Perambil alihan jawatan Menteri Pendidikan oleh Dr. Maszlee Malik daripada Tun Dr Mahathir punya impaknya kepada netizen.
Ada yang tidak bersetuju kerana beranggapan Tun M harus kekalkan saja keputusan awal tersebut memandangkan beliau mempunyai kredibiliti ke atas masa depan pelajar. Sentimen ini melarat sehingga membawa kepada kewujudan sebuah petisyen online iaitu di change.org
Namun, majoriti menyambut baik disebabkan dua perkara. Satu, Tun Dr. Mahathir telah mengakui wujudnya poin di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia tidak boleh memegang jawatan menteri di dalam kabinet dan netizen seharusnya menghormati poin tersebut.
Dan keduanya, Dr. Maszlee memiliki pengalaman sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat untuk badan pemikir, iaitu IDEAS. Oleh itu, beliau mempunyai idea asas mengenai hala tuju pendidikan negara buat masa ini.
* * * * *
Apa-apa pun, Dr. Maszlee dalam temuramah terbaru bersama Astro Awani malam tadi telah mengemukakan 4 idea yang ingin difokuskan oleh beliau selain mengubah sistem berorientasikan peperiksaan yang dilihat rigid. Apakah idea itu?
01
Pentingkan konsep pembentukan karakter untuk menghasilkan pelajar yang berinovasi dan kreatif.
02
Pendidikan berkualiti akan diberikan kepada SEMUA, termasuklah golongan kurang berkemampuan di bandar dan luar bandar.
03
Beban guru akan dikurangkan dengan adanya sokongan pembantu pengajar dan kelas yang akan dikecilkan.
04
Studying should be fun! Pembelajaran dan pengajaran baru ini akan dijadikan lebih seronok dan menggembirakan.
Apa pendapat korang?
Apakah lagi pembaharuan yang dirasakan relevan seiring dengan perubahan zaman dan teknologi sekarang?
Biggest SNUBS! 5 Lagu Yang Pendengar Rasa Patut Sertai AJL35
Sukar sekali untuk kita puaskan hati semua orang bukan?
Keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 semalam telah mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dengan pemilihan kesemua lagu tersebut dan merasakan ia membawa angin perubahan dalam industri muzik negara.
Namun, tidak kurang juga yang merasakan ada beberapa buah lagu yang lebih layak menempah tiket ke pentas berprestij itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35, Siapa Favourite Korang? – REMAJA
Entah di mana silapnya, lima buah lagu ini terkandas di peringkat separuh akhir selepas penilaian dilakukan oleh juri. Harapan yang besar hadir daripada pencinta muzik tempatan, dan penyanyi telahpun membuat sehabis baik untuk menggalas karya sang pencipta lagu. Malangnya, rezeki tidak menyebelahi mereka.
Ini merupakan 5 buah lagu yang pendengar rasakan harus diberi peluang dan boleh melakukan sesuatu yang menakjubkan di Anugerah Juara Lagu 35.
Sembah
Penyanyi: Naim Daniel ft Man Kidal
Ciptaan: Naim Daniel & Iqie Hugh
Biarpun muat naik di Instagram Naim Daniel semalam menampakkan seakan dirinya kecewa dengan keputusan tersebut, penyanyi remaja itu menidakkan tanggapan itu. Dia memilih untuk memandang ke sudut positif dan berpendapat juri lebih tahu apa yang mereka lakukan.
Sembah merupakan salah sebuah lagu yang diperkatakan sepanjang tahun 2020. Kolaborasi nama muda seperti Naim dan Man Kidal, seorang lagenda gitaris dalam industri muzik Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang segar; seperti yang sering dilakukan oleh penyanyi luar negara.
Sembah berkisarkan lelaki yang telah memberikan segalanya kepada si kekasih, namun pemberian tetap tidak dihargai.
Sebentar
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Ciptaan: Faizal Tahir, Mike Chan, Mage & Romeo
Genre rancak jarang sekali didendangkan oleh Dayang Nurfaizah dewasa ini. Lalu, Sebentar ini ibarat pengubat rindu kepada peminat yang telah lama mengikuti graf seni penyanyi kelahiran Sarawak ini sejak awal 2000-an.
Ritma lagunya menarik, interaksi Dayang bersama penyanyi latar semasa di peringkat separuh akhir juga menaikkan semangat penonton untuk terus melekat pada skrin sehingga ke not terakhir.
Namun, bukan rezeki juara AJL31 ini untuk mara memberikan seri saingan pada tahun ini.
Tentang Rahsia
Penyanyi: Shila Amzah & Judika (digantikan dengan Afif Tirmizie)
Ciptaan: Farouk Roman & Amylea
Garapan Farouk Roman sudah sinonim dijadikan lagu runut bunyi drama. Tak hairanlah apabila Tentang Rahsia yang menjadi penguat kepada drama Adellea Sofea menjadi salah satu lagu harapan.
Tentang Rahsia dihasilkan dari jalan cerita drama tersebut yang sarat dengan rasa romantik dan sedih. Liriknya ringkas tanpa perkataan yang terlalu ‘berbunga’. Namun itulah kekuatan Tentang Rahsia yang mudah menangkap pendengar untuk benar-benar menghayatinya.
Terik matahari, kan mengintai
Gelap yang sembunyikan teduhmu
Like, who writes songs like this anymore?! Disebabkan itulah, kami terkilan apabila ia tidak berjaya ke AJL ke-35
Sakit
Penyanyi: Yonnyboii & Zynakal
Ciptaan: Yonnyboii & Zynakal
Sakit merupakan salah satu karya paling popular pada tahun ini.
Tidak keterlaluan sekiranya penulis berpendapat bahawa 2020 telah membawa sinar baru dalam industri muzik in the form of Yonnyboii. Sebagai pencipta lagu dan penyanyi generasi terkini, Yonny tidak sekadar bergantung harap pada teknologi bunyi dalam penghasilan lagunya.
Sakit umpamanya merupakan sebuah lagu dengan makna mendalam bukan saja buat Yonny tetapi Zynakal. Ia dicipta untuk menulis isi hati penyanyi itu. Isu depresi yang dihadapi Zyn bukan perkara mainan dan Sakit di sini membawa erti bermakna buatnya.
Bagaimanapun, itu semua mungkin tidak cukup buat juri. Bak kata ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35 iaitu Azmeer semalam, Sakit adalah lagu popular dan bukan lagu pertandingan; meskipun beliau menyukainya.
Takdir Tercipta
Penyanyi: Hafiz Suip & Adira
Ciptaan: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Dalam banyak-banyak comeback yang memijak pentas SFMM35, ini merupakan comeback paling kami nanti-nantikan. Kelibat Hafiz dan Adira di AJL menerusi lagu berhantu, Ombak Rindu pernah mencipta magis yang sukar digambarkan.
Kehebatan vokal dan penghayatan mereka berdua usah dipertikaikan lagi. Lagu Takdir Tercipta juga ‘senang’ pada halwa telinga pendengar. Sekiranya Hafiz dan Adira ke pentas akhir, kami dapat bayangkan bagaimana mereka berdua akan menjadi salah satu saingan sengit untuk 11 lagu peserta lain.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
15 Tahun Jadi Lokasi ‘Dating’, Pawagam GSC Times Square Umum Tutup
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan ekonomi pelbagai jenis sektor merudum dalam tempoh setahun ini.
Salah satu sektor paling terjejas akibat keadaan ini adalah sektor perfileman apabila kebanyakan filem yang dijadualkan menemui pawagam pada tahun lalu terpaksa menundakan tayangan mereka ke tahun 2021.
Bukan hanya pihak produksi yang berdepan tekanan ini, tempiasnya turut dirasai oleh industri pawagam di Malaysia apabila pada satu ketika, pawagam di seluruh negara terpaksa mengambil keputusan untuk menutup kesemua cawangan di seluruh negara berikutan kunjungan merosot.
Terbaru, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan penutupan dua buah cawangan mereka yang telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Penutupan itu melibatkan cawangan GSC Cheras Leisure Mall dan GDC Berjaya Times Square.
Percaya tak, masing-masing telah beroperasi sejak tahun 1995 dan 2005!
Menurut GSC, penutupan ini adalah kesan daripada arahan diperketatkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
“Dengan ini, kami secara ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pengunjung yang telah menyokong GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square. Ikuti perkembangan pembukaan semula pawagam di Lembang Klang menerusi media sosial kami. Kami tidak sabar untuk menerima semula kunjungan anda ke pawagam kami dalam masa terdekat,” catat mereka.
Muat naik tersebut disusuli oleh pelbagai komen warganet yang mengimbas semula memori mereka di GSC Times Square dan GSC Cheras Leisure Mall
.
.
Tengok Wayang Setiap Hari Rabu
.
Mesti Kunjung Semasa Tahun Baru Cina
.
Pernah Tonton Pacific Rim Secara Percuma
.
Selalu Lepak Seorang Diri
.
Tempat Dating & Lepak Dengan ‘Member’
*
Thank you for the memories! Harapnya tiadalah lagi pawagam epik seperti kedua-dua lokasi ini yang akan ditutup selepas ini.
Untuk pengetahuan pada pertengahan bulan Disember 2020, GSC telahpun membuka semula sembilan cawangan pawagam mereka setelah kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan kepada pergerakan rakyat.
Berita Baik Untuk Kaki Wayang, 9 Lokasi Pawagam GSC Dibuka Semula – REMAJA
9 ‘Port’ Cendol Durian Di Lembah Klang Yang Wajib Kamu Cuba
Jika di Korea Selatan, masyarakat di sana suka untuk ‘memanjakan’ diri dengan menikmati hidangan desert ‘Bingsu’ yang mempunyai susu cair, jeli hijau seperti cendol, kacang, jagung dan sebagainya. Di Malaysia pula, kita wajib berbangga dengan cendol durian!
