Kemenangan skuad negara dalam acara bola jaring di temasya Suka Sea 2017 secara tak langsung menaikkan nama penjaring utama atau Goal Shooter (GS), An Najwa Azizan.
Walaupun anak muda ini sudah menceburi sukan bola jaring sejak 2013, namun mungkin kerana kurangnya pendedahan di media membuatkan ramai yang tidak tahu tentang kehebatan yang dimiliki oleh An Najwa.
Abah aku baru layan bola jaring kejap ja dah kenal dah An Najwa
Tidak ada yang menyangka pembabitannya dalam sukan ini mampu mengubah status sebagai wira negara apabila menjadi tonggak utama skuad bola jaring negara dalam merampas emas Sukan SEA daripada Singapura selepas menewaskan lawan itu 65-41 pada aksi final baru-baru ini.Satu kejayaan manis yang ditempa apabila misi menamatkan kemarau 16 tahun akhirnya tercapai jua.
Menyentuh soal bermulanya karier An Najwa dalam sukan bola jaring, gadis ini berkata ketika di sekolah rendah, dia lebih cenderung dalam sukan lompat tinggi.Namun, segalanya berubah kerana pembabitannya dalam bola jaring bermula tujuh tahun lalu ketika diajak menyertai latihan bertukar menjadi rasa cinta baru terhadap sukan tersebut.
IKLAN
Jika korang mahu berkenalan dengan lebih rapat dengan An Najwa ni, meh REMAJA nak share sikit info tentang atlet hebat ini.
An Najwa Azizan:
1. Dilahirkan pada 9 Ogos 1997, anak keempat daripada lima beradik.
2. Berketinggian 178 sentimeter (5’10inci)
IKLAN
3. Mewarisi bakat bersukan daripada ayahnya, Azizan Azmi yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.
4. Sebelum bola jaring, aktif dalam sukan olahraga, khasnya acara lompat jauh.
5. Memiliki 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.
6. Dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.
Sumber: Berita Harian & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik isu pengakuan terbuka bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdul Aziz bahawa dirinya adalah individu yang dimaksudkan dalam video intim itu, mulai semalam kita mulai belajar satu perkataan yang sangat jarang diguna pakai sebelum ini.
Bila akhbar-akhbar utama menggunakan ayat SEMBURIT dan BERSEMBURIT, ada tanda-tanda lucu dalam diri kita. Ramai yang ketawa berdekah-dekah kerana beranggapan maknanya sangat lucu dan sedikit kotor. Tak hairanlah, kita mula membelek Kamus Dewan untuk mengetahui maksudnya.
Pencarian REMAJA dalam Kamus Dewan edisi Ke empat, SEMBURIT DAN BERSEMBURIT membawa makna yang sama iaitu persetubuhan sesama lelaki; bersemburit bersetubuh sesama lelaki.
Tapi awas ya, jangan disebabkan perkataan burit, otak kita menerawang jauh-jauh. Ini kerana burit atau buritan dalam kamus Dewasa Edisi Kedua langsung tidak ada kaitan dengan perlakuan sesama jenis tetapi ia membawa makna bahagian belakang (kapal, perahu dan sebagainya).
Besar bezanyakan! Hikz!
Ternyata bagi negara jiran yang juga serumpun, Indonesia, ayat semburit dan bersemburit ini diguna pakai oleh masyarakat di sana.
Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), semburit membawa makna persetubuhan sesama lelaki; perjantanan;
Bersemburit pula membawa maksud bersetubuh sesama lelaki; main berjantan.
Jadi, kalau mana-mana merasakan ayat semburit atau bersemburit itu salah ditulis atau membawa maksud lucu, tapi ayat itu sebenarnya memang ada dalam kamus dewan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pagi ini sidang Parlimen “dipanaskan” dengan pertanyaan BN Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang bertanyakan sama ada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bertindak tegas terhadap golongan LGBT dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Ternyata, di sebalik media sosial yang mempersoalkan, dimomokkan dengan golongan ini ternyata jawapan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengenainya boleh dijadikan panduan.
Jelas Datuk Muhajid Rawa, undang-undang negara ini tidak membenarkan komuniti lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) mengamalkan gaya hidup mereka.
Perkara itu termaktub dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28, Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa.
“Pada masa sama, atas asas perlembagaan persekutuan, hak asasi manusia dan warganegara sentiasa dipelihara berdasarkan asas dan acuan Malaysia yang meletakkan Islam agama Persekutuan, dalam kata lain, golongan ini tidak boleh ditindas di tempat kerja, dianiaya dan dizalimi.
“Kita ada statistik 80 peratus golongan mak nyah terlibat dalam industri seks. Kalau kita mendiskriminasi golongan ini di tempat kerja, mereka akan terus berada dalam industri tersebut, sedangkan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan mereka daripada industri tersebut,” katanya.
Beliau yang bertanggungjawap terjadap portfolio hal ehwal agama berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).
