Apa akan jadi bila dua musuh ketat terpaksa bekerjasama untuