Jika kita lihat sekarang, ramai anak-anak selebriti tempatan atau pun di luar negara yang mengikut jejak langkah ibu atau bapa mereka untuk bergiat aktif dalam industri hiburan. Tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana perkara ini sememangnya sering berlaku dikalangan keluarga yang mempunyai darah seni.
Minat yang sama membuatkan mereka ingin turut serta dalam bidang seni ini dan tidak juga dinafikan ia sedikit sebanyak memberi kelebihan buat anak-anak selebriti ini untuk mudah dikenali peminat. Mana tidaknya, ada di antara mereka yang sudah terbiasa menjadi tumpuan sejak dilahirkan.
Jika di Malaysia mungkin korang sudah mengenali anak-anak selebriti yang turut berkecimpung di dalam industri hiburan. Jadi kali ini kami ingin kongsikan anak selebriti Hollywood yang juga mengikut jejak langkah ibu atau ayah mereka.
Anak perempuan Jennifer Lopez, Emme baru berusia 13 tahun dan sudah mula mencuri perhatian ramai apabila muncul dalam video muzik Limitless dan remaja ini juga menunjukkan bakat nyanyiannya dalam persembahan secara langsung di Super Bowl Halftime Show.
Bapanya adalah bintang muzik Marc Anthony dan Jennifer Lopez sendiri mengakui bahawa anaknya itu mempunyai suara seperti ayahnya.
Anak perempuan Johnny Depp merupakan seorang model dan pelakon. Debut lakonannya bermula apabila Lily Rose membawa peranan kecil dalam filem Tusk (2014) dan muncul dalam The Dancer and A Faithful Man, yang membawa gadis berusia 22 tahun ini dalam pencalonan Anugerah Cesar untuk kategori Most Promising Actress 2018. Lily Rose juga pernah menjadi duta jenama Chanel sejak tahun 2015.
Anak perempuan Kate Winslet baru-baru ini membintangi filem pertamanya berjudul Shadows. Menurut Kate Winslet, ia adalah satu perkara yang indah kerana sejak dari mula dia sudah mengetahui bahawa Mia akan menjadi seorang pelakon.
Anak kepada Kanye West dan Kim Kardashian ini memulakan kerjaya di pentas pada tahun lalu. Little North mengikuti persembahan bersama bapanya dan melangkah ke dunia rap. Dia juga pernah viral di TikTok selepas menyiarkan video tanpa kebenaran ibu bapanya.
Walaupun baru berusia 10 tahun, anak kepada Beyonce dan Jay-Z ini telah pun mengumpul beberapa anugerah untuk persembahan nyanyiannya. Pada tahun 2020, dia menyertai ibunya di trek “Brown Skin Girl” dan dia juga adalah penerima Anugerah BET termuda.
Anak perempuan Pink, Willow tidak segan-segan untuk berkongsi bakat nyanyiannya di hadapan orang ramai. Dia turut menyanyi dalam album Pink “The Truth About Love” dan muncul dalam beberapa video muzik ibunya.
Anak-anak Will Smith dikurniakan bakat nyanyian dan lakonan. Jaden, membuat debut filemnya pada tahun 2006 apabila dia digandingkan bersama ayahnya. Selepas berehat sebentar daripada berlakon untuk fokus pada kerjaya muziknya, dia kembali membuat filem. Adik perempuannya, Willow juga seorang penyanyi, penari dan pelakon yang berjaya.
Anak kepada pemain bola sepak terkenal, Romeo pada mulanya tidak boleh membuat keputusan antara tenis dan bola sepak, tetapi kemudian membuat keputusan untuk mengikut jejak ayah menjadi pemain bola sepak dan model iklan.
Sebagai anak kepada Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh sudah menjadi bintang sejak selepas dia dilahirkan dan muncul dalam tajuk utama semua akhbar. Semasa bayi, dia telah muncul dalam filem The Curious Case of Benjamin Button dan Kung Fu Panda 3. Shiloh juga sering menghadiri acara di karpet merah. Baru-baru ini, anak gadis ini menunjukkan minat dalam misi kemanusiaan sama seperti ibunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pelajar lepasan SPM 2017, hari ini keputusan untuk kemasukan tingkatan 6 sudah boleh diketahui.
Bagi yang berminat untuk menyambung ke tingkatan enam, boleh layari SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM, Kementerian Pendidikan Malaysia. Masukkan nama, kad pengenalan dan kemudian korang boleh tahu sama ada dengan keputusan SPM hari itu, layak ke tak layak ke tingkatan enam.
Kalau pelajar bersetuju, boleh cetak borang dan bawa semasa hari pendaftaran sekolah pada 4 Mei 2018 akan datang. Keputusan semakan ini boleh dibuat mulai hari ini sehingga 16 Mei akan datang.
Malah bagi pelajar yang sedang menunggu keputusan kemasukkan ke UPU, juga digalakkan untuk masuk dahulu ke tingkatan 6 dahulu sebelum belajar ke mana-mana universiti.
Sebenarnya ramai yang dalam dilemma sama ada untuk menerima tawaran kemasukan ke form 6 atau tidak. Remaja pernah menyiarkan artikel kelebihan form 6 (BACA SINI).
Jangan tunggu lama-lama ya buat keputusan. Nanti takut form 6 terlepas tetapi masa yang sama tak dapat kemasukan ke UPU juga..
Berita baik kepada anda yang ingin melanjutkan pengajian ke tingkatan 6 di Sekolah Agama Berasrama Penuh (SBP) KISAS dan SMAP Labu untuk tahun ini, anda sudah boleh mula membuat permohonan.
SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA BERASRAMA PENUH (KISAS / SMAP LABU)
Warganegara malaysia.
Lulus perperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm)
Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6c.
Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6c.
Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang- kurangnya 6c.
I) Pendidikan Syariah Islamiah
Ii) Pendidikan Al-quran & As-Sunnah
Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
Sekiranya anda berjaya ditawarkan kelak, surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS dan SMAP Labu akan dihantar melalui e-mel. Untuk muat turun borang permohonan, Sila klik disini : Borang Permohonan KISAS & SMAP LABU 2018. Untuk mengetahui pakej matapelajaran yang ditawarkan dan sebagainya, sila rujuk artikel perkongsian kami yang terdahulu dengan KLIK DISINI.
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai seperti di bawah:
Berikutan fizikal pelakon filem romantik Pilot Cafe itu kelihatan sedikit berbeza, rata-rata netizen mula berteka-teki mengenai status kehamilannya.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan dakwaan sedang hamil, selain mereka juga tidak lepas peluang untuk mengucapkan tahniah buat bekas hos rancangan hit MeleTOP itu.
“Macam nampak ‘baby bump’ sahaja,” komen seorang pengguna.
“SubhanAllah, something cute coming soon,” komen juga seorang pengguna,
“Macam baru sahaja umum lahirkan Abbas. Alhamdulillah rezeki lagi,” tulis pengikutnya yang lain.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan daripada Neelofa mahupun Haris berkenaan perkara tersebut.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada tanggal 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Untuk korang yang suka sangat pergi travel, mesti pernah berhadapan dengan situasi penerbangan yang panjang sehingga 14 jam atau mungkin lebih lama, tanpa transit pula tu.
Macam mana nak solat atas flight? Memang la kita dikira musafir dan ramai yang cakap dimaafkan sebab dalam keadaan yang susah nak solat.
Tapi korang kena ingat, Islam tu kan memudahkan umatnya. Kita sendiri dah diajar untuk solat tak kiralah dalam keadaan macam mana pun. Walaupun tengah sakit pun boleh solat, apa lagi yang tengah sihat walafiat tu kan.
Nah, kalau tak tahu kita boleh belajar. Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh @adibezymir ni tentang bagaimana nak solat di atas flight.
1. Cari kiblat
2. Cari ruang solat/solat secara duduk
3. Cara nak tahu waktu solat
4. Trick untuk tahu waktu subuh
5. Cara ambil wudhuk
6. Macam mana nak mandi wajib?
Penting untuk orang lelaki alert ya!
Tak pun korang boleh refer situasi ni pada ustaz atau individu-individu yang lebih arif.
7. Aplikasi tambahan
Kalau nak lebih mudah, korang boleh juga aplikasi waktu solat di flight ni. Nampak macam lagi senang.
Lepas ni dah tak ada alasan lagi tak dapat solat kalau jalan jauh kan? Kalau kita selalu jaga solat, insyaAllah Allah pun akan jaga kita. Wallahualam!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.