Sehari dua ini ramai aktivitis, doktor, pakar motvasi, ahli agamawan dan lapisan masyarakat membicarakan soal seorang lelaki, Che Abdul Karim Che Hamid, 41 berasal dari Gua Musang yang mengaku telah bernikah dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada raya ke-4 di Thailand.
Kes ini tular dan mendapat liputan meluas selepas madu ke-2 iaitu Effa Zulkifle telah menyiarkan kisah perkahwinan suaminya buat kali ketiga dengan kanak-kanak, Ayu yang juga warga Thailand dan perkahwinan ini berlaku akibat kemiskinan di mana kedua ibu bapanya penoreh getah dan Che Abdul Karim adalah peraihnya.
Lebih memeranjatkan, Ayu turut berkawan dengan anak-anak lelaki berkenaan sebelum menjadi isteri ketiga. Lebih kontroversi dalam temubual bersama Harian Metro berkata walaupun ramai yang menentang perkahwinan ini, namun dia tidak akan lepaskan isteri ketiga hanya kerana desakan pelbagai pihak. Jelasnya, perkahwinannya sah di sisi agama walaupun salah dari segi undang-undang,”
Dalam pada kita membicarakan perkahwinan “tak masuk akal ini”, Pakar Obestetrik & Ginelokologi, Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist ketika diminta mengulas dari sudut perubatan berkata, tiada masalah jika penestrasi (kemasukan @ hubungan kelamin) berlaku kerana vagina bersifat elastik.
“Tiada koyakan besar seperti kes rogol sebaliknya jika doktor memeriksa, hanya koyakan selaput dara terjadi. Ini bagi kes-kes sumbang mahram yang pernah saya handle dulu.
“Kalau dia sudah baligh, tiada masalah walau usianya muda. Seandainya dia tidak pernah datang haid, ia sama juga. Ada ketika usia nampak muda tetapi ada kanak-kanak akan kelihatan matang seperti gadis remaja,” katanya ketika dihubungi.
Ditanya apa risiko mengandung di usia muda, kata Dr Noorashikin, ada dua risiko. Pertamanya tulang punggung belum matang dan tidak terbuka, ia memberikan kesan semasa proses meneran.
“Keduanya disebabkan tulang punggung tak matang, untuk menyelamatkan nyawa ibu, pembedahan adalah pilihan utama. Kanak-kanak susah untuk bersalin secara normal berbanding orang dewasa kerana dua aspek di atas. Ini dua sebab mengapa gadis di bawah umur tidak digalakkan mengandung dan melalui proses bersalin berbanding wanita matang,” katanya.
Dalam pada itu, jelas Dr Noorashikin, apa yang dibimbangi selain tulang punggung tidak terbuka selain perlu melalui proses pembedahan, kanak-kanak juga biasanya akan terganggu dari aspek emosi.
“Mungkin dia kurang faham tentang perlu menjaga anak dalam usia muda, menguruskan rumah tangga, perlu melalui pelbagai perkara selain banyak aspek dari segi emosi dan mental yang perlu dijaga,” kata Dr Noorashikin yang berkata, seandainya bersalin di bawah usia 12 tahun, ibu masih boleh menyusukan anak kerana payudara akan memproses susu ketika proses mengandung.
“Mungkin payudara agak kecil tetapi susu tetap boleh dihasilkan. Lain-lain proses terutama organ intim wanita boleh menerima apabila penestrasi berlaku. Ia sama seperti wanita atau remaja bersalin. Banyak kes-kes sumbang mahram melibatkan usia muda dan mangsanya adalah kanak-kanak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, kes ini terus menjadi kontroversi kerana isteri kedua, Effa dalam fbnya menulis, dia dan madunya (isteri pertama) memberi bayangan akan bercerai dan menjaga sendiri anak-anak. Malah ramai netizen yang mendoakan agar dirinya kuat kerana rata-rata mereka seakan tidak percaya seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini kanak-kanak berusia 11 tahun.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datin Seri Wan Azizah Ismail dalam kenyataannya hari ini meminta agar perkahwinan ini dibubarkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, status mereka tidak sah kerana prosesnya bercanggah dengan Enakmen Keluarga Islam yang menggariskan sebarang perkahwinan bawah umur, iaitu 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun untuk lelaki, perlu mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.
Justeru, beliau berkata, pasangan terbabit perlu dipisahkan segera walaupun perkahwinan mereka diwalikan bapa kanak-kanak perempuan itu yang difahamkan berasal dari selatan Thailand.
Katanya dia telah merujuk kes ini dengan seorang hakim Mahkamah Syariah yang menjelaskan perkahwinan mereka tidak sah kerana bercanggah dengan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebagai remaja seharusnya kita melalui alam penuh keindahan ini dengan pelbagai cara dan bukannya dibebani dengan soal menjadi terlalu dewasa dengan terlalu cepat. Sebarang masa yang berlalu tak akan boleh berulang kembali.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai...