Paling-paling tinggi kalau ada degree mesti dalam lingkungan RM2000-RM2500 untuk permulaan kerjakan. Itupun kalau majikan baik hati bagi sebanyak tu, ada yang dapat RM1800 saja.
Nah, baca perkongsian remaja ohsem ini, Muhamad Kasyfi Bin Baizurin Salleh. Pada usianya 23 tahun, gajinya sehari mencecah USD300 bersamaan RM1200 sehari. Wow! Gempakkan.
Korang ingat apa kerja dia ya? Kalau berniaga mungkin dapat sejumlah tu tapi kalau makan gaji, confirm tak dapat seperti apa yang Kasyfi, jejaka berasal dari Selangor ini peroleh.
Meh kita semak-semak sikit, kerjaya apa yang diceburi Kasyfi sampai dia boleh dapat gaji sebanyak itu. Sehari tau. Bukan sebulan. Tapi apa yang buat admin bulat mata bila dengar katanya, lebih senior dan berpengalaman dalam kerjaya ini, gajinya boleh mencecah RM100,000 sehari. Nak tak?
Inilah ROV , mesin robot yang boleh masuk 1000 meter kedalaman laut – gempakkan
Korang biasakan dengar kerja ‘off shore”. Ala banyak budak-budak engineer syarikat cari gali minyak pergi ke pelantar laut. Ini sudah biasa tetapi apa yang apa yang Kasyfi lakukan lebih berbeza.
Dia bekerja sebagai Juruteknik ROV Pilot. Ingat tu, bukan pilot kapal terbang atau Suri Hati Mr Pilot tetapi sebagai Juruteknik ROV Pilot.
ROV ini nama penuhnya ialah Remotely Operated Vehicle. Untuk lebih mudah korang memahaminya, ROV ini ialah sejenis robot yang boleh dimasukkan ke dalam air sehingga ke dalaman 1000 meter.
Ada tiga tugas hakiki robot ini lakukan iaitu membuat pemeriksaan di dasar laut, pipeline dan pemeriksaan di wellhead (telaga minyak di dasar laut).
Ads
ROV juga berfungsi membuat kajian tentang dasar laut dan kerja-kerja pembersihan. Seperti contoh, kalau ada sampah seperti besi, pagar, atau tiang, disebabkan besi-besi ini terlalu besar dan berat, ia boleh berisiko terjatuh dari flatform.
Tugas lain Kasyfi lakukan ialah membuat pengawalan ke atas ROV semasa mereka mencuci tiang-tiang besi di dasar laut dengan menggunakan tekanan tembakan “water jet” yang mana kelajuannya mencecah 10,000 psi.
Ini lebih laju dari tekanan air Bomba dan kalau kalau korang buat main-main di daratan, mau terbang laju macam Superman!
Sesekali best gak jadi Supermankan!
Kata Kasyfi, dia dulu budak Lukisan Kejuruteraan semasa sekolah menengah. Lepas habis SPM, dia masuk ke RANACO, Institusi Perkapalan yang hebat di Pantai Timur.
Masa tu Kasyfi ambil jurusan Maritime Technology Engineering di mana bawah kursus tu ada Kos Marine Department. Masa belajar nie, antara pembelajaran termasuklah basic engineering sebab untuk kendalikan ROV mesti tahu part Mechanical, Electrical, Electronics dan Hydraulic Skematik.
Ads
ROV ini dikendalikan dari atas kapal aje…Cool ajekan Kasyfi, sebab dia memang dah expert
Sebab minat memang dah ada masa zaman sekolah lagi, off shore bagi Kasyfi alah bisa tegal biasa. Asal masyuk seperti budak-budak off shore yang lain.
Lepas tamat belajar dua tahun setengah, semasa latihan praktikal, dia pilih untuk belajar mengendalikan ROV ini.
Ketika ditanya tentang risiko, kata Kasyfi, mana-mana pekerjaan pun berisiko cuma mereka sangat mengutamakan keselamatan bagi mengelak sebarang kemalangan.
Manis je senyuman diakan…
Ads
Faham-faham sajalah bila bekerja dengan voltage yang tinggi sampai boleh cecah 3000V yang boleh menyebabkan pengendalinya terkena renjatan elektrik. Selain itu, tekanan minyak yang tinggi, barang yang berat seperti ROV itu sendiri yang mencecah 3 tan selain mesin operator yang agak besar. Hah tu je la risikonya tetapi paling penting, keselamatan mesti kena jagakan.
Tapi nak bagi tau juga, sapa-sapa yang mabuk laut, mungkin boleh fikirkan kerja lain sebab adakala, kapal akan tergoyang akibat gelora. Belum lagi campur dengan cuaca seperti hujan dan lain-lain lagi. Tapi aspek safety memang sangat dipandang tinggi untuk kerja-kerja begini.
Mengendalikan ROV ini tidak ramai yang tahu dan sebab itulah ia mungkin bukan kerja popular tapi gajinya memang masyuk. Kata Kasyfi, sebelum dapat kerja hari ini, dia juga pernah apply di beberapa syarikat, tapi tak dapat pun. Sampailah kawan dia rekomenkan pada bos dia bekerja sekarang.
Time keje pun tak lama, dalam 12 jam sehari, dah masyuk USD300. Kadang bila dapat satu projek, ada masa 60 hari dia duk di laut. Boleh tahan ke sapa-sapa yang nak jadi awek dia?
Tapi memang murah rezeki anak bujang ini. Dah la hensem, muka manis je bila senyum.
Ada yang nak try-try keje macam Kasyfi tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat drama bersiri Gol & Gincu sedang menantikan filem sequel pada bulan hadapan. Dan sedar atau tidak – KAMI the Movie telahpun berusia genap 10 tahun, pada hari ini.
Seorang demi seorang pelakonnya memuat naik posting berbaur throwback di Instagram.
Jom kita lihat perubahan mereka berlima!
Nas-T : Abu
“Selamat ulangtahun kesepuluh kepada Kami. Sebuah filem yang mengubah hidup kami sebagai pelakon dan juga muzik indie di sini. Terima kasih kepada team produksi Red Comm Films dan kepada peminat!”
KINI : Nas T mendirikan rumah tangga dengan Atita Haris pada tahun lalu dan mengakui hidupnya telah berubah 100% selepas menimang cahaya mata sulung, Nas Taliyah.
“Tanggungjawab sebagai ayah kepada 2 orang anak (seorang lagi, Nur Sofia daripada perkahwinan pertama Atita) memang berat tetapi menyeronokkan. Saya masih teruskan minat dalam bidang deejay. Lakonan pula, saya sudah perlahankan kerana tumpuan diberi kepada keluarga.”
Nas T juga aktif dalam sukan bina badan. Patutlah sado, abang!
Juliana Evans : Sofie
“Saya ingat lagi penggambaran filem ini like it was yesterday. Saya sangat bersyukur kerana dapat mencipta fenomena di negara ini seperti KAMI. Saya masih mendengar komen orang tentang bagaimana KAMI mengubah hidup mereka semasa di sekolah menengah. Ia juga mengubah hidup saya!”
KINI: Jue juga telah berkahwin kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017 dan ia telah mendapat perhatian ramai kerana statusnya yang telah berubah.
“Saya masih meneruskan kerjaya lakonan. Cuma, saya perlu sesuaikan diri kerana perlu diiringi ke mana-mana sekarang. Pada mulanya saya tak faham kerana saya mahu bergerak bebas. Tapi atas faktor keselamatan, saya akur.”
Paling terbaru, kami menonton lakonan Jue menerusi filem Pulang dan Miss & Mrs.
Syarul Ezani : Ali
KINI: Kami (pun intended) tahu Syarul masih rindukan dunia lakonan. Tetapi sejak filem ini ditayangkan, lelaki berusia 28 tahun ini seakan hilang bersamanya. To be honest, we miss seeing him. Aktor yang selalu disamakan (dululah) dengan Nicholas Saputra kerana rambut ikalnya.
Liyana Jasmay : Lyn
“Tahniah kepada Fizi dan Fendi kerana KAMI telah menyentuh ramai penonton. (Terima kasih) kerana memberi mereka sebab untuk selalu percaya dan berharap. It is amazing what a film can do to us.”
KINI: Pelakon comel berlesung pipit ini masih di sini dan tak akan meninggalkan dunia seni. Minatnya sekarang banyak tertumpu pada menerbitkan filem dan program TV melalui Mermaid Studios.
Filem Bella & Jamie yang menemukannya dengan Jue bakal menjadi filem pertama terbutan Mermaid Studios. Selain itu, Liyana juga aktif sebagai ibu, isteri dan fesyenista.
Zeyna Ibrahim : Adii
KINI: Tidak banyak yang kami dengari atau jumpai mengenai Zeyna Ibrahim setelah KAMI the Movie berakhir. Kemungkinan Zeyna yang memegang watak Adi (antara watak kegemaran kami kerana terasa cool bila melihatnya) lebih selesa menjauhkan diri daripada dunia hiburan.
Dan seharusnya kita menghormati pendirian tersebut. Apapun kami ucapkan take care kepada Zeyna. Much love!
Rindunya! Buat sequel please, korang..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khas untuk menyambut followers program Hero Remaja 2017 yang berakhir Oktober tahun lepas, kami telah menerbitkan isu khas Majalah Remaja untuk para kolektor. Dan tentunya, pemenang Alif Muhaimin diletakkan sebagai penghias cover isu Januari.
