Digital Bathroom Scale Displaying a Sad Face

Bulan Ramadan Mubarak ini kita semua diajar untuk menahan lapar dan dahaga. Selain itu kita juga perlu ‘puasa’ dalam banyak perkara sama ada perbuatan, percakapan atau penglihatan.

Bagi ramai orang, mereka turut menjadikan bulan puasa sebagai masa untuk ‘kickstart‘ semula rejim diet dan megurangkan berat badan. Tapi ada juga sesetengah orang yang sambut waktu berbuka dengan penuh ‘meriah’ dengan banyak makanan di atas meja.

Tapi sedarkah korang bahawa ada ramai orang yang berat badan mereka meningkat walaupun berpuasa. Nak tahu kenapa mereka jadi begini?

Nafsu Membeli Makanan

Tiba sahaja bulan puasa terdapat banyak pasar Ramadan yang muncul dengan menawarkan pelbagai juadah. Pada ketika inilah banyak hidangan istimewa menjadi sangat popular berbanding bulan-bulan yang lain seperti murtabak, roti john, tepung pelita dan bermacam lagi. Dan orang yang tak jaga makan mereka akan beli dan balun semua benda sebab nafsu!

IKLAN

Makanan Bergula Terlalu Banyak

Ya, kami faham berbuka dengan makanan manis merupakan salah satu sunnah. Tetapi jagalah pengambilan gula korang agar ia tidak berlebihan. Selang-selikan pengambilan makanan dan minuman bergula. COntoh kalau hari ini korang berbuka dengan cendol (yang manis, berlemak!), keseokannya apa kata cuba berbuka dengan jus buah tanpa gula. Kandungan gula yang banyak dalam badan boleh buat berat badan naik dengan mudah.

Bahana Makanan Bergoreng

IKLAN

Selain makanan dan minuman bergula, makanan berminyak juga merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan. Kalau boleh semasa berbuka atau bersahur, kurangkanlah makanan yang terlalu banyak minyak seperti makanan bergoreng.Jangan kerana minyak kamu naik minyak bila berat badan naik bila nak beraya nanti!

Makan Banyak Kali

Selepas berbuka biasanya korang akan pergi ke surau solat terawih. Dan ramai orang bila habis sahaja solat terawih dia akan balun macam-macam jenis makanan lagi. Bukan tak boleh tapi beringat-ingatlah. Jangan sampai kamu makan terlalu kenyang sampai perut pun rasa kembung. Apatah lagi bila korang makan itu terlalu dekat dengan waktu tidur. Nanti bangun sahur nak makan lagi! Berapa banyak makan daaa.

IKLAN

 

REMAJA ada perkhabaran yang BETUL-BETUL hebat nak dikongsikan! Jom memeriahkan KARNIVAL KARANGKRAF 2018  #BetulBetulRaya pada 1 hingga 3 JUN 2018 di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. Pelbagai juadah sihat dan pelbagai program akan diadakan khas buat pengunjung seperti korang!

Psstt, kami dengar ramai artis nak datang nanti 🙂