Berbeza seperti tahun-tahun yang lalu, Mnet Asian Music Awards (MAMA 2020) tahun ini disiarkan secara virtual untuk peminat seluruh dunia memlalui platform muzik JOOX. Disiarkan secara langsung jam 6 petang waktu
Korea tadi, majlis gilang-gemilang itu dihoskan oleh selebriti Song Joong Ki.
Walaupun ditonton secara virtual tanpa penonton, namun para selebriti tetap hadir dengan gaya yang mempersona.
Di mata juri program nyanyian, The Hardest Singing Show (THSS) yang baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi; keenam-enam peserta telahpun melakukan sehabis baik dengan idea-idea di luar kotak demi merealisasikan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’ yang dibawakan program berkenaan.
Namun, di sebalik stun-stun yang sukar dilakukan itu, pihak juri mengakui mereka mencari momen istimewa dalam setiap persembahan peserta yang mampu memukau hati mereka, peminat serta penonton.
Bercakap di sidang media THSS, Zizan Razak berkata kebolehan setiap peserta tidak pernah disangkal oleh para juri sepanjang sepuluh minggu program tersebut berlangsung. Cuma tidak semua peserta yang berjaya memberikan faktor ‘wow’ yang diinginkan setiap kali menjayakan persembahan.
“Semua peserta adalah profesional, kesemuanya boleh menyanyi dan membuat persembahan.
“Tapi yang paling hardest bukanlah kesusahan fizikal. Yang paling hardest adalah untuk beli hati penonton, peminat dan juri yang memberi markah.
“Kadangkala kalau seseorang buat hardest melalui (stun) fizikal pun, kita sebagai juri dan penonton melihat persembahan itu dengan tidak selesa. Kami pun tidak enjoy.
“Tapi kalau dia buat persembahan yang cukup latihannya, cukup dari sudut vokal dan sebagainya, dia berjaya hypnotized juri; mudah untuk kita memberi markah dan kita juga merasa selesa.
“Penonton juga memainkan peranan kerana sorokan dan sokongan tidak perlu dipaksa. Kita (juri) pun dapat rasa vibe itu dan vibe tidak boleh dibeli,” katanya.
Juri tetap program The Hardest Singing Show (dari kiri) Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Juri, Edry Abdul Halim berkongsi sentimen yang disampaikan oleh Zizan dengan menjadikan persembahan duet Aepul Roza dan Putera Muhammad menerusi lagu Melangkah Lebih Tinggi sebagai contoh terbaik bagi menggambarkan vibe yang dicari-cari oleh pihak juri.
“Persembahan terakhir ‘dua budak jahat’ itu buat (memang) gila-gila. Kita enjoy dan tergerak hati untuk tepuk tangan berdiri dan sebagainya. Itulah yang Zizan maksudkan dengan (vibe persembahan) tidak boleh dibeli.
“Kamu boleh berikan pentas yang cantik, letak 50 orang penari tetapi untuk menaikkan bulu roma orang itu tiada nilainya. Kamu bagilah seseorang lighting cantik (dan) baju RM100,000 letak berlian pun; kalau bulu roma tak naik tak jadi juga,” simpulnya dengan perumpaan mudah tersebut.
The Hardest Singing Show musim pertama mengangkat Aepul Roza sebagai juara sulungnya dengan kutipan markah sebanyak 83.2 peratus diikuti naib juara, Ayda Jebat (80.81 peratus) dan Stacy (75.09 peratus) di tempat ketiga.
Sementara itu, tempat keempat menjadi milik Aisha Retno dengan markah sebanyak 74.69 peratus. Putera Muhammad terpaksa berpuas hati dengan 73.51 peratus untuk menduduki tempat kelima manakala Zizi Kira di tempat keenam dengan 63.69 peratus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini penyanyi Billie Eilish telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia dan akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar tetapi tidak pula dimasukkan Malaysia dalam senarai.
Namun, berita baik yang diterima pagi ini apabila pemenang tujuh kali Grammy Award itu bakal membuat persembahan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos depan.
Penganjuran konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah Asia ‘Happier Than Ever, The World Tour’ yang dinantikan-nantikan peminatnya di Malaysia, termasuklah di Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.
Penampilan ini secara tidak langsung menjadikan Billie Eilish selebriti indie electropop pertama yang membuat kemunculan di Asia. Tiket konsert Jelajah di Amerika Utara, UK dan Eropah memecah rekod apabila habis dijual pada Mei tahun lalu.
Sejak pelancaran single pertamanya Ocean Eyes pada 2015, anak kelahiran Los Angeles ini terus meraih kejayaan demi kejayaan. Breakout Album 2019 penyanyi ini, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? berjaya menduduki tangga pertama di Billboard 200 di Amerika Syarikat serta 17 negara lain di seluruh dunia dan menjadi album yang paling banyak distrim pada tahun itu.
Dibawakan oleh Live Nation Malaysia, tiket pra-jualan boleh mula dibeli esok (24 Jun) pada pukul 10 pagi, diikuti oleh pra-jualan Live Nation Members pada hari Sabtu (25 Jun) 10 pagi. Tiket dijual dengan harga RM308, RM408, RM508 dan RM598.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem atau drama adaptasi sudah tidak asing lagi buat penonton di rumah kerana sememangnya genre nukilan ini mendapat sambutan ramai. Bukan hanya di negara kita, trend adaptasi ini juga popular di seluruh dunia.
Filem dan drama Korea tidak terkecuali diangkat menjadi naskhah adaptasi dan apa yang menariknya, industri di Hollywood juga turut mengadaptasi hasil drama-drama dan filem mereka sebagai hiburan di kaca tv. Tidak dinafikan karya hiburan Korea antara yang terbaik, buktinya ia menjadi pilihan peminat di seluruh dunia.
Berikut kami senaraikan antara filem dan drama Korea yang diadaptasi kepada versi Hollywood. Check this out!
Good Doctor/The Good Doctor
Good Doctor merupakan drama Korea yang bergenre perubatan, dibintangi oleh Joo Won dan Moon Chae Won. Drama ini kemudiannya diadapatasi kepada versi Hollywood dengan judul The Good Doctor.
My Sassy Girl
Filem ini popular sekitar tahun 2001 dan tidak hairanlah jika Fox Home Entertainment mengambil keputusan untuk mengadaptasi My Sassy Girl dengan menggunakan judul yang sama. Dibintangi oleh Jun Ju Hyun dan Cha Tae Hyun, filem ini antara komedi romantis yang paling berjaya dalam sejarah industri hiburan Korea.
II Mare/The Lake House
Filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2000 ini telah diadaptasi oleh Hollywood dengan menukar judulnya menjadi The Lake House dan ditayangkan pada 2006. Ia mengisahkan tentang Jun Ji Hyun yang baru berpindah ke rumah baru dapat berkomunikasi dengan penghuni rumah sebelumnya. Tidak hanya memiliki jalan cerita yang romantis, filem ini juga penuh dengan misteri.
A Tale of Two Sisters/The Uninvited
Filem seram A Tale of Two Sisters ditayangkan pada 2022 dan diadaptasi menjadi The Uninvited pada tahun 2009. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang mengalami kejadian aneh selepas pulang dari rumah sakit jiwa.
Old Boy
Filem thriller misteri yang ditayangkan pada 2003 ini diadaptasi 10 tahun kemudian dengan judul yang sama. Menceritakan tentang seorang suami yang tiba-tiba dituduh membunuh suaminya sendiri.
Into The Mirror/Mirrors
Nampaknya Hollywood sangat gemarkan filem atau drama yang bergenre misteri. Mirrors menceritakan tentang seorang bekas polis dan keluarganya yang menjadi sasaran kuasa jahat dengan menggunakan cermin sebagai pintu masuk ke rumah mereka.
Korang dah tonton kesemua filem dan drama adaptasi Korea ini?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.