Zaihani M Zain bukanlah nama asing dan baru dalam industri fesyen negara.
Namun, insiden status berbunyi,
“Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payah lah datang (fashion show), sebabnya peha awak tu melimpah dekat kerusi sebelah kiri dan kanan. It is so awkward and uncomortable for the persons seated next to you!!!“
yang dimuat naik oleh pengulas fesyen tersebut pada hari ini dilihat sebagai kecaman dan ancaman kepada dunia fesyen negara.
Status Zaihani M. Zain di Facebook.
Mengapa kecaman dan ancaman?
Kecaman kerana kini, ramai fesyenista negara telah bersuara di media sosial masing-masing dan rata-rata tidak bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh Zaihani M Zain yang lebih dikenali sebagai Kak Zai.
Ancaman pula kerana, hanya disebabkan satu status berbaur body shaming yang dimuat naik oleh seorang individu yang cukup disegani dalam industri fesyen negara masa ini, ia menggambarkan betapa kritikalnya situasi dunia fesyen di Malaysia.
Tidak cukupkah kepayahan yang dihadapi golongan “berbadan lebih 60kg” untuk mendapatkan pakaian impian mereka dalam saiz yang bersesuaian di Malaysia? Mengapa mereka perlu berdepan pula dengan kritikan terang-terangan yang bagi kami, cukup tidak masuk akal.
We are not feeling this sentiment alone.
Ads
Seperti yang diberitahu tadi, golongan fesyenista negara turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap kritikan tersebut.
Status Calvin Thoo di Facebook.
Awal hari ini, pereka fesyen Calvin Thoo memberi respon di Facebook berkata, Kak Zai tidak mempunyai hak untuk menghalang mereka yang berbadan besar daripada menghadiri acara pertunjukan fesyen.
Pereka fesyen dari Sarawak, Datuk Tom Abang Saufi kemudian turut memuat naik 2 posting di Instagram.
Posting pertama di Instagram.
Dalam posting pertama, ia merupakan foto penggiat fesyen terdahulu yang mempunyai pelbagai saiz badan seperti Andre Leon Talley (bekas ketua editor majalah Vogue), Suzy Menkes (pengkritik fesyen Britain) dan Anna Wintour (editor majalah Vogue).
Tulis beliau di dalam ruangan caption, “Front row HEAVY WEIGHTS…fashion royalty…sizes and weight…NO ISSUE…”
Ads
Sementara itu dalam posting kedua beliau pula, foto tersebu memaparkan pengalaman beliau menghadiri banyak pertunjukan fesyen di Paris dan berat badan beliau yang telah berubah langsung tidak memberi kesan kepada cinta beliau terhadap fesyen.
Posting kedua di Instagram.
Pereka fesyen batik dan songket, Adila Long juga tidak teragak-agak untuk memuat naik foto di atas berserta caption, “I don’t understand why people still kiss ur @ss and think you are a guru.”
Ouch.
Model, Alicia Amin juga mempertahankan diversiti dalam industri fesyen dengan berkata sudah tiba masanya isu body shaming dalam industri kita yang kecil ini dihentikan.
Ads
Alicia juga mengharapkan agar personaliti fesyen tanah air baru yang lebih “bertimbang rasa” dicungkil ke hadapan.
Kami bukannya ingin mengecam semborono terhadap seorang individu saja apabila timbul isu sedemikian.
Namun kami ingin mengajak agar kita tidak sewenang-wenangnya memperkecilkan kredibitili, personaliti dan bakat yang ada pada mana-mana individu hanya disebabkan saiz badan dan rupa fizikal.
Come on, we are better than that.
Kami berharap agar Kak Zai memperbetulkan kenyataan beliau itu. Semua orang melakukan kesalahan guys. Namun cara memperbaiki kesalahan tersebut adalah lebih penting dan signifikan.
Terutamanya daripada seorang yang digelar ‘pengkritik fesyen’ yang tampil di dalam program realiti Gen F bersama generasi muda yang ingin menjadi pereka fesyen.
Takkanlah itu yang ingin disampaikan kepada mereka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa akan jadi bila dua musuh ketat terpaksa bekerjasama untuk sama-sama melawan musuh yang cuba menghapuskan mereka berdua?
Yang pasti, itulah plot untuk filem The Angry Bird Movie 2 yang bakal ditayangkan di pawagam pada hujung Ogos ini.
Of course lah filem kali ini masih mengisahkan tentang Red dan rakan-rakan serta mush ketatnya iaitu khinzir hijau dari Piggy Island. Mereka masih lagi bergaduh sesama mereka.
Namun, apabila muncul musuh baru iaitu burung-burung dari pulau ketiga iaitu Eagle Island yang diketuai oleh burung helang bernama Zeta. Semuanya bermula apabila Zeta mula muak dan menyampah dengan pergaduhan antara Red dan khinzir hijau.
Itu membuatkan dia mengugut untuk menghancurkan kedua-dua pulau tersebut. Susulan itu, Red dan khinzir hijau tahu bahawa mereka perlu bekerja sama untuk menewaskan musuh kali ini.
Dibintangi para pelakon seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Leslie Jones, Bill Hader, Rachel Bloom, Awkwafina, Sterling .Brown dan ramai lagi, Remaja nak berikan sepasang tiket percuma ke tayangan Perdana The Angry Bird Movie 2 dengan hanya menjawab soalan mudah!
Tarikh: 27 Ogos 2019 (Selasa)
Masa: 9.00PM
Tempat: GSC One Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, persatuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Chungnam (CNU), Korea Selatan telah meraih perhatian apabila meminta maklumat peribadi dan meminta tanda tangan akur janji daripada peminat kumpulan terkenal, AESPA untuk festival universiti yang akan diadakan pada hujung Oktober ini.
Difahamkan, pada 21 Oktober lalu, persatuan mahasiswa CNU telah memuat naik pengumuman menerusi akaun rasmi mengenai festival CNU 2024 “ACCESSIO: Soaring” dan memaklumkan bahawa jadual penampilan AESPA adalah pada hari ketiga iaitu 30 Oktober.
Dalam pada itu, wakil persatuan mahasiswa universiti tersebut juga turut memberitahu jika mana-mana pihak ingin mengambil gambar atau merakam video persembahan AESPA, mereka perlu membuat permohonan sah dan izin, perjanjian yang ditandatangani, dan perjanjian pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi pemohon.
Dilaporkan, permohonan tersebut dibuka bermula 21 sehingga 23 Oktober, namun pihak persatuan mahasiswa CNU menyatakan mereka akan menapis permohonan dan hanya individu tertentu sahaja yang bakal dipilih seterusnya keputusan akan dimaklumkan pada 24 Oktober.
Susulan itu, hal tersebut telah mendapat kritikan ramai pihak terutama peminat AESPA kerana ada yang berpendapat persatuan mahasiswa bukanlah entiti sah berdaftar seperti bank atau organisasi kerajaan yang berhak mengumpul data dan maklumat peribadi.
Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kesahihan dan kelayakan persatuan mahasiswa universiti berkenaan dalam mengumpul maklumat peribadi tanpa borang kebenaran tambahan.
Walau bagaimanapun, pihak persatuan mahasiswa CNU berkeras bahawa sebarang peranti rakaman yang tidak diluluskan adalah dilarang sama sekali kecuali telefon bimbit.
Tambahan, mereka juga mengharamkan penggunaan tripod, makanan, tempat letak kaki dan ‘selfie stick’, dan memberi amaran jika mana-mana individu gagal mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan mereka dikeluarkan daripada acara itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
It’s finally here! Selepas pegumuman yang dilakukan oleh YG Entertainment tentang projek solo ahli Blackpink, Jennie pelbagai reaksi telah diterima terutamanya daripada peminat mereka yang dikenali dengan gelaran Blink.
Namun desas-desus tentang pelbagai tuduhan melulu dan pilih kasih terhadap Jennie telah ditepis oleh YG Entertainment. Mereka juga sebelum ini telah mengumumkan bahawa setiap ahli Blackpink yang lain iaitu Jisoo, Lisa dan Rose akan turut muncul dengan projek solo masing-masing.
Dan semalam Jennie yang muncul secara live menerusi streaming di VLive channel Blackpink telah memperkenalkan lagu solo pertamanya yang berjudul ‘Solo’.
Dan bagaimanakah lagu dan muzik video tersebut? Oh boy… it so awesome!
Jennie yang terkenal dengan gaya rapping bersahaja terutama dalam Bahasa Inggeris turut menampilkan sisi berbezanya dengan tarian ala-balet dan juga hip hop. Lagu yang berdurasi hampir tiga minit tersebut ditulis oleh penerbit yang sentiasa bersama Blackpink iaitu Teddy dan ditulis bersama olehnya dengan 24.
Yass queen!
Lagu bergenre hip hop yang bertembung dengan pop anthem ini diramalkan menjadi single hit luar biasa di peringkat global. Malah dalam tempoh tidak sampai 24 jam ia diperkenalkan, ‘Solo’ telah berjaya mendaki tangga teratas carta Worldwide iTunes.
Sebelum itu juga Jennie telah mencatatkan rekod baru dalam kariernya apabila berjaya melakukan ‘All-Kill’ dalam 7 carta muzik utama di Korea. Beberapa jam selepas lagu ini diperkenalkan ia telah berjaya menduduki tempat pertama di beberapa carta muzik utama seperti Melon, Mnet, Genie Music, Bugs, Naver Music dan Soribada.
Melihatkan sambutan serta sokongan luar biasa diterimanya, Jennie mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminatnya menerusi satu posting di Instagram.
Congrats Jennie!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.