Nampaknya, memang tidak mudah untuk selebriti Hollywood mengawal emosi mereka daripada diganggu.

 

Terbaru, penyanyi kacak berusia 19 tahun, Shawn Mendes mengejutkan banyak pihak apabila dia mengakui sedang menjalani rawatan terapi untuk menstabilkan emosi dan mentalitinya.

Walaupun dari luaran, Shawn kelihatan gembira dan keeping-it-together, rupa-rupanya dia mengadapi isu selalu memendamkan perasaan dan emosi sehinggakan ia membuak-buak di dalam.

Shawn Mendes Pula Jalani Terapi Psikiatri, Ikut Jejak Langkah 3 Selebriti Muda Lain

“Selama ini, saya selalu menutupi masalah daripada pengetahuan semua orang. Tetapi sekarang saya sedar, cara terbaik untuk menyelesaikan gangguan emosi adalah untuk meluahkan apa yang saya pendamkan kepada orang yang dekat dengan saya,” katanya ketika ditemu ramah oleh akhbar The Sun.

Tidak hairanlah, single terbaru Shawn iaitu In My Blood kedengaran sedih jika korang betul-betul amati liriknya.

Buat masa sekarang, Shawn telah bertemu therapist beberapa kali untuk mengalihkan perhatian daripada masalah emosi dalaman.

IKLAN

 

* * * * *

 

Shawn Mendes bukanlah selebriti remaja pertama yang memerlukan bantuan terapi untuk masalah emosi. Ada ramai lagi sebenarnya, namun tiga orang selebriti ini adalah antara yang paling diperkatakan.

Shawn Mendes Pula Jalani Terapi Psikiatri, Ikut Jejak Langkah 3 Selebriti Muda Lain

Selena Gomez

Pada usia 24 tahun, penyanyi Hands To Myself ini telah banyak menghabiskan masa dalam radar Hollywood setelah dia menceburi bidang lakonan melalui Disney pada usia yang cukup muda.

Selena merupakan Instagrammer dengan pengikut paling ramai di dunia. Namun itu tidak bermakna dia merasa bahagia secara dalaman. “I was depressed, anxious and lonely. Saya mula hadapi panic attack sebelum menaiki pentas atau selepas turun dari pentas.

IKLAN

Lalu, Selena mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri di sebuah pusat rawatan di Tennessee selama 90 hari untuk terapi individu, berkumpulan dan menggunakan sukan berkuda untuk mententeramkan emosi.

 

Shawn Mendes Pula Jalani Terapi Psikiatri, Ikut Jejak Langkah 3 Selebriti Muda Lain

Demi Lovato

Seorang lagi bintang Disney yang dilanda masalah emosi, Demi merupakan antara selebriti yang begitu terbuka untuk berkongsi pengalamannya semasa menghadiri sesi terapi.

Dia masih berkunjung ke pusat terapi sekerap dua kali seminggu. Bukan hanya untuk menstabilkan emosinya malah untuk membantu pengunjung lain yang menghadapi masalah yang sama.

“Kadangkala, saya renungkan semula dan saya bersyukur kerana masih hidup,” katanya kepada Teen Vogue.

IKLAN

 

Shawn Mendes Pula Jalani Terapi Psikiatri, Ikut Jejak Langkah 3 Selebriti Muda Lain

Tyler Posey

Pelakon kacak ini juga mengakui dia berdepan dengan pelbagai isu dalaman setiap hari sehinggakan dia perlukan bantuan terapi.

“Seperti pesakit lain, saya juga berdepan dengan banyak isu dalaman walaupun ketika berada di pusat terapi. Ini kerana stigma ‘berada di pusat terapi’ seolah-olah kamu berpenyakit seperti orang gila.

“Namun, jujurnya saya merasa semakin selesa apabila dapat berkongsi masalah dengan seseorang yang sudi mendengar. Seseorang yang tidak mempunyai kaitan dengan saya. I think everyone should try it out,” katanya.

 

* * * * *

Shawn Mendes Pula Jalani Terapi Psikiatri, Ikut Jejak Langkah 3 Selebriti Muda Lain

Apa yang pasti, masalah emosi dan mental bukanlah penyakit yang tidak boleh dirawati. Kalau korang menghadapi tekanan emosi secara tiba-tiba, jangan teragak-agak untuk mendapatkan khidmat bantuan seperti Shawn Mendes dan tiga selebriti lain ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI