Di tempat ke-10, basikal yang pernah menjadi tumpuan di North American Handmade Bicycle Show of 2011. Ia merupakan basikal yang direka oleh pereka terkenal Perancis, Phanuel.
9. Litespeed Blade Bike
Harga:USD40,788 (RM169,964)
Basikal ini diperbuat daripada material paling berkualiti antaranya aloi titanium dan juga karbon fiber. Ia juga antara basikal yang boleh mencapai kelajuan tinggi.
8. eRockit’s Electric Assist Bike
Harga: USD44,000 (RM183,348)
Buat yang ingin relaks dan tidak berapa penat, basikal elektrik mungkin pilihan terbaik. Lebih stailo jika anda menggunakan basikal eRockit ini yang boleh mencapai kelajuan sehingga 70km/j.
7. Montante Luxury Gold Collection
Ads
Harga: USD46,000 (RM191,682)
Basikal mewah ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu Golden Leaf, Wood, Swarovski stones dan Python. Ia turut mempunyai kemasa emas 24 karat di bahagian rangka dan kompenen lain. Kayu berkualiti tinggi dan batu pertama Swaroski turut menjadi penghias.
6. Chrome Hearts X Cervelo
Harga: UD60,000 (RM250,020)
Hearts X Cervelo merupakan basikal bukit edisi khas yang cukup eksklusif. Ia dikeluarkan pleh Casa de Chrome dengan kolaborasi bersama Cervelo.
5. Trek Madone 7: Diamond
Harga: USD75,000 (RM312,525)
Trek Madone 7: Diamond dilelodng dalam sebuah acara lelongan dan dijual pada harga USD75,000! Basikal ini mempunyai 14 karat emas dan emas putih. Malah ia turut mempunyai berlian 1 carat!
Ads
4. Aurumania Crystal Edition Gold Bike
Harga: USD114,000 (RM475,038)
Basikal ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008 oleh sebuah syarika dari Scandinavia, Aurumania. Aurumania Crystal Edition Gold Bike dihasilkan sepenuhnya dengan kerja tangan berkualiti dan dilengkapi palt emas 24 karat. Pada ketika itu ia diangkat sebagai basikal termahal di dunia.
3. KAWS: Trek Madone
Harga: USD160,000 (RM666,720)
Basikal yang mendapat sentuhan daripada artis berpengaruh, KAWS ini dilancarkan seiring dengan kempen Livestrong tidak berapa lama dahulu.
2. Trek Yoshimoto Nara
Harga: USD200,000 (RM833,400)
Ads
Di tangga kedua merupakan salah sebuah basikal yang dilelong bersama Butterfly Madone di sebuah acara lelongan eksklusif. Ia pernah ditunggang oleh Lance Armstrong dalam beberapa kejohanan terkenal dan diperbuat daripada karbon fiber.
1. Trek Butterfly Madone
USD500,000 (RM2,083,500)
Inilah basikal termahal yang pernah dijual di dunia! Trek Butterfly Madone mendapat sentuhan daripada Damien Hirst. Namun timbul kontroversi apabila beberapa pencinta haniwan mengkritik teknik penghasilan kemasannya yang menggunakan sayap asli rama-rama.
Semua basikal di atas ini mungkin boleh hadir dalam mimpi sahajalah. Golongan ‘kayangan’ pun mungkin fikir banyak kali nak milikinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Olahan artikel dari Maskulin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, pada usia semuda 30-an pun, seseorang boleh disahkan mengalami strok atau pendarahan dalam kepala?
Itulah realiti yang semakin membimbangkan kini. Seorang pegawai perubatan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma baru-baru ini berkongsi peringatan penting di media sosial, menyeru rakyat Malaysia khususnya golongan muda agar segera melakukan saringan kesihatan kendiri berikutan peningkatan mendadak kes strok dan pendarahan otak dalam kalangan individu muda.
Dalam hantaran tersebut, beliau melaporkan semakin banyak kes melibatkan pesakit berusia antara 30 hingga 40 tahun yang mengalami komplikasi serius seperti pendarahan otak. Antaranya termasuk seorang pesakit lelaki berumur 41 tahun yang dimasukkan ke jabatan kecemasan akibat pendarahan kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi tidak terkawal.
“Kalau dulu kes macam ini biasanya orang tua sahaja. Sekarang umur 30-an pun dah kena. Jaga kesihatan masing-masing, ya semua,” tegas beliau.
Kenapa Golongan Muda Semakin Berisiko?
Menurut pakar kesihatan, tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah antara punca utama strok dan pendarahan otak. Ia juga dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidapnya sehinggalah komplikasi serius berlaku.
Gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan tinggi garam, stres berlebihan, kurang aktiviti fizikal, serta amalan merokok dan vaping, menjadi antara faktor penyumbang utama kepada masalah ini.
Bagi anda yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi atau hampir tinggi (high normal: 130–139 dan/atau 85–89 mmHg), pakar kesihatan menyarankan langkah pencegahan berikut:
Kurangkan pengambilan garam dalam makanan harian.
Amalkan pemakanan sihat, seperti diet DASH dan rendah garam.
Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Turunkan berat badan antara 5 hingga 10% dalam masa 6 bulan.
Berhenti merokok, vaping dan minum alkohol.
Jangan Tunggu Sampai Terlambat
Hakikatnya, semakin ramai anak muda kini hidup dalam tekanan — sama ada kerana tuntutan pelajaran, pekerjaan atau kewangan. Tekanan yang tidak diurus dengan baik boleh mencetuskan kesan kesihatan yang berpanjangan, termasuk tekanan darah tinggi dan risiko strok.
Pemeriksaan kesihatan secara berkala bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Kesedaran awal dan tindakan segera boleh menyelamatkan nyawa anda. Jangan anggap anda ‘masih muda dan sihat’. Ingat, strok dan pendarahan kepala bukan lagi penyakit orang tua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Almari pakaian adalah salah satu keperluan utama dalam sesebuah kediaman. Memilikinya mudah, tetapi untuk menjaganya amat susah terutamanya golongan bekerjaya.
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan. Atas sebab itu, anda harus ikuti cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun seperti berikut:
Gunakan penyangkut pakaian yang sama
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
almari kemas
Pastikan semua pakaian digantung menghadap arah yang sama
Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
Asingkan pakaian mengikut kod warna
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
Sediakan ruang untuk aksessori
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
kemas almari
Susun baju anda
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
Cipta satu sudut untuk capai dan gerak
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan Bill Gates, pemilik Microsoft dan tersenarai sebagai salah seorang orang terkaya di dunia. Memulakan usaha bisnes pada usianya 17 tahun, Bill Gates terus unggul dalam pencapaiannya.
Jika sebelum ini, jutawan ini pernah meramal dan memberi amaran tentang risiko datangnya pandemik pembawa maut dengan krisis kesihatan global seperti koronavirus. Gates juga pernah berkata pada 2015 ketika berucap untuk Ted Talk dengan meramalkan bahawa dunia tidak bersedia untuk menghadapi situasi wabak yang akan datang. “Tidak perlu panik, tapi kita harus bersedia,” katanya pada 2015.
Terbaru, dalam laporan yang dikeluarkan Reuters, Gates menyatakan bahawa dunia akan kembali normal pada akhir tahun 2022 berkat daripada kepantasan para pakar mencipta vaksin COVID-19, kata Bill Gates dalam wawancara untuk akhbar Poland Gazeta Wyborcza dan penyiar televisyen TVN24.
Photo by Britta Pedersen/picture alliance via Getty Images
“Pada akhir 2022, kita pada dasarnya akan kembali normal. Ini adalah tragedi luar biasa,” kata Gates. Dia juga menambahkan bahawa satu-satunya berita baik saat ini adalah dengan adanya vaksin yang sudah mula dilaksanakan di banyak negara, termasuk Malaysia.
Sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19, beberapa negara dunia telah mengambil langkah bagi mengkaji vaksin untuk mengekang penyebaran virus berkenaan. Untuk info, kes positif COVID-19 global telah pun melepasi 127 juta orang dengan 2.79 juta kematian.
Moga ramalan Gates ini menjadi kenyataan. Apa-apa pun, ini hanya ramalan Gates. Kita sebagai orang Islam lebih baik berdoa dari mempercayai kata-kata manusia. Siapalah kita untuk menentukan sesuatu kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.