Jika kita lihat sekarang, ramai anak-anak selebriti tempatan atau pun di luar negara yang mengikut jejak langkah ibu atau bapa mereka untuk bergiat aktif dalam industri hiburan. Tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana perkara ini sememangnya sering berlaku dikalangan keluarga yang mempunyai darah seni.
Minat yang sama membuatkan mereka ingin turut serta dalam bidang seni ini dan tidak juga dinafikan ia sedikit sebanyak memberi kelebihan buat anak-anak selebriti ini untuk mudah dikenali peminat. Mana tidaknya, ada di antara mereka yang sudah terbiasa menjadi tumpuan sejak dilahirkan.
Jika di Malaysia mungkin korang sudah mengenali anak-anak selebriti yang turut berkecimpung di dalam industri hiburan. Jadi kali ini kami ingin kongsikan anak selebriti Hollywood yang juga mengikut jejak langkah ibu atau ayah mereka.
Anak perempuan Jennifer Lopez, Emme baru berusia 13 tahun dan sudah mula mencuri perhatian ramai apabila muncul dalam video muzik Limitless dan remaja ini juga menunjukkan bakat nyanyiannya dalam persembahan secara langsung di Super Bowl Halftime Show.
Bapanya adalah bintang muzik Marc Anthony dan Jennifer Lopez sendiri mengakui bahawa anaknya itu mempunyai suara seperti ayahnya.
Anak perempuan Johnny Depp merupakan seorang model dan pelakon. Debut lakonannya bermula apabila Lily Rose membawa peranan kecil dalam filem Tusk (2014) dan muncul dalam The Dancer and A Faithful Man, yang membawa gadis berusia 22 tahun ini dalam pencalonan Anugerah Cesar untuk kategori Most Promising Actress 2018. Lily Rose juga pernah menjadi duta jenama Chanel sejak tahun 2015.
Anak perempuan Kate Winslet baru-baru ini membintangi filem pertamanya berjudul Shadows. Menurut Kate Winslet, ia adalah satu perkara yang indah kerana sejak dari mula dia sudah mengetahui bahawa Mia akan menjadi seorang pelakon.
Anak kepada Kanye West dan Kim Kardashian ini memulakan kerjaya di pentas pada tahun lalu. Little North mengikuti persembahan bersama bapanya dan melangkah ke dunia rap. Dia juga pernah viral di TikTok selepas menyiarkan video tanpa kebenaran ibu bapanya.
Walaupun baru berusia 10 tahun, anak kepada Beyonce dan Jay-Z ini telah pun mengumpul beberapa anugerah untuk persembahan nyanyiannya. Pada tahun 2020, dia menyertai ibunya di trek “Brown Skin Girl” dan dia juga adalah penerima Anugerah BET termuda.
Anak perempuan Pink, Willow tidak segan-segan untuk berkongsi bakat nyanyiannya di hadapan orang ramai. Dia turut menyanyi dalam album Pink “The Truth About Love” dan muncul dalam beberapa video muzik ibunya.
Anak-anak Will Smith dikurniakan bakat nyanyian dan lakonan. Jaden, membuat debut filemnya pada tahun 2006 apabila dia digandingkan bersama ayahnya. Selepas berehat sebentar daripada berlakon untuk fokus pada kerjaya muziknya, dia kembali membuat filem. Adik perempuannya, Willow juga seorang penyanyi, penari dan pelakon yang berjaya.
Anak kepada pemain bola sepak terkenal, Romeo pada mulanya tidak boleh membuat keputusan antara tenis dan bola sepak, tetapi kemudian membuat keputusan untuk mengikut jejak ayah menjadi pemain bola sepak dan model iklan.
Sebagai anak kepada Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh sudah menjadi bintang sejak selepas dia dilahirkan dan muncul dalam tajuk utama semua akhbar. Semasa bayi, dia telah muncul dalam filem The Curious Case of Benjamin Button dan Kung Fu Panda 3. Shiloh juga sering menghadiri acara di karpet merah. Baru-baru ini, anak gadis ini menunjukkan minat dalam misi kemanusiaan sama seperti ibunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan guru vokal tersohor negara, Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) kini memegang gelaran baharu apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di mana pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Md Amin Md Taff menyifatkan pelantikan ini sebagai satu penghormatan besar dan tepat pada masanya. Selain itu, beliau menyifatkan kehadiran Tok Naz juga akan membuka ruang pertukaran idea, memperkenalkan inovasi pembelajaran, dan menghasilkan karya seni yang berkualiti tinggi.
“Beliau (Syafinaz) adalah figura seni yang mempunyai reputasi tinggi bukan sahaja sebagai penyanyi dan penggiat seni, tetapi juga pendidik berpengalaman luas,” katanya.
“Pelantikan ini diharap menjadi pemangkin kepada penghasilan bakat baharu yang lebih kompetitif di peringkat global,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Instagram @datuksyafinazofficialKredit foto: Instagram @datuksyafinazofficial
Dalam pada itu, langkah ini dilihat sebagai satu usaha strategik UPSI untuk memperkukuh hubungan antara dunia akademik dan industri muzik tempatan serta antarabangsa.
Pada masa yang sama, Tok Naz dijangka memainkan peranan penting dalam memperkaya kurikulum fakulti melalui bengkel vokal, sesi bimbingan dan projek kolaborasi bersama pelajar.
Sementara itu, Dekan FMSP, Prof Madya Muhammad Fazli Taib Saearani berkata, beliau optimis dengan potensi yang dibawa Tok Naz dan kolaborasi ini diyakini mampu memperkukuh hubungan strategik antara fakulti dan industri muzik.
“Kami melihat pelantikan ini sebagai peluang besar membina jambatan antara dunia akademik dan industri muzik profesional,” jelasnya sambil menambah bahawa ia akan memberi impak positif terhadap aktiviti akademik, penyelidikan dan seni persembahan.
Kredit foto: Instagram @datuksyafinazofficialKredit foto: Instagram @datuksyafinazofficial
Tambahnya, Tok Naz akan terlibat secara langsung dalam perkongsian pengalaman, penganjuran bengkel vokal dan projek kolaborasi pelajar. Kehadiran beliau diharap dapat memberi inspirasi dan bimbingan terus kepada generasi baharu.
Sehubungan itu, dengan jaringan profesional yang dimiliki, FMSP yakin pelantikan ini akan membuka peluang kolaborasi antarabangsa sekaligus mengangkat jenama UPSI di persada seni global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Mimi Fly, bakal mencipta satu lagi momen membanggakan apabila diumumkan sebagai wakil Malaysia ke ASEAN-Korea Music Festival yang akan berlangsung pada April ini di Araneta Coliseum, Filipina.
Bagi Mimi, peluang ini bukan sekadar satu jemputan biasa, sebaliknya satu penghormatan besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.
“Saya sangat bangga dapat mewakili Malaysia di festival ini. Ini adalah peluang untuk tunjuk bakat kita di pentas serantau dan bawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
“Sekarang saya sibuk memperkemas dan mempersiap diri untuk persembahan itu nanti. Sudah pasti, saya hanya mahu buat yang terbaik,” katanya kepada pemberita.
Menariknya, festival berprestij ini turut menampilkan barisan artis pilihan dari negara ASEAN lain seperti Pamungkas dari Indonesia, Syafiq Abdulah (Brunei), TJ Monterde (Filipina) serta 10CM dari Korea Selatan.
Mimi yang popular menerusi lagu Angkat dan Serumpun dijangka menghangatkan pentas dengan beberapa buah lagu dalam persembahan berdurasi 25 minit.
Lebih menarik, persembahan tersebut akan diserikan dengan sokongan 16 orang penari dari Malaysia dan Filipina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi mana saja yang tidak mengidamkan peluang untuk beraksi di pentas sebesar Good Vibes Festival dan berkongsinya dengan penyanyi terkenal tempatan dan antarabangsa.
Begitulah yang dirasai oleh rapper Malaysia berbakat, Bunga yang baru-baru ini diberikan peluang keemasan untuk berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat, David Bowden akaPink Sweat$.
Kemunculan Bunga pada saat-saat akhir persembahan Pink Sweat$ di acara Good Vibes Weekender, baru-baru ini telahpun menggembirakan ramai pengunjung yang bersorak bangga. Manakan tidak, pada usia 22 tahun Bunga telahpun terpilih untuk bukan saja beraksi di acara tahunan itu; malah berduet pula dengan penyanyi antarabangsa.
Manis berbaju kurung seperti trademark-nya sejak tular pada tahun 2019, Bunga tidak langsung kekok untuk menyampaikan lagu I Feel Good. Aksinya yang bersahaja di atas pentas membuatkan sorakan penonton bertambah bingit di Sunway Lagoon, Sabtu lalu.
“Alhamdulillah. Terima kasih Pink Sweat$ dan pasukan kerana memberi saya peluang ini. Saya berharap anda terhibur,” catatnya di Instagram sambil dibalas oleh Pink Sweat$ yang berkata, “Soooooo fun. Thank you for coming out on stage with me !!!!”
Terdahulu, Bunga sudahpun mencatat beberapa kejayaan peribadi termasuklah muncul di media antarabangsa Bloomberg dan The New York Times serta menjadi sebahagian daripada penyanyi wanita Malaysia yang dipaparkan pada papan iklan Times Square New York bersempena kempen Equal oleh Spotify.
(Dari kiri) : Pink Sweat$ dan Bunga.Bunga menyampaikan plak istimewa kepada Pink Sweat$ atas kejayaan single At My Worst yang memperolehi Platinum sebanyak 7 kali bagi jualan digital di Malaysia.
Dalam pada itu, tidak sah sekiranya penganjuran acara Good Vibes tidak disertakan momen-momen menarik sewaktu persembahan. Jika pada edisi 2017, sepasang pengunjungnya telahpun bertunang semasa persembahan band rock dari Ireland, Kodaline; bagi edisi kali ini, acara lamaran dilakukan oleh sepasang lagi pengunjung sewaktu Pink Sweat$ menyanyikan lagu hitnya, At My Worst.
Fuh, mesti lelaki itu tidak dapat duduk diam kan sepanjang persembahan Pink SweatS pada malam itu. Hehe..
“Saya tidak percaya ada lamaran dilakukan semasa “At My Worst” di Malaysia.
“Saya gembira mesej cinta dalam muzik saya dirasai seperti ini dan terharu untuk menjadi sebahagian daripada momen ini. Tahniah kepada pasangan tersebut!,” katanya yang juga baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama pasangan, JL Bunny pada 21 Ogos lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...