Biasanya apabila terjadi kes kematian atau cacat kekal disebabkan kemalangan di tempat kerja, kita hanya akan terfikir, ‘SOCSO ada, bolehlah bantu…”

Jumlahnya dapatlah sikit-sikit mengikut setengah daripada gaji akhir indivitu tersebut. Itu pun kalau majikannya mencarum, kalau tak melopong sajalah.

Tetapi tak ramai yang tahu, kita sebenarnya berhak menyaman majikan atau pemilik premis bangunan andai berlaku kematian atau kemalangan ketika kita berada di lokasi terlibat.

Tindakan saman ini boleh diambil sama ada seseorang itu mencarum SOCSO atau pun tidak.

Menyaman pemilik premis mungkin belum popular di negara kita tetapi di luar negara mereka ada satu unit dinamakan“flying squad” yang akan membantu keluarga mangsa yang teraniaya.

Dengarkan perkongsian dari Ir Haji Mohamad Khalil, bekas jurutera makenikal berkelulusan Bachelor Of Engineering dari Melbourne, Australia.

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai
Ramai keluarga tak tahu nak buat apa dan anggap semuanya takdir – Ir Haji Mohamad Khalil

Beliau mempunyai Master dalam Pengurusan Keselamatan Industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan terlibat dalam bidang keselamatan industry sejak 12 tahun lalu selepas berhenti kerja dengan Petronas 25 tahun lalu.

Menurut pemilik Khalil Safety Consultant Sdn Bhd ini, semua industri di negara ini tertakluk kepada Dua (2) akta iaitu Akta Kilang dan Jentera (AKJ 139) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 514) atau OSHA.

IKLAN

Akta ini memberi penekanan kepada majikan dan pemilik premis untuk bertanggungjawab ke atas mereka yang berada dan bekerja di tempat mereka dengan mengadakan Sistem Kerja Selamat atau Safe System Of Work.

Maknanya, semua bangunan di dalam negara ini tertakluk di bawah dua akta ini kecuali berkaitan tentera dan kapal dagang.

Paling mudah nak faham, tak kira di mana anda berada sama ada sekolah, kedai, hotel, atau tempat awam, sekiranya berlaku tragedi di tempat tersebut, pemiliknya bertanggungjawab kerana itu premis mereka.

Jumlah saman pula ada ketika boleh mencecah jutaan ringgit mengikut kepada kecederaan atau kehilangan dialami. Syaratnya, kejadian mestilah tidak lebih daripada enam tahun. Sebabnya, mahkamah hanya dengar kes enam tahun ke bawah sahaja.

Mangsa dalam video di atas berkerja di sebuah kilang yang berlaku letupan menyebabkan kakinya hancur selain terbakar seluruh tubuh. Sebelum ini kesnya terbiar begitu sahaja sebelumlah dibantu.

IKLAN

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai
Korang tengoklah mangsa alami kecederaan parah

 

Awalnya keluarga tak yakin boleh menang dan tak tahu nak buat bagaimana pun.

IKLAN

Terkini, nasibnya mulai terbela dan saman kepada majikannya meningkat daripada RM5 juta kepada RM8 juta.

Biasanya, dalam satu-satu kemalangan yang terjadi, keluarga mangsa akan menyerahkan urusan siasatan kemalangan kepada pihak berautoriti dan majikan tanpa diberi maklum balas hasil siasatan.

Contohnya dalam kes kebakaran, paling tidak kita dengar sistem pendawaian tidak mengikut spesifikasi selepas bangunan terbakar. Tapi selepas tu apakah tindakan kita?

Biasanya keluarga mangsa tak tahu tindakan selanjutnya kerana tiada pendedahan terhadap perkara ini.

Kata Ir Haji Khalil lagi, kalau didapati ada kecuaian, kita boleh bawa kes ini ke mahkamah dan undang-undang TORT boleh digunapakai untuk dikaitkan dengan ketidak-patuhan kepada Akta dan peraturan.

Proses saman ini akan melalui tiga peringkat:

  • Ahli keluarga perlu melantik syarikat yang mempunyai kepakaran dalam siasatan kemalangan industri / tempat kerja dan membawa hasil siasatan ke mahkamah melalui peguam yang juga mahir dalam undang-undang TORT (kecuaian) untuk tujuan tuntutan pampasan.
  • Jika hasil siasatan mendapati wujudnya elemen kecuaian dalam kemalangan itu, pihak yang dilantik akan mengeluarkan notis tuntutan dan membawa kes ke mahkamah sivil.
  • Sapina dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu demi pembelaan ke atas keluarga mangsa.

So korang semua, jika ada rakan atau ahli keluarga yang terlibat kes kemalangan begini dan nasib keluarga mereka tak terbela, bolehlah kita panjang-panjangkan artikel ini. Sekurang-kurangnya, kita dapat bantu meringankan beban mangsa atau ahli keluarga mereka.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI