Setelah beberapa minggu berada di tanah suci Mekah, tanah suci Madinah dan Arafah, jemaah haji Malaysia pada hari ini beralih lokasi ke Mina.
Ketika masyarakat Malaysia meraikan Hari Raya Aidiladha dengan melakukan aktiviti menyembelih binatang, jemaah di sana pula sedang giat melakukan lontaran jamrah selama tiga hari berturut-turut. Hanya selepas rukun tersebut selesai, mereka akan kembali semula ke Mekah untuk meneruskan beberapa lagi rukun haji.
Bukan mudah untuk seseorang itu mendapat peluang menunaikan haji. Biar sudah mencapai usia emas sekalipun, ada yang masih menantikan giliran mereka untuk dipanggil ke sana. Namun menariknya, salah seorang daripada finalis Pencarian Hero Remaja 2017 iaitu Ahmad Aiman Zaim Bin Mohd Zaid telah menyahut panggilan Allah SWT untuk menghadapNya pada musim haji tahun ini biarpun baru berusia 20 tahun.
Follow Aiman Zaim di Instagram: @aimanzaym
Persediaan Fizikal Dan Mental
Pada peringkat umurnya yang masih mencari-cari nilai kematangan diri, Aiman Zaim pada mulanya agak terkejut dengan peluang yang datang itu. Hanya ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun lepas, Aiman menerima perkhabaran bahawa namanya dan abangnya telah didaftarkan oleh ibu bapanya sebagai jemaah haji.
“Nak khabarkan perasaan ketika itu, saya memang speechless dan tak tahu nak rasa macam mana. Excited yes, kerana peluang menunaikan haji hanya datang sekali seumur hidup. Tetapi, saya tak nafikan ada perasaan gementar kerana pada awalnya, saya tak bersedia untuk ke sana.
Ads
“Saya tawakalkan diri dengan menghadiri kursus haji walaupun dalam masa yang singkat. Selain daripada memperbanyakkan bacaan mengenai rukun haji, saya juga rajinkan diri untuk bertanyakan pengalaman para jemaah lain yang pernah ke sana ketika menunaikan ibadah Umrah, sebelum ini
Dari situ, sedikit sebanyak saya boleh melupakan rasa gemuruh. Iyalah, haji bukan perkara main-main. Saya perlu bersedia secara fizikal dan mental sebelum, ketika dan selepas selesai menunaikannya nanti,” kata Aiman dalam perbualan telefon bersama penulis.
Majalah Remaja Julai 2017 yang menampilkan Hero Remaja 2017.
Sekitar bulan Julai lalu, penulis sempat untuk melihat beberapa posting yang dimuat naik oleh Aiman menerusi fungsi Insta Story miliknya. Ketika itu, dia berada di Masjid Al-Haram, Mekah buat pertama kali. Kongsi Aiman, “Mungkin ini yang dinamakan sebagai kuasa Tuhan. Semasa menjejakkan kaki di Masjid Al-Haram, hati saya terus merasa sayu. Saya rasakan diri ini cukup kerdil. Bukan hanya kerana kagum terhadap keindahan masjid tersebut. Tetapi kerana saya dapat duduk dan memandang terus ke arah kaabah yang terletak di hadapan mata. SubhanAllah,”
Ads
Rukun Haji Mencabar Walaupun Untuk Orang Muda
Pada minggu ini, Aiman sudah pun menyelesaikan beberapa rukun haji bersama abangnya serta jemaah Malaysia yang lain. Bermula dengan aktiviti wukuf di Arafah, Aiman kemudiannya bermalam di Mudzalifah sebelum melontar di Jamrah Aqabah. “Semasa melontar tadi, berjuta umat Islam cuba mencari posisi terbaik untuk melakukan lontaran. Cuaca juga agak panas tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.”
Dia turut tak terlepas daripada melakukan Tahalul Awal iaitu aktiviti memotong sekurang-kurangnya tiga helaian rambut atau terus mencukur kepala menjadi botak. Agak-agak, Aiman memilih untuk botak ke tak? Hehe, kita tunggu okay.
“InsyaAllah, esok saya dan abang akan bertolak semula ke Masjid Al-Haram untuk melakukan tawaf Ifhadah,” tambahnya lagi sambil memohon agar followersnya yang kini mencecah 10,544 di Instagram agar mendoakan perjalanannya di sana yang berbaki seminggu lebih saja lagi dipermudahkan.
“InsyaAllah, Aiman akan selesai dengan ibadah haji pada 4 September dan kemudiannya berangkat pulang ke Malaysia pada 12 September,” katanya. Namun apabila ditanya adakah dia sudah bersedia untuk dipanggil dengan gelaran ‘Haji Aiman’, dia sekadar tergelak panjang sebelum berkata, “Pelik sikit lah sebab saya masih muda….jangan panggil tok haji sudah!”
Penulis dan team REMAJA mendoakan agar Aiman Zaim selamat mengerjakan rukun haji yang masih perlu ditunaikan dan seterusnya pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat walafiat, insyaAllah. Bagi korang yang ingin mengundi Aiman sebagai Hero Favourite, klik dihttp://www.remaja.my/aiman-zaim/okay. Satu hari, satu vote!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama popular Lelaki Kiriman Tuhan itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Menjengah pada hantaran tersebut, Harris ada memuat naik sekeping foto dirinya sedang mengendong puteri sulungnya yang diberi nama Aura Medina binti Mohd Harris.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
“Alhamdulillah, congratulations Harris & Wife!” komen penyanyi Bella Astillah.
“MasyaAllah, Alhamdulillah tahniah Harris dan isteri,” komen juga pelakon Halim Radzi.
“Alhamdulillah Ya Allah.. Tahniah sahabatku, meleleh sekejap air mata jantan happy lihat awak. Alhamdulillah, semoga Aura Medina membesar menjadi anak solehah , Insya-Allah Amiin Ya Rabb,” komen seorang pengikutnya.
Sekadar informasi, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga isteri tercintanya yang juga pelakon jelita, Asha Merican telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dinafikan, industri seni sering menjadi tumpuan ramai. Baik di Hollywood, Bolllywood mahu pun di negara ini.Apa saja yang dilakukan oleh artis juga menjadi ikutan peminat. Banyak hal negetif dan positif yang ditonjolkan oleh artis ketika bergelar anak seni.
Dalam pada itu, juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020, Dato Hans Isaac yang juga Pengerusi Finas berkata nilai standard seorang artis tidak boleh disama ratakan dengan artis lain.
“Misalannya kalau ada yang berpenampilan negetif, buat hal dan sebagainya tidak seharusnya orang ramai melabelkan semua artis sama. Tidak adil dan kejam kalau kita meletakkan standard begitu dan orang ramai melabel semua artis adalah sama,”katanya menjawap soalan mengapa masih wujud double standard orang ramai mengenai kerjaya sebagai anak seni.
Jelas Dato Hans Isaac, bidang seni adalah satu kerjaya dan mungkin disebabkan penampilan artis lebih banyak diperkatakan, orang ramai membuat persespsi mereka tersendiri.
“Salah satu sebab saya bersetuju menjadi juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 di sebalik kesibukan kerjaya saya yang sentiasa bermesyuarat ialah, saya ingin menyampaikan ilmu yang saya tahu ini untuk bersama generasi muda ini.
“Niat saya, kalau dari 12 penyertaan sekurang-kurangnya 5 darinya satu hari nanti akan ada dalam industri. Kalau tak kenang apa ilmu yang saya curahkan pun tak mengapa tetapi sekurang-kurangnya saya tahu sudah ada pelapis baru dalam industri ini. Kita tidak di mana mereka 10 tahun akan datang dan tak mustahil ada antaranya berjaya mencipta nama ke peringkat lebih besar.
“Namun sebelum itu, mereka kena tahu apa yang mahu cari dalam industri ini. Kalau nak cari glamor itu mungkin salah. Paling utama, kena tahu sebab mengapa mereka memilih berada dalam industri,”katanya yang mengharapkan barisan peserta Pencarian Hero Remaja 2020 ini sukses dalam bidang mereka ceburi.
Pencarian Hero Remaja 2020 menyaksikan Dato Hans Isaac Bersama Scha Al Yahya bertindak sebagai juri tetap pertandingan sementara Ain Edruce terpilih sebagai pengacara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berjaya menempatkan diri ke tempat kelima dalam pencarian Hero Remaja 2020, Haziq Nazimuddin akur dengan kedudukan itu kerana baginya dia tidak memberikan sehabis baik pada malam akhir semalam.
“Semalam adalah hari yang paling Haziq takut dalam seumur hidup kerana selama ni berada di pentas peragaan tidaklah rasa takut seperti ini, sebaliknya saya rasa sangat excited untuk berada di atas pentas. Tapi semalam saya tidak memberikan yang terbaik kerana mungkin ia adalah pertama kalinya muncul secara langsung di kaca televisyen dan ditonton oleh satu Malaysia,”
“Namun begitu, saya berbangga kerana saya masuk dalam pencarian ini adalah untuk berlawan dengan diri sendiri. Dengan menjadi top 5 di peringkat akhir, saya rasa ini adalah pencapaian terbaik dalam hidup saya setakat ini.” jelas Haziq.
“Kesemua finalis telah memberikan persembahan sebaik mungkin dan keputusan juri bagi menempatkan diri di kedudukan masing-masing adalah yang terbaik. Nadhir memang layak bergelar juara, naib juara adalah Umar, Meerqeen pula di tangga ketiga, Jabir berada di tempat keempat, manakala saya di tempat kelima. Saya berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya lagi.
Kenangan bersama ibu dan ayah
Sebelum masuk ke pencarian Hero Remaja 2020, Haziq sudah mempunyai bisnesnya sendiri iaitu gubahan dan penghantaran flower bouquet. Perniagaan ini tetap diteruskan semasa dia berada dalam program Hero Remaja, namun terpaksa dihentikan seketika kerana PKP yang lalu.
“InsyaAllah tidak lama lagi saya akan membuka semula perniagaan flower boy kerana ia sememangnya minat saya dari dulu lagi. Saya tetap akan menggubah bunga dan kalau berkesempatan, saya sendiri juga yang akan membuat penghantaran kepada pelanggan,”
Wah, untunglah lepas ni kalau korang order bunga, Haziq sendiri yang akan berikan kepada korang kan. Hiks!
Haziq juga tetap akan mencari peluang untuk menceburkan diri dalam industri hiburan kerana dia mengaku sudah tidak sabar untuk bekerja bersama-sama orang yang berpengalaman dalam industri.
Tahniah dan selamat maju jaya Haziq. Semoga apa yang diimpikan akan terlaksana dan dipermudahkan semua urusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!