan sebuah lagi filem aksi yang tidak kurang menariknya iaitu ‘Ant-Man and The Wasp’. Ini merupakan filem sekuel kedua ‘Ant-Man’ yang merupakan karakter adiwira unik kerana mampu mengecilkan dan membesarkan badannya menjadi Giant Man.
Apa yang menarik, karakter Ant-Man tidak muncul di dalam ‘Avengers: Infinity War’ lantas menimbulkan banyak tanda tanya dan spekulasi tentang apakah yang terjadi kepada Scott Lang (Ant-Man), Hank Pym dan Hope Pym.
Pertanyaan itu bakal terjawab di dalam filem ‘Ant-Man and The Wasp’ yang telah mula ditayangkan bermula pada hari ini. Dan satu perkara menarik lagi khabarnya menersui filem ini kita akan dapat petunjuk apakah yang bakal berlaku dalam filem Avengers akan datang. Woahhhh, memang tidak sabar lagi rasa nak menonton filem hebat ini.
Sebelum itu apa kata kita sama-sama recap dan ikuti fakta menarik Ant-Man daripada REMAJA!
Ads
1. Ant-Man pertama iaitu Hank Pym merupakan saintis paling bijak dalam universe komik Marvel
2. Ant-Man merupakan antara karakter Marvel pertama yang dirancang untuk difilemkan dalam MCU
3. Di dalam komik, Ultron sebenarnya dicipta oleh Hank Pym berbeza dalam MCU yangdicipta oleh Tony Stark
Ads
4. Karakter Ant-Man muncul buat kali pertama di kaca TV menerusi program Saturday Night Live (1979)
5. Kemampuan Ant-Man untuk ‘terjun’ ke Quantum Realm membolehkan dia melompat antara dimensi berbeza.
6. ‘Ant-Man and The Wasp’ merupakan filem MCU yang ke-20!
Ads
7. Insan yang bertanggungjawab mencadangkan Ant-Man difilemkan ialah pengarah terkenal, Edgar Wright
8. Karakter Ghost yang muncul ‘Ant-Man and The Wasp’ muncul buat pertama kali menerusi komik Iron Man #219
9. Untuk mendalami karakter Scott Lang/Ant-Man, Paul Rudd membeli ant farm untuk memerhati gerak-geri semut
10. Pada penghujung 1980-an, Stan Lee pernah merancang untuk memfilemkan ‘Ant-Man’ namun ia tergendala.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ajal tidak mengira usia, pemain Badminton muda dari China, Zhang Zhi Jie, telah meninggal dunia selepas pengsan semasa perlawanan Kejohanan Remaja Asia 2024 yang diadakan di Yogyakarta, Indonesia, pada malam Ahad.
Menurut kenyataan rasmi dari Badminton Asia, Zhang Zhi Jie dipercayai pengsan di gelanggang ketika perlawanan antara China dan Jepun sebelum dibawa ke hospital, dan disahkan meninggal dunia.
“Pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie dari China, pengsan di atas gelanggang semasa perlawanan, segera dikejarkan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 23.20 waktu tempatan semalam.”
Zhi Jie sedang bertanding dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun apabila dia rebah. Dia segera dirawat oleh doktor dan pasukan perubatan yang bertugas, lalu dibawa ke hospital dalam masa kurang daripada dua minit dengan ambulans yang telah disediakan,” menurut kenyataan rasmi.
Badminton Asia, Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) dan Jawatankuasa Penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarganya serta Persatuan Badminton China (CBA).
“Dunia badminton telah kehilangan seorang pemain yang berbakat besar,” tambah kenyataan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, kita akan terbaca di media sosial kanak-kanak dan remaja tercedera ketika bermain mercun. Boleh dikatakan saban tahun berita begini disiarkan dan seolah-olah tiada jalan penyelesaian berlaku kerana mercun masih dijual berleluasa.
Sebagai kanak-kanak, mereka hanya tahu keseronokan tetapi tidak kurang yang terlalu kreatif mengubah suai mercun sehingga mendatangkan kecederaan. REMAJA senaraikan tragedi mercun yang pernah berlaku di Malaysia.
Maut selepas tempurung kepala cedera
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia semalam selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, akibat terkena mercun.
Mangsa Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, dikatakan tidak sedarkan diri selepas cedera di bahagian kepala akibat terkena mercun ketika berada di kediaman keluarganya di FELDA Papan Timur. Menurut bapanya, Muhammad Saad, pemeriksaan doktor mendapati tempurung kepala anaknya itu pecah sekaligus menyebabkan pendarahan otak. Info terkini, lelaki yang bermain mercun dan mengakibatkan kamatian mangsa sudah ditahan pihak polis semalam.
Mati selepas cedera di kepala
Seorang pelajar 12 tahun dari Sarawak maut tahun lalu selepas kepalanya cedera akibat terkena mercun. Kejadian sekitar jam 12.15 malam itu berlaku apabila Haiqal Hakim Zolpaka bermain mercun seorang diri selepas ahli keluarganya terdengar bunyi letupan kuat.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepala si mati. Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.
Tapak tangan terbelah & jari putus 3
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun putus tiga jari manakala tapak tangan kanannya terbelah akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah dalam kejadian dua tahun lalu. Dalam kejadianitu, Adam Haikal Mohd Sabri, 11 (berusia 11 tahun ketika itu), dikatakan tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan, menyebabkannya meletup di tangan.
Nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, berkata mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.
“Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.
Pelajar tingkatan 2 buta mata & hancur 5 jari
Seorang pelajar tingkatan dua buta mata sebelah kanan dan hancur lima jari kiri serta satu jari telunjuk kanan selepas belerang mercun bola diletakkan dalam botol kaca meletup atas bara api di Kampung Panji, Kelantan.
Mangsa Najwan Anwar Fuad, 14, cedera ketika bermain bersama dua rakan berdekatan rumahnya. Serpihan letupan kaca itu turut terkena kaki seorang rakannya yang hanya cedera ringan.
Ibunya, Rozita Zakaria, 41, berkata kejadian berlaku ketika beliau sedang melipat kain di rumah.
“Saya terdengar bunyi letupan kuat dan terus berlari keluar melihat seorang budak lelaki jatuh bersujud dalam keadaan berlumuran darah. Saya terus memeluk budak lelaki itu dan pada masa itu, saya tidak tahu mangsa adalah anak sendiri. Saya terus pengsan kerana melihat terlalu banyak darah.
“Namun, selepas sedar baru saya tahu mangsa mercun yang parah itu anak sendiri sebelum saya dan suami membawanya ke unit kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HUSM, di sini, hari ini.
Rozita berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu terkena serpihan kaca yang meletup selepas diisi belerang mercun bola yang terjatuh ke atas bara api. Katanya, ketika itu, anaknya berada berdekatan bara api itu dan tidak sempat melarikan diri.
“Kejadian itu menyebabkan mata kanan anak tidak dapat diselamatkan, manakala lima jari tangan kiri serta satu jari telunjuk tangan kanan hancur.
Remaja OKU hampir putus 4 jari
Seorang pelajar kelainan upaya (OKU), Muhammad Ridwan Abdul Rashid, 16 tahun dari Kampung Nail, Kuala Besut hampir putus empat jari sebelah kanan akibat terkena letupan mercun buatan sendiri.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam tadi, mangsa sedang memasukkan belerang mercun bola ke dalam botol kaca, sebelum ia meletup menyebabkan empat jarinya parah.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut itu dikatakan bermain mercun di halaman rumah bersama 10 rakannya. Abang mangsa, Azlan Shah Abdul Rashid, 34, sebelum kejadian mangsa memasukkan belerang menggunakan kertas untuk memantapkan belerang di dalam botol. Katanya, ketika mangsa cuba menyalakan mercun berkenaan tiba-tiba ia meletup dan mencederakan tangan kanannya menyebabkan empat jari hampir putus.
Pelajar darjah 4 melecur muka
Seorang pelajar tahun empat di Melaka, Muhammad Haziq mengalami lecur di muka dan dua jari pada tangan kanan akibat terkena percikan api dari belerang yang dikeluarkan sendiri dari mercun bola.
Difahamkan, Muhammad Haziq, mengalami melecur pada bahagian muka dan dua jari pada tangan kanan akibat terkena percikan api daripada belerang yang dikeluarkan sendiri dari mercun bola.
Jari telunjuk hancur
Jari telunjuk tangan kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hancur manakala tapak tangannya melecur teruk akibat bermain mercun bola di rumahnya di Malim Nawar, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa bermain mercun berkenaan bersama adiknya di halaman rumah. Mangsa yang ketika itu sedang cuba membakar mercun tersebut terkejut apabila ia secara tiba-tiba meletup di tapak tangan kanannya. Akibat letupan tersebut, tapak tangan kanan mangsa melecur teruk dengan jari telunjuknya hancur.
Biarpun tahu kes bermain mercun ini sering kali mengakibatkan kecederaan tetapi masih ramai yang tidak menyedarinya. Mungkin selepas ini golongan dewasa khususnya ibu bapa, abang atau kakak boleh menasihati adik-adik agar tidak lagi bermain mercun. Ini sesuai seperti dinyatakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam entrinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehadiran pengacara, ‘Diva’ Azwan Ali di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di Gombak, Selangor pada pagi ini bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) 15 telah menarik perhatian media setelah beliau mendaftarkan diri sebagai pengundi pertama di lokasi tersebut.
Muncul dalam persalinan serba hitam, capal, berskaf merah dan berkaca mata hitam, Azwan tetap melayan rakan pemberita yang bertugas biarpun cuaca hujan renyai-renyai masih berterusan pada pagi hari pengundian.
Seperti yang diketahui umum, abang kepada Azwan Ali iaitu Datuk Seri Azmin Ali bertanding pada PRU15 atas tiket Perikatan Nasional bagi Parlimen Gombak; di mana beliau bertemu pesaing kuat yang juga merupakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari daripada parti Pakatan Harapan.
Ketika diajukan mengenai ucapan beliau kepada abangnya itu, Azwan berseloroh, “I ada abang ke?” dan sekadar mengucapkan, “Kepada Datuk Seri Azmin Ali..I panggil dia Min saja. So Min, good luck. Tapi Diva dari dulu lagi dah baca, kau akan kalah dik!”
Tangkap Layar: Sinar Harian
Azwan turut mengajak orang ramai untuk turun ke pusat pengundian yang ditetapkan pada hari ini demi menunaikan kawajipan sebagai rakyat Malaysia.
“Kepada yang nak keluar mengundi, jangan hanya membuta dengan setan. (Tidur) Walaupun hari hujan, kau tengok ramai rakyat contoh. Pagi-pagi dah penuh (beratur). Kau ada? Keluar pagi-pagi macam aku, the first!” katanya.
Pada 5 November lalu, Azwan Ali telah mencipta sensasi setelah muncul sebagai calon pertama di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak.
Azwan, 56 pada asalnya ingin bertanding atas tiket calon Bebas di kerusi Parlimen Gombak bagi menentang Datuk Seri Azmin Ali.
Tidak lama kemudian, Azwan mengumumkan menarik diri daripada bertanding selepas arwah ibunya sering hadir dalam mimpi untuk memberitahu supaya tidak bertanding.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!