
Mungkin ada yang tidak tahu pencarian Hero Remaja sudah pun bermula sejak tahun 1990 lagi. Biasanya, ia akan diselang-selikan dengan Dewi Remaja pada setiap dua tahun.
Diam tak diam, dah 27 tahun program Hero Remaja dianjurkan kemenangan yang diraih Alif Muhaimin baru-baru ini sekali gus menempatkannya selaku Hero Remaja 2017.
Rupanya ramai selebriti lelaki yang asalnya dari platform ini juga.
Jom kita recap semula pemenang daripada kemunculan awal program sehinggalah yang terkini.
Hero Remaja 1990/91
Esma Daniel (Juara)

Badrul Muhayat (Naib Juara)

Azhar Sulaiman (Tempat ketiga)

Hero Remaja 1993/94
Norman Hakim (Hero Favourite)

Hero Remaja 1997
Wan Shalim (Juara)
Ashraf Sinclair (Tempat Ketiga)
Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)
Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)


Hero Remaja 2004/2005
Zawen Anwar (Juara)

Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)

Fizo Omar (Naib Juara)


Hero Remaja 2011/2012

Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat ketiga)
Hero Remaja 2017
Alif Muhaimin (Juara)

Farhan Asri (Naib Juara)

Harris Annuar (Tempat Ketiga)

Nabil Aqil (Hero Favorite)
Adam Yusuf (Hero Inspirasi)

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Viral AME 2019, Jabir Meftah Sertai Sesi Uji Bakat Hero Remaja 2020

Namanya pernah viral selepas kemunculan dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi menarik perhatian penonton. Malah, Remaja juga pernah menemu bual anak muda yang berusia 19 tahun ini, Jabir Meftah.
Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Jabir turut mengambil kesempatan untuk datang ke sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
"Jabir masuk Hero Remaja sebab Jabir nak jadikan semua orang yang pada hari ini seorang juara. Macam mana Jabir nak buat? Kena tunggu.. Hehe!
"Jabir nak buat satu perubahan yang orang selalunya jadikan sebagai satu standard dalam pertandingan. Beauty and brain. Jabir nak bawa pendekatan ketiga iaitu budi bahasa. Semua orang ada beauty dan brain tapi tak semua memiliki budi bahasa,"

"Selain itu, Jabir juga ada misi untuk mengajak anak muda bersama-sama menggiatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kalau kita lihat 50 tahun lepas dan hari ini, boleh dikatakan hampir 50 peratus pokok-pokok telah pun ditebang. Jadi, tahun depan Jabir mempunyai misi untuk menanam 1 juta pokok dan saya perlukan sokongan anak muda untuk menjayakan matlamat ini," jelas Jabir.
Good luck kami ucapkan buat Jabir dan semua peserta uji bakat yang hadir hari ini. Untuk korang yang masih ingin mencuba nasib dalam Hero Remaja 2020, jangan lupa datang esok di hari terakhir uji bakat.
Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
See you guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Naik Haji Pada Usia 20 Tahun, Aiman Zaim Cuba Kekal Istiqamah

Setelah beberapa minggu berada di tanah suci Mekah, tanah suci Madinah dan Arafah, jemaah haji Malaysia pada hari ini beralih lokasi ke Mina.
Ketika masyarakat Malaysia meraikan Hari Raya Aidiladha dengan melakukan aktiviti menyembelih binatang, jemaah di sana pula sedang giat melakukan lontaran jamrah selama tiga hari berturut-turut. Hanya selepas rukun tersebut selesai, mereka akan kembali semula ke Mekah untuk meneruskan beberapa lagi rukun haji.
Bukan mudah untuk seseorang itu mendapat peluang menunaikan haji. Biar sudah mencapai usia emas sekalipun, ada yang masih menantikan giliran mereka untuk dipanggil ke sana. Namun menariknya, salah seorang daripada finalis Pencarian Hero Remaja 2017 iaitu Ahmad Aiman Zaim Bin Mohd Zaid telah menyahut panggilan Allah SWT untuk menghadapNya pada musim haji tahun ini biarpun baru berusia 20 tahun.

Persediaan Fizikal Dan Mental
Pada peringkat umurnya yang masih mencari-cari nilai kematangan diri, Aiman Zaim pada mulanya agak terkejut dengan peluang yang datang itu. Hanya ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun lepas, Aiman menerima perkhabaran bahawa namanya dan abangnya telah didaftarkan oleh ibu bapanya sebagai jemaah haji.
“Nak khabarkan perasaan ketika itu, saya memang speechless dan tak tahu nak rasa macam mana. Excited yes, kerana peluang menunaikan haji hanya datang sekali seumur hidup. Tetapi, saya tak nafikan ada perasaan gementar kerana pada awalnya, saya tak bersedia untuk ke sana.
“Saya tawakalkan diri dengan menghadiri kursus haji walaupun dalam masa yang singkat. Selain daripada memperbanyakkan bacaan mengenai rukun haji, saya juga rajinkan diri untuk bertanyakan pengalaman para jemaah lain yang pernah ke sana ketika menunaikan ibadah Umrah, sebelum ini
Dari situ, sedikit sebanyak saya boleh melupakan rasa gemuruh. Iyalah, haji bukan perkara main-main. Saya perlu bersedia secara fizikal dan mental sebelum, ketika dan selepas selesai menunaikannya nanti,” kata Aiman dalam perbualan telefon bersama penulis.

Sekitar bulan Julai lalu, penulis sempat untuk melihat beberapa posting yang dimuat naik oleh Aiman menerusi fungsi Insta Story miliknya. Ketika itu, dia berada di Masjid Al-Haram, Mekah buat pertama kali. Kongsi Aiman, “Mungkin ini yang dinamakan sebagai kuasa Tuhan. Semasa menjejakkan kaki di Masjid Al-Haram, hati saya terus merasa sayu. Saya rasakan diri ini cukup kerdil. Bukan hanya kerana kagum terhadap keindahan masjid tersebut. Tetapi kerana saya dapat duduk dan memandang terus ke arah kaabah yang terletak di hadapan mata. SubhanAllah,”
Rukun Haji Mencabar Walaupun Untuk Orang Muda
Pada minggu ini, Aiman sudah pun menyelesaikan beberapa rukun haji bersama abangnya serta jemaah Malaysia yang lain. Bermula dengan aktiviti wukuf di Arafah, Aiman kemudiannya bermalam di Mudzalifah sebelum melontar di Jamrah Aqabah. “Semasa melontar tadi, berjuta umat Islam cuba mencari posisi terbaik untuk melakukan lontaran. Cuaca juga agak panas tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.”
Dia turut tak terlepas daripada melakukan Tahalul Awal iaitu aktiviti memotong sekurang-kurangnya tiga helaian rambut atau terus mencukur kepala menjadi botak. Agak-agak, Aiman memilih untuk botak ke tak? Hehe, kita tunggu okay.

“InsyaAllah, esok saya dan abang akan bertolak semula ke Masjid Al-Haram untuk melakukan tawaf Ifhadah,” tambahnya lagi sambil memohon agar followersnya yang kini mencecah 10,544 di Instagram agar mendoakan perjalanannya di sana yang berbaki seminggu lebih saja lagi dipermudahkan.
“InsyaAllah, Aiman akan selesai dengan ibadah haji pada 4 September dan kemudiannya berangkat pulang ke Malaysia pada 12 September,” katanya. Namun apabila ditanya adakah dia sudah bersedia untuk dipanggil dengan gelaran ‘Haji Aiman’, dia sekadar tergelak panjang sebelum berkata, “Pelik sikit lah sebab saya masih muda….jangan panggil tok haji sudah!”
Penulis dan team REMAJA mendoakan agar Aiman Zaim selamat mengerjakan rukun haji yang masih perlu ditunaikan dan seterusnya pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat walafiat, insyaAllah. Bagi korang yang ingin mengundi Aiman sebagai Hero Favourite, klik di http://www.remaja.my/aiman-zaim/ okay. Satu hari, satu vote!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bukan Gementar Tapi Lebih….”, Fazziq Muqris ‘Impikan’ Gelaran Juara

Pencarian Hero Remaja 2021 yang merupakan edisi kesebelas, kini berada di akhirnya apabila Sabtu ini merupakan penentu diantara empat finalis Top 4 iaitu Afiq Hamidon, Aqil Taqee, Amirul Aiman dan juga Fazziq Muqris.
Sekali lagi kami meraikan suara, kuasa dan mewakili kejayaan remaja lelaki di Malaysia. Kurang dari 3 hari menjelang final, penulis sempat bertanyakan tentang perasaan dan harapan kepada salah seorang finalis kita iaitu Fazziq Muqris.

Menurut anak kelahiran Selangor ini, beliau tidak sangka dan sedar yang Pencarian Hero Remaja 2021 ini sudah sampai ke hujungnya. Hal ini juga membuatkan Fazziq lebih teruja dan bangga sampai ke tahap ini. Namun beliau menyatakan selepas Hero Remaja ini barulah pertandingan dan perlawanan yang sebenarnya yang kita perlu berlawan antara satu sama lain untuk menonjolkan bakat kita dalam industri seni Malaysia.
Harapan Fazziq untuk final ini, Insyaalah Fazziq akan buat yang terbaik dan lakukan yang terbaik untuk membanggakan ibu ayah, kawan-kawan dan orang sekeliling.
Fazziq amat bernasib baik dan bersyukur dapat sokongan 100% daripada mereka lagi-lagi daripada ibu ayah dan keluarga. Mereka nampak kepayahan dan keperitan Fazz sampai ke tahap ini. Jadi Fazz ingin memberikan penghormatan ini kepada mereka.

“Mereka dah banyak habiskan duit, tenaga dan beri kasih sayang secukupnya. Jadi Fazz ingin memberikan ‘kemenangan’ ini kepada mereka. Fazziq ingin mereka tahu, anak mereka mampu menjadi ‘Juara Hero Remaja'”,
Harapan Fazziq paling penting ialah untuk membanggakan orang sekeliling Fazz dengan gelaran Juara Hero Remaja 2021 di pentas finale nanti.
” Fazziq nak Juara, ialah tiada siapa nak nombor dua dan tiga. Bagi Fazziq manjadi juara itu bukan mudah, menjadi juara itu memang betul-betul kena buat hardwork, efford, disiplin dan juga pengorbanan.”,ujar Hero Remaja berdarah kacukan ini.
Perasaan menanti malam final nanti yang tinggal lagi dua hari ini, satu perkataan yang boleh Fazziq cakap ialah gementar. Tetapi, di waktu yang sama rasa tak sabar juga sebab pentas itu akan menjadi titik mula Fazz dalam industri seni negara nanti.
“Tapi ia bukanlah gementar takut tapi lebih kepada gementar tak sabar’, Fazziq tak sabar bersama sahabat-sahabat Fazziq di pentas final nanti kerana sahabat-sahabat Fazz masing-masing ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Ini adalah satu games yang mencabar dalam hidup saya yang saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya, jawap Fazziq
Ini apa yang Fazziq nak dalam hidup Fazziq jadi Fazziq tidak akan sia-siakan peluang sekali dalam hidup ini.
“Fazziq pernah kena reject pada audition Hero Remaja 2020 tapi saya tidak putus asa dan mencuba Hero Remaja 2021, saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada dan akan buat sehabis baik. Allah susun sehabis baik rezeki Fazziq. Andai kata bukan rezeki Fazziq menjadi juara Hero Remaja 2021, Fazziq redho dengan rezeki NYA’. akhiri Fazziq Muqris.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite korang di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

