Nak menyiapkan tesis ni bukan boleh dalam masa yang singkat. Banyak perkara perlu diambil kira untuk melengkapkan satu tesis yang baik.
Bagi seorang student, hanya mereka saja yang memahami bagaimana struggle nak mendapatkan ‘literature review’ untuk topik pilihan mereka. Kalau tak cukup info, alamatnya sampai ke sudahlah tesis tu kena reject dengan supervisor korang.
Jadi, untuk membantu memudahkan kerja korang, berikut adalah antara sumber-sumber journal article yang boleh dijadikan rujukan.
Yang ni pun best
Untuk student UITM
Boleh juga cari dekat sini
Ni pun boleh try
Untung student-student sekarang dah ada thread yang boleh bantu korang untuk cari reference nak siapkan tesis. Dah ada yang bagi jalan ni, jangan korang malas pula nak cari ye..
Sumber: Twitter
Duit Tak Pernah Cukup? Ikut 16 Teknik Tabungan Mudah Ni
Hari ini, ramai yang mengeluh tentang wang yang tak pernah cukup. Baru dapat gaji dan belum pun cukup bulan, semuanya sudah habis digunakan tanpa ketahui ke mana cabangnya. Ketika itu, ramai yang membuat pelbagai pinjaman, penggunaan kad kredit dan pelbagai sumber lain.
Disebalik kemelut kewangan, fakta ini mungkin jelas menakutkan kerana setakat tahun lalu seramai 294,000 rakyat Malaysia diisytiharkan muflis selepas terjebak dengan hutang seperti sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman sosial.
Masa yang sama, sebanyak 1.1 peratus individu diisytihar muflis antara 2014 hingga 2016, adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun.
Dalam satu kenyataan akhbar tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata punca utama kemuflisan itu disebabkan hutang kad kredit akibat penggunaan melebihi kemampuan.
“Bagi tempoh Januari hingga September tahun lalu, sembilan individu di bawah usia 30 tahun diisytihar muflis berbanding 3.7 juta pemegang kad kredit.
“Pada 2014, seramai 12 individu bawah 30 tahun diisytihar muflis bagi tempoh sama, 17 orang (2015) dan 22 orang (2016).
Mungkin ramai yang berkata, simpan duit sekurang-kurangnya 10 peratus dari wang gaji dijadikan tabungan. Tapi ramai pula yang memaklumkan gaji mereka kecil dan bagaimana harus penyimpanan dilakukan.
Disenaraikan 16 teknik penyimpanan wang oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai cara menyelamatkan duit.
Ada 16 cara disenaraikan dan mana tahu korang boleh ikut tekniknya.
– Belanja kurang daripada pendapatan setiap bulan
– Fikirkan cara untuk tambahkan pendapatan
– Ubah gaya hidup (dari boros kepada jimat)
– Rancang kewangan anda dengan buku bajet bulanan
– Mulakan menabung dengan duit hijau dan oren (RM5, RM10 dan RM20)
– Bagi pengguna kad kredit, elak bayar minima, bayar penuh
– Tahan tabiat membeli belah, beli bila perlu
– Pupuk tabiat bebas hutang
– Pilih pakej kenderaan yang berpatutan
– Kurangkan riadah di pusat membeli belah
– Kurangkan merokok
– Jadikan tahun ini misi untuk hidup sihat, makan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam
– Ukur baju di badan sendiri
– Kitar semula pakaian terpakai
– Kawal tabiat boros terhadap aksesori kenderaan
– Banyak menggunakan kenderaan awam
Kalau korang dapat buat lima dari 16 perkara disenaraikan bermula sedikit demi sedikit, insya Allah, korang akan lebih menghargai nilai wang yang semakin mengecil sekarang ini.
Kredit : Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
“Macam K-Drama Yang Korang Megahkan Tu..” Peminat Berang Pengarah Tempatan Perli
Setiap kali pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat muncul dengan drama televisyen baharu, pasti ada saja perkara berbangkit yang akan membuatkan nama drama arahannya itu tular.
Jika sewaktu drama sekuel Nur 2 ditayangkan tahun lalu, semua tertarik dengan cara pelakonnya, Uchee Fukada bermulut bertih sehingga tular dua kali.
Tak kurang juga semasa drama Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz ditayangkan. Sekali lagi nama Budak Ijat menjadi bahan warganet setelah babak koma di wad hospital dikatakan tidak menggunakan peralatan perubatan yang betul. Babak Mira bermain gitar di sebelah suaminya yang telah koma juga tak terlepas daripada dijadikan ‘bahan’.
Kali ini, Budak Ijat muncul dengan drama yang sedang ditayangkan di saluran TV3, Takdir Yang Tertulis dan sekali lagi, penulis sudah dapat mengagak akan ada babak yang akan menjadi pertikaian warganet.
Ia melibatkan episod sembilan di mana Ean (Alvin Chong) bertindak keluar dari kereta dan cuba mengejar peragut yang menyerang Juweta (Nad Zainal) namun gagal.
Apa yang menjadi pertikaian adalah mengapa Ean tidak mengejar motosikal peragut itu dengan keretanya saja?
— No Context Malaysia (@mynocontext) February 4, 2021
Dalam satu muat naik di Instagram oleh Budak Ijat, beliau mengakui akan kesilapan pada skrip tersebut “dengan harapan penonton tak perasan”.
Malah beliau menganggap kesilapan itu adalah kesan daripada penggambaran yang memakan masa terlalu lama sehingga ke waktu tengah malam; hinggakan logik di sebalik babak tersebut tidak terfikir dek akal semasa berada di set.
Okay je lah sekiranya Budak Ijat memahami mengapa warganet mempertikaikannya. Semua drama tak sempurna, pasti ada cacat celanya.
Apa yang kurang enak adalah apabila beliau seakan memerli penonton di Malaysia terutama peminat K-drama dengan berkata kesilapan pastinya dilakukan oleh mana-mana produksi.
“It is okay. Ini menunjukkan drama Takdir Yang Tertulis ini tidaklah hebat mana pun. Ia tetap penuh dengan kesilapan sama dengan drama-drama lain termasuklah drama Korean yang korang megah-megahkan sangat tu,” catatnya.
Apa lagi gaiss, melentinglah peminat K-Drama bila membaca kenyataan tesebut.
@Arezhami berkata, “Admit ada flaws cantik dah, tapi perli audience memang silap bro.”
o@xhjtbz_ pula beranggapan, “Kalaulah drama Korea buat kesilapan macam ini, silap-silap rating jatuh teruk kena kecam. Nak compare pun agak-agaklah.”
Seperti ramai warganet, @MiryoAmran tidak memahami sentimen perbandingan yang dilakukan. “Apa kaitan dengan drama Korea pula ni?”
Kata @bstforc pula, “A very big mistake compare drama Korea dengan drama Melayu. Their pre-production must be detailed. Bukan megahkan but we choose the best to entertain us. I wish he will get new ideas and make better drama.”
Hhm, bila satu dah bersuara, memang segerombolan lah yang akan datang menyerang Budak Ijat.
Apapun, ini bukanlah kali pertama beliau menerima komen seperti ini daripada penonton.
Asalkan drama Takdir Yang Tertulis ini masih menjadi pilihan penonton sejagat dan sering menguasai trending topic di Twitter semasa ditayangkan, kira hebatlah tu penangan idea Budak Ijat. Publisiti percuma dapat, rating pun dapat.
Hanya Sejam Sesi Taaruf, Da’i Syed Temui Cinta Sejati Dalam Diri Hana Ismail
Pendakwah selebriti dan penyanyi, Da’i Syed yang baru sahaja bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Hana Ismail, Sabtu lalu tampil berkongsi saat perkenalan mereka berdua.
Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Da’i Syed memaklumkan detik pengenalan bersama isteri tercinta yang juga pengacara televisyen tersebut hanya mengambil masa yang singkat.
Katanya, mereka cuma mengambil masa satu jam sahaja bagi sesi bertaaruf (mengenali satu sama lain) dan tujuh hari kemudian diluang untuk melakukan istikharah.
Hanya selepas itu, Syed dan ahli rombongannya bertemu dengan keluarga pihak wanita bagi menghalalkan hubungan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengacara TV AlHijrah, Hana Ismail Jadi Gadis Pilihan Da’i Syed?
Dalam pada itu, Syed mengharapkan perkahwinan mereka ini dapat melengkapi kekurangan antara satu sama lain.
“Demi tuhan! Kami tidaklah berkenalan lama, hanya ‘satu jam’ bertaaruf dan tujuh hari istikharah.
“Kemudian bertemu dengan keluarganya untuk menghalalkan dia. Jodoh ini sangat misteri. MasyaAllah! Semoga dia melengkapi kekurangan ku. Insya-Allah,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, pasangan dua sejoli itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Mas’ud, Jalan Damai pada jam 11.43 pagi.
Da’i Syed dan Hana sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 16 November lepas. Namun momen tersebut tidak dihebahkan kepada mana-mana pihak luar termasuk penggiat media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & kredit foto: Instagram Da’i Syed