Setelah 22 tahun menjadi jenama produk kosmetik dan penjagaan kulit terkenal di seluruh Indonesia, akhirnya jenama Azarine Cosmetic (Azarine) menemui pelanggan di Malaysia bermula bulan Mei 2024.
Azarine yang diasaskan di Indonesia sejak tahun 2002 oleh Puan Yuniati Sastera Kusuma (Miss Yuni) dan Encik Brian Lazuardi Tjahyanto ini sememangnya merupakan salah satu jenama produk kecantikan pilihan di negara seberang itu, tidak kiralah dalam kalangan pelanggan perempuan mahupun lelaki.
Populariti yang dimiliki oleh Azarine pun bukan calang-calang tau! Khabarnya, jenama itu mampu menjual lebih daripada 1,000,000 krim pelindung matahari atau sunscreen pada setiap bulan!
Yes, krim pelindung matahari diketahui umum cukup penting untuk mengelakkan masalah kulit seperti pigmentasii, jeragat, tekstur kulit kasar dan yang paling digeruni setelah meningkat usia, kedutan pada wajah serta leher.
Tambahan pula di negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia, kita semua tahu kepentingan krim pelindung matahari.
Namun, apa yang membuatkan masyarakat Indonesia memilih Azarine berbanding jenama lain?
REMAJA berkesempatan menemui Pengarah Pemasaran Azarine Cosmetic, Marcella Vanessa Tjahyanto pada sebuah majlis pelancaran jenama Azarine di Petaling Jaya baru-baru ini untuk mengetahui ‘rahsia’ yang membuatkan Azarine cukup popular.
Ads
Marcella Vanessa Tjahyanto
“Kami menjual 1 juta sunscreen pada setiap bulan di Indonesia dan mula memperkenalkan sunscreen sejak 4 tahun lepas. Kini, Azarine sudah memiliki pelbagai jenis sunscreen dalam rangkaian kami.
“Rahsianya? Sudah tentu disebabkan inovasi di sebalik produk kami dan kualiti yang kami tawarkan. Majoriti orang ramai merasakan sunscreen itu ‘berat’ teksturnya malah berminyak; lalu membuatkan mereka malas untuk memakainya.
“Dengan teknologi terkini, sunscreen Azarine amat ringan sehinggakan pengguna baharu kami pernah bertanya, adakah produk ini benar-benar sunscreen kerana belum pernah menjumpai sunscreen sepertinya.
“Kini, kami teruja untuk memperkenalkan jenama ini kepada pengguna di Malaysia pula. Tanpa perlukan harga premium, anda masih boleh mendapatkan ‘keputusan premium’ untuk kulit wajah,” katanya.
Tambah Marcella, dirinya yang mempunyai kondisi kulit normal-kering juga memilih produk keluaran keluarganya itu sendiri kerana lebih mempercayai kandungan yang mereka tawarkan.
Bersesuaian dengan kondisi penggguna di rantau Asia Tenggara, Marcella menggunakan Moisture Rich Hydrating Toner, Brightening C Glow Serum, Pure Radiance Barrier Moisturizer dan Hydramax C Sunscreen Serum Spf50 yang mempunyai fungsi pelembap di dalam.
Ads
“Kami ingin mengajak anda untuk sekurang-kurangnya mencuba produk-produk Azarine dan lihat kesannya terhadap kulit anda. Azarine kini sudahpun berada di lebih daripada 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia.
“Sekiranya tidak pasti produk manakah yang bersesuaian dengan kulit anda, sila DM kami di Instagram untuk sebarang pertanyaan anda,” katanya.
Sebagai info, pembuatan kesemua produk kecantikan dan penjagaan kulit Azarine beroperasi di bawah protok ketat yang diperakui ISO bagi memastikan produknya mematuhi kualiti tertinggi.
Selain krim pelindung matahari, Azarine turut memiliki lebih 30 produk merangkumi kategori seperti pembersih, toner, serum & rawatan, pelindung matahari, pelembap dan penyelesaian pencerahan aktif.
Rata-rata hanya dijual bermula RM15 hingga RM25 sahaja. Maka, tiada masalah untuk korang mencubanya hari ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rambut bagaikan aset penting bagi setiap insan. Rambut juga adalah sebuah ‘mahkota’ buat mereka yang bergelar wanita. Maka, rambut adalah aset yang harus dijaga dengan baik agar sentiasa kekal sihat selain ‘menghargai’ ciptaan yang Maha Esa.
Bagaimanapun, kita sebagai manusia secara normalnya tidak dapat lari daripada masalah rambut. Rambut gugur, kering, rosak, jarang dan sebagainya. Ia kadang kala mengundang tekanan terhadap diri kita bagi mengembalikan semula rambut yang sihat seperti sedia kala.
Kini usah bimbang lagi, ini antara pemakanan ‘alami’ yang anda boleh ambil bagi membantu meningkatkan kesihatan rambut malah untuk kulit dan kuku juga:
Variasi minyak ikan seperti salmon dan mackerel mengandungi omega-3 yang dapat membantu memperlambatkan kerosakan rambut. Ikan juga mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit. Zat besi akan disimpan di dalam folikel rambut dan digunakan untuk berbagai proses penting seperti pembuatan hemoglobin, zat dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.
BIJIRIN
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT :
Bijirin dari roti hingga cereal semuanya mengandungi zat zinc, vitamin B dan zat besi. Zinc adalah kunci kesihatan rambut kerana digunakan untuk memperbetulkan hormon dan secara langsung rambut anda akan tampak tebal.