Semasa Hero Remaja ditayangkan di TV, ramai yang mudah mengecam muka Alif kerana behaviour-nya yang mudah senyum. Bila baca caption gambar di Instagram Alif pun, korang akan dapat rasakan yang dia seorang yang mudah mesra.
Namun, apa yang ramai followers Alif tidak tahu adalah dia pernah struggle untuk mencari wang lebih sehingga 3 bulan membawa diri ke Korea Selatan.
Sebelum saya masuk belajar pada awal tahun lepas, saya memang teringin nak cari duit lebih. Nak tolong parents, sambil tu nak cari duit untuk saya belanja masa masuk semester nanti.
Kawan cadangkan untuk ke Australia atau Korea Selatan kerana nilai mata wangnya yang hampir 4 kali ganda.
Tanpa visa pekerja, akhirnya kami ke Korea Selatan menggunakan visa pelancong. Kiranya jadi pendatang asing dan kerja senyap-senyap.
ITAEWON
Masa tu bulan November 2016, kami berjumpa dengan ejen di Itaewon, Seoul. Nak ke sana, saya perlu menaiki kereta api, bas dan berjalan sedikit sebelum jumpa dengan ejen.
Saya mulakan dengan tugas memunggah barang dalam kotak dari trak atau lori. Waktu kerja memang mencabar. Selama 15 jam dari pukul 8 malam sehingga 11 pagi, saya habiskan 3 minggu melakukan kerja ini.
Sepanjang 3 minggu tu, gaji saya dan 8 lagi pekerja dari Malaysia telah ditahan. Kononnya nak dibayar secara lump sum (pukal) tapi macam mana kami nak tahan tak makan tanpa gaji?
So kami decide untuk blah ke Chungju dan kerja di sebuah kilang kimchi. 3 jam juga perjalanan dari Itaewon ke sana kerana kedua-duanya ialah negeri berbeza.
CHUNGJU
Di situ, saya bekerja memotong dan memijak sayur untuk diawetkan sebagai kimchi.
Tiada waktu rehat langsung kerana saya perlu bekerja 7 hari berturut-turut. Memang penat tapi bayaran di sini berdasarkan waktu kerja dan kami dibayar setiap hari. Lagi banyak kerja, lagi banyak duit yang masuk. Ada kawan yang lain dah tak larat dan tiada tenaga.
Masuk hari kelapan, kilang diisytihar tutup kerana salji mulai turun. Saya pun belanjalah kawan lain makan kerana meraka tak cukup hari bekerja. Di sini, saya adalah dapat kumpul 400,000 won iaitu lebih kurang RM1,600.
ANSEONG
Oleh kerana kilang tutup, kami bertolak ke Anseong di mana saya bekerja di sebuah kilang aluminium selama sebulan. Ini adalah tempat kerja ketiga dan terakhir saya kerana kerja yang diberi memang berat gila. Sehinggakan ramai kawan saya yang turun berat badan.
Habis sebulan, saya mendapat bayaran sebanyak 900,000 won, kurang setengah daripada jumlah yang dijanjikan iaitu 2 juta won. Memang kena tipulah jawabnya. Tapi nak buat macam mana, ramai lagi yang menanti untuk diberi kerja seperti ini. Jadi saya gigihkan juga untuk terima bayaran itu.
Sampai cedera tangan Alif kerana perlu memikul keluli aluminium.
PERSEDIAAN SEBELUM KE SANA
Hanya dengan mendengar story daripada Alif ini, kami sendiri dapat rasakan kepayahan jika nak mencari duit dengan bekerja sebagai pendatang asing. Mata wang memanglah masyuk, tapi sebelum pergi lebih baik korang lakukan persediaan secukupnya.
Sebelum ke sana, saya pastikan dulu pasport dan cuba untuk belajar beberapa ayat penting dalam bahasa Korea.
Bagi saya, jangan pergi seorang diri. At least perlu cari seorang kawan untuk ikut sama agar ada orang yang boleh back up.
Di sana, kalau ada apa-apa masalah, pergi je ke masjid yang ada kerana masyarakat Muslim di sana memang friendly dan akan cuba membantu setakat yang mampu. Contohnya, kalau tiada duit untuk makan, insyaAllah di masjid mereka akan sediakan makanan.
Setakat makan nasi putih dengan garam, telur atau kicap tu, biasalah. Kami pun pernah menambah tepung dalam bancuhan telur dan goreng. Bagi gambaran telur tu banyak dan cukup untuk semua makan.
Jadi korang kena lakukan persediaan mental dan jangan harapkan hidup mewah jika hanya berstatuskan pendatang asing. Study siapa ejen di sana sebelum terbang ke Korea Selatan kerana ramai yang telah tertipu bulat-bulat, lebih teruk daripada saya.
Paling penting, dapatkan restu keluarga sebelum ke sana. Ibu saya sendiri pada mulanya tak apprive dengan plan saya ini. Tapi bila memikirkan saya nak membantu keluarga, dia relakan juga.
Foto: Alif Muhaimin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ojen Aiwah, mengesahkan bahawa beliau bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit.
Perkara tersebut didedahkan menerusi satu hantaran panjang di media sosial yang kini mencuri perhatian ramai.
Isu Ojen Aiwah ambil tindakan undang-undang ini dipercayai berpunca daripada dakwaan fitnah yang menurutnya telah berlarutan sejak tahun lalu dan memberi kesan besar terhadap reputasi diri serta perniagaan yang dibina.
Menurut Ojen, segalanya bermula dengan apa yang disifatkan sebagai teguran. Namun, keadaan berubah apabila teguran tersebut bertukar menjadi serangan terbuka, khususnya apabila ia melibatkan produk jualannya, Kunafa Aiwahhh.
Beliau mendakwa Tareq telah mengkritik dessert tersebut dengan mengatakan ia menggunakan coklat serta topping murah, selain melabelkan produk berkenaan sebagai tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk dimakan.
“Aku bukan saman sebab isu personal. Aku saman sebab dia sentuh Kunafa Aiwahhh. Dari teguran, jadi defamation,” tegas Ojen.
Ojen turut meluahkan rasa kecewa apabila kritikan tersebut mengundang kecaman melampau daripada netizen sehingga melibatkan dirinya serta ahli keluarga yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu berkenaan.
Keadaan ini disifatkan sebagai melampaui batas kerana menurutnya, individu yang tidak pernah menyakiti atau melakukan kesalahan terhadap sesiapa tidak sepatutnya menjadi sasaran kebencian.
Dalam konteks ini, isu Ojen Aiwah ambil tindakan undang-undang bukan sekadar konflik antara dua individu, sebaliknya melibatkan maruah, emosi serta keselamatan keluarga.
Tidak Bertindak Terburu-Buru
Tambah Ojen lagi, beliau tidak bertindak secara melulu. Sebaliknya, sejak tahun lalu, beliau memilih untuk berdiam diri bagi mengumpul bukti yang mencukupi sebelum menyerahkan perkara tersebut kepada peguam serta pihak berkuasa.
Langkah ini diambil bagi memastikan sebarang tindakan yang dibuat berlandaskan fakta dan undang-undang, bukan sekadar reaksi emosi atau tekanan daripada orang ramai.
Dalam hantaran sama, Ojen turut menyelar sikap Tareq yang didakwa sering menyerang pelbagai pihak atas nama “teguran” dan “agama”.
Antara yang didakwa menjadi sasaran termasuk artis, pempengaruh media sosial, usahawan makanan serta komuniti gimnasium.
Menurut Ojen, tindakan tersebut dilihat bercanggah apabila pada masa sama individu berkenaan turut mempromosikan produk digital sendiri.
“Kononnya nak bantu rakyat Malaysia, tapi semua orang dihentam. Real food konon, rupanya nak jual e-book,” katanya lagi.
Dalam nada lebih tenang, Ojen turut mengambil kesempatan untuk menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam berkata-kata di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa masyarakat tidak seharusnya mudah terikut-ikut untuk mencampuri urusan yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri, apatah lagi membenci individu yang tidak pernah berbuat salah atau menyakiti kita serta keluarga.
“Berhati-hati bila berkata-kata. Jauhilah orang macam ni. Tak ada kena mengena, jangan ikut masuk campur komen. Macam mana orang yang tak pernah buat salah dengan kita atau keluarga pun boleh kita benci. Pelik manusia sekarang,” luahnya.
Teguran Diterima, Fitnah Tidak Diterima
Ojen menegaskan bahawa dirinya sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka dan cuba memperbaiki diri secara perlahan-lahan.
Namun, apabila teguran bertukar menjadi fitnah serta menjejaskan reputasi perniagaan yang dibina bertahun-tahun, beliau tidak lagi boleh berdiam diri.
Menutup kenyataannya, Ojen memberi amaran keras bahawa perkara ini telah melangkaui batas kesabaran.
“Nasi dah jadi bubur. See you in court!” tegasnya, sekali gus mengesahkan bahawa kes ini bakal dibawa ke peringkat mahkamah dan berkemungkinan mendapat perhatian lebih luas.
Sumber : Instagram ojennaiwahhh_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nad Zainal selamat melahirkan bayi lelaki bersama suaminya, Ungku Ismail. Pasangan itu berkongsi berita gembira di Instagram dan menerima ribuan ucapan tahniah daripada peminat.