Sejak ditularkan oleh gerai Rojak & Cendol Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam, sekarang seluruh Lembah Klang sudah mempunyai port menarik untuk korang nikmati cendol durian. Mungkin rasanya akan berbeza dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi esennya masih durian dan cendol.
REMAJA senaraikan 9 port menarik di sekitar Lembah Klang untuk korang cuba. Kami sendiri telah ke beberapa tempat ini dan rasaya memang oomph lah!
Cendol Durian Power, Kampung Baru
Yass, ini merupakan tempat popular bagi warga Kuala Lumpur yang sedang OTW balik dari tempat kerja. Terletak di Jalan Raja Alang, cendol durian di sini cukup popular sehinggakan kami pernah terserempak dengan pengunjung dari Seremban yang sanggup ke sini untuk menikmati cendol durian, wow! Semangkuk cendol durian dijual pada harga RM12 manakala bagi yang nak tapau, ia berharga RM14. IG: @nur_asyhikin
Cendol Durian Taman Bolton Sri Gombak (Mels Corner)
Okay, sebelum korang kecam kenapa harga cendol durian di sini (RM15) lebih mahal daripada tempat lain, korang kena cuba dulu rasanya. Memang mengancam bagi penggemar durian dan penggemar cendol bagi yang nak order cendol biasa. Terbaru, penulis juga diberitahu ada sistem drive thru di sini untuk pengunjung. Kelas! IG: @kuiskandarsyah
Rojak & Cendol, Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam
Sebagai peneraju kepada raja segala cendol durian, Rojak & Cendol merupakan idea genius Mohd Hafez Hamed yang memutuskan untuk menambah durian sebagai salah satu pilihan cendol yang ada. Kali terakhir penulis kunjungi Rojak & Cendol (semalam), harga untuk semangkuk durian cendol adalah RM27. Namun janganlah terkejut kerana mereka ada menyediakan beberapa jenis durian. Ada yang lebih murah sedikit daripada durian D24. Biasalah, harga D24 pun dah mencecah RM90 ke atas. Terpaksalah bayar kalau nak yang sedap, kan? Apapun, rasa dia memang terbaik! IG: @mek_ood
ABC Durian Tok Mat’s Cafe, Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam
Kalau korang masih bukan merupakan peminat cendol atau ABC Durian yang tegar, atau masih tak tahu nak buat pilihan cendol yang mana, kami syorkan lokasi ini. Bukan hanya satu perisa tapi sampai dua sekali mereka berikan! Durian campur dengan mangga, hebat kan. Dekat sini pun ada disediakan Coconut Shake Oreo yang sedap. IG: @tokmatscafe
Durian King Cendol TTDI
Port ini sebenarnya sudah menemui orang ramai sejak tahun lepas. To be honest, rasanya tidaklah se-masyuk yang kami harapkan pada peringkat awal. But (that is a BIG but), mereka tidak sama sekali berhenti daripada memperbaiki rasa durian cendol di sini sehingga sedap dan diminati ramai. Kini, semangkuk durian cendol berharga RM15, okay lah kan dengan standard lokasi TTDI? IG: @illyariffin
Cendol Durian Pulut Special Nangka, Taman Cempaka Ampang
Tempatnya simple je, di bawah khemah di tepi jalan. Tetapi disebabkan rasa manis pada durian yang digunakan, semua rasa bahang pun dah tak ingat. Bagi yang pentingkan kualiti durian untuk cendol, ini adalah tempatnya. IG: @arfsml
Warisan Kak Aini Wangsa Maju
Bagi yang menetap atau belajar di sekitar kawasan Wangsa Maju, Sri Rampai dan Gombak, mesti korang pernah dengar tentang cendol durian Warisan Kak Aini. Durian D24 yang digunakan membuatkan harganya lebih berbaloi berbanding tempat lain, iaitu RM10 je. Dekat sini pun ada cendol combo mangga dan durian pada harga RM17. IG: @warisan.kakaini
Go Local Cafe, Suria Mall Presint 3, Putrajaya.
Penduduk Putrajaya tak perlu lagi merantau keluar kalau nak cari cendol durian. Walaupun secara teknikalnya, Putrajaya bukanlah termasuk dalam kawasan Lembah Klang tapi disebabkan oleh variasi topping yang disediakan di sini, we just cannot leave this place out. Order je jagung, tapai, laici atau nangka bersama durian korang. IG: @burn_abdul
Durian SS2 House, Sungei Pencala
Dulunya, Durian SS2 hanya popular sebagai port untuk makan durian semata. Tetapi sekarang, cendol durian Musang king pun ada di sini dan menjadi menu yang dicari-cari oleh pengunjung. Selain daripada portion cendol duriannya yang ‘ikhlas’, kalau korang nak ‘belasah’ durian saja di sini pun boleh. Mereka ada menyediakan bufet durian ‘All-You-Can-Eat’ yang bermula daripada harga RM30/seorang hingga RM98/ seorang. Bergantung kepada jenis durian dan stok.