KACANG
MENGURANGKAN KELEMUMUR :
Penuh dengan selenium dan mineral sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala anda. Kacang juga dapat mengurangi masalah kekeringan.
LOBAK MERAH
RAMBUT LEBIH BERSINAR SIHAT :
Sangat terkenal dengan menjaga kesihatan mata. Rupanya lobak merah juga membantu rambut lebih bersinar. Kandungan vitamin A, sayuran ini dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala. Selain lobak merah, sayuran lain yang ada vitamin A seperti tomato, apricot dan bayam.
PISANG
UNTUK MEMELIHARA RAMBUT :
Kekurangan vitamin B6 terbukti berkaitan dengan penipisan rambut kerana vitamin B membantu tubuh menyerap nutrisi dari makanan. Malah, turut mempengaruhi produksi sel darah merah yang membantu memelihara folikel rambut anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasalah bila dah teruk sangat perlu bekerja atau belajar melebihi tengah malam, mulalah linggkaran gelap bawah mata ataupun dark circles mulai mengancam!
Selain daripada kurang tidur, dark circles juga boleh berpunca daripada faktor lain seperti stres dan gaya hidup tak sihat.
Namun, jenis dark circles rupanya berbeza antara satu sama lain. Malah, cara merawatnya pun ada perbezaannya. Cer tengok kalau korang hadapi masalah yang mana.
Warna Keunguan
Ia selalu berlaku kepada mereka yang berkulit cerah. Disebabkan faktor genetik itu, pembuluh darah di bahagian mata ‘menyerlahkan’ lagi dark circles jika mata tak mendapat rehat yang cukup.
Warna Kebiruan
Korang mesti berdepan masalah warna kebiruan ini jika kekurangan tidur. Ini kerana darah tak berjalan dengan lancar kebahagian mata.
Lebih teruk jika bahagian putih pada mata mulai bertukar kemerahan. Solusinya, ‘qada’ tidur! Dan jaga pola tidur korang agar kembali stabil.
Warna kecoklatan
Busted! Korang selalu merasa gatal pada bahagian mata dan mengesat mata dengan kasar.
Seperti masalah kulit kepala, bahagian mata merasa gatal mungkin kerana faktor kekeringan kulit. Untuk mengelak ia dari berterusan, sapukan eye cream atau pakai eye mask pada setiap malam. Produk tersebut boleh memberi lembapan lebih pada mata.
Selain itu, perbanyakan makanan dengan kandungan mineral dan vitamin. Kurangkan makanan yang berminyak okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Ramadan Mubarak ini kita semua diajar untuk menahan lapar dan dahaga. Selain itu kita juga perlu ‘puasa’ dalam banyak perkara sama ada perbuatan, percakapan atau penglihatan.
Bagi ramai orang, mereka turut menjadikan bulan puasa sebagai masa untuk ‘kickstart‘ semula rejim diet dan megurangkan berat badan. Tapi ada juga sesetengah orang yang sambut waktu berbuka dengan penuh ‘meriah’ dengan banyak makanan di atas meja.
Tapi sedarkah korang bahawa ada ramai orang yang berat badan mereka meningkat walaupun berpuasa. Nak tahu kenapa mereka jadi begini?
Nafsu Membeli Makanan
Tiba sahaja bulan puasa terdapat banyak pasar Ramadan yang muncul dengan menawarkan pelbagai juadah. Pada ketika inilah banyak hidangan istimewa menjadi sangat popular berbanding bulan-bulan yang lain seperti murtabak, roti john, tepung pelita dan bermacam lagi. Dan orang yang tak jaga makan mereka akan beli dan balun semua benda sebab nafsu!
Makanan Bergula Terlalu Banyak
Ya, kami faham berbuka dengan makanan manis merupakan salah satu sunnah. Tetapi jagalah pengambilan gula korang agar ia tidak berlebihan. Selang-selikan pengambilan makanan dan minuman bergula. COntoh kalau hari ini korang berbuka dengan cendol (yang manis, berlemak!), keseokannya apa kata cuba berbuka dengan jus buah tanpa gula. Kandungan gula yang banyak dalam badan boleh buat berat badan naik dengan mudah.
Bahana Makanan Bergoreng
Selain makanan dan minuman bergula, makanan berminyak juga merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan. Kalau boleh semasa berbuka atau bersahur, kurangkanlah makanan yang terlalu banyak minyak seperti makanan bergoreng.Jangan kerana minyak kamu naik minyak bila berat badan naik bila nak beraya nanti!
Makan Banyak Kali
Selepas berbuka biasanya korang akan pergi ke surau solat terawih. Dan ramai orang bila habis sahaja solat terawih dia akan balun macam-macam jenis makanan lagi. Bukan tak boleh tapi beringat-ingatlah. Jangan sampai kamu makan terlalu kenyang sampai perut pun rasa kembung. Apatah lagi bila korang makan itu terlalu dekat dengan waktu tidur. Nanti bangun sahur nak makan lagi! Berapa banyak makan daaa.
REMAJA ada perkhabaran yang BETUL-BETUL hebat nak dikongsikan! Jom memeriahkan KARNIVAL KARANGKRAF 2018 #BetulBetulRaya pada 1 hingga 3 JUN 2018 di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. Pelbagai juadah sihat dan pelbagai program akan diadakan khas buat pengunjung seperti korang!
Psstt, kami dengar ramai artis nak datang nanti 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!