Memang rare kerjaya remaja perempuan ini. Kalau anak gadis biasa  senang  memilih kerja di pejabat berhawa dingin, tetapi  Nurizzati Athira binti Mohamad Yusoff, 21 tahun memang berbeza kerjayanya.

Remaja berani ini merupakan   seorang penyelam komersial dan jurukimpal di laut dalam (welding & cutting).

Remaja berkesempatan menemuramah gadis berani ini. Sejak setahun lalu, dia merupakan jurukimpal laut dalam wanita sekaligus diiktiraf sebagai wanita pertama yang melakukan kerja kimpalan di laut dalam.

Merupakan anak kelahiran Selama, Perak. Kata Izzati, dia dahulunya belajar di Kolej Vokasional Taiping  sebelum ditawarkan oleh majikannya sekarang untuk melakukan kerja-kerja kimpalan di laut dalam.

Upah RM300-RM500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut  Dalam Macam Gadis  Ini?
Izati merupakan jurukimpal laut dalam wanita pertama negara

 

Upah RM300-RM500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut  Dalam Macam Gadis  Ini?
Izzati melakukan demontrasi kerja-kerja welding di laut dalam

Di bawah bimbingan syarikat Weldzone Training Centre Sdn Bhd, yang membuat pelaburan bagi pembelajarannya sebanyak RM50,000, dia patut berbangga kerana menjadi juru kimpal wanita pertama dalam negara terlibat dalam kerja berisiko tinggi ini selain memerlukan kepakaran yang cukup mendalam serta pengetahuan yang meluas.

IKLAN

“Awal-awal dahulu memang susah. Sama juga ketika di sekolah vokasional kerana saya satu-satunya pelajar kimpalan.  Nak bergaul dengan lelaki pun kekok. Tapi saya tak pernah putus asa sehingga terpilih sebagai antara pelajar terbaik.

Seberapa dalam agaknya dia pernah buat ya?
Kata Izzati, dia pernah turun ke kedalaman 30 meter, lebih kurang 20 tingkat bangunan untuk melakukan kerja-kerja kimpalan dan pemotongan. Katanya lagi, biasanya kerja-kerja kimpalan ini dilakukan secara bergilir. Paling lama seorang penyelam atau jurukimpal boleh ada di dalam laut lebih kurang sejam lebih dan selebihnya mereka pernah naik ke atas bagi mengelak sebarang risiko tinggi. Korang berani ke nak lakukan?

Pernah kena electric shock tak?
Semua fahamkan, bila alatan elektrik basah, risiko untuk terkena renjatan elektrik lebih tinggikan. Tapi seperti kata Izzati, dia pernah kena tetapi rasanya taklah hampir tercabut nyawa tetapi hanya cubit-cubit manja seperti digigit semut sahaja kerana semua peralatan elektriknya sudah dilengkapi dengan alatan keselamatan yang cukup tinggi bagi memastikan nyawa jurukimpal selamat.

Upah RM300-RM500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut  Dalam Macam Gadis  Ini?

IKLAN

 

Upah RM300-RM500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut  Dalam Macam Gadis  Ini?

Berapa upah boleh dapat dalam sehari?
Biasa bagi jurukimpal seperti dirinya dan rakan-rakan, kalau di tahap profesional, gaji di antara RM300-RM500 sehari.  Tetapi memandangkan dirinya masih baru masih banyak yang dipelajarinya.

Masa yang sama, dia ada gaji tetap dengan pihak Weldzone Training Center Sdn Bhd dengan purata gaji di antara RM2000- 3000 ke atas. Namun dia biasanya mendapat upah luar berdasarkan kerja dia lakukan. Terkini dia melakukan kerja-kerja memasang net di dasar laut untuk pihak TNB di Selama, Perak. “Kalau ada pihak luar panggil, upah dikira berlainan.

IKLAN

Upah RM300-RM500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut  Dalam Macam Gadis  Ini?Upah RM300-RM500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut  Dalam Macam Gadis  Ini?

Pernah ditawar kerja luar negara ke?
Kata Izzati, ada pihak berminat tetapi dia memutuskan menjadi pembantu pengajar bidang kimpalan dalam air di syarikatnya sekarang yang terletak di  Kawasan Perindustrian Seri Manjung bagi menambah ilmu.Menurutnya, dia bakal meneruskan kursus peningkatan kemahiran dalam bidang kimpalan dalam air di ibu pejabat ITDA di Sepanyol  bagi meningkatkan lagi akreditasi tahap kemahirannya.

Apa petua nak jadi berani?
Nak jadi berani kena kuat berusaha, jangan mengalah, kena kuat mental dan fizikal. So baru usaha berbaloi, katanya anak kedua dari 4 beradik. Bagusnya sejak ada kerjaya yang baik, Izzati banyak membantu keluarganya yang sebelum ini hanya bekerja kampung. Kata orang inilah contoh anak yang baikkan, ada rezeki lebih beri pada keluarga juga.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI