Dah bermacam-macam trend yang menular di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini dicuba oleh remaja seluruh dunia. Kalau korang masih ingat dengan trend Mannequin Challenge pada tahun lepas?

Pada tahun sebelum itu pula, kecoh sebentar media sosial dengan trend Kylie Lip Challenge di mana semua orang kemaruk untuk mendapatkan efek bibir tebal seperti mogul kosmetik itu. Kini pada tahun 2017, satu lagi bentuk challenge mula mendapat perhatian ramai orang.

Choking Game.

Dah kenapa nak jerut leher korang, dah lama sangat hidup ke? Mungkin ada yang tertanya-tanya apa relevannya challenge yang bunyinya seperti rela menunggu mati ini.

Choking Game atau juga dikenali sebagai Pass Out Challenge mula diperkatakan di kalangan remaja sekolah menengah akhir bulan lalu apabila mereka melihat video challenge yang dimuat naik oleh remaja di negara Barat. Seakan suka-suka untuk melihat berapa lama seseorang itu boleh bertahan tanpa memerlukan pernafasan.

Hhm, kenapa tak masuk renang berirama je?

Anyway, seseorang akan menekan secara kuat di bahagian leher atau dada dan kesan daripada tekanan itu, akan menyebabkan mangsa hilang nafas selama beberapa saat.

IKLAN

Penulis masih tak faham apa yang menyeronokkan mengenai challenge ini tapi buat para remaja sekolah, mereka mungkin seronok apabila diri mereka dilihat ‘jantan’ atau ‘manly enough’ untuk mencuba sesuatu yang boleh mengundang maut.

Jujurnya, I am not surprised of their ‘affection’ towards such challenges. Kalau tak, takkan lah remaja adalah antara pesalah teramai yang kantoi merempit pada waktu malam, bukan? Mereka sememangnya sukakan sesuatu yang gila dan mencabar.

Tapi setiap perkara yang tak masuk akal tu pasti ada akibatnya.

Walaupun Lebih Satu Saat, Mangsa Boleh Maut.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi, apabila dada ditekan terlebih masa, jantung tidak boleh berdegup dengan baik hingga boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

IKLAN

“Antara tanda-tanda mangsa kekurangan oksigen adalah muka bertukar biru, salur darah kecil di bahagian mata pecah dan timbulnya bintik-bintik merah akibat pendarahan di dalam kulit. Jika tanda-tanda ini berlaku bermakna korang dah terlambat untuk diselamatkan,”

via GIPHY

“Ada juga kemungkinan mangsa boleh mengalami strok dan kecacatan kekal. Ini dinamakan sebagai hypoxic iaitu apabila oksigen tak sampai ke otak. Apabila dada dihempap sedemikian rupa, paru-paru juga tak boleh mengembang. Ini mengakibatkan tak berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida,” jelas beliau.

IKLAN

Nampak seronok lagi tak Choking Game ini?

Mungkin apabila korang cuba untuk pertama kali dan ‘berjaya’ mengharungi challenge tersebut, korang rasakan untuk mencuba untuk kali kedua itu tak akan mendatangkan masalah. Kacang je!

Namun, apa yang korang tak tahu adalah kesan tekanan pada percubaan kali kedua dan percubaan yang seterusnya boleh mengakibatkan tulang rangka (ribs) patah dan seterusnya berlaku pendarahan pada paru-paru.

 

“Daya hempap yang kuat seperti aktiviti Choking Game boleh mengakibatkan paru-paru bocor akibat berlakunya pendarahan. Darah yang tak berhenti mengalir akan menjadikan seseorang itu demam dan akhirnya membawa maut,” katanya beliau lagi.

Terbaru, tular sebentar akhir minggu lepas apabila seorang remaja Malaysia memuat naik video rakannya yang pengsan untuk beberapa saat selepas dadanya ditekan sebelum kembali sedar.

Di akhir video tersebut setelah mangsa bangun semula, kesemuanya bergelak tawa seakan-akan meraikan ‘kejayaan’ Choking Challenge yang dilakukan mereka itu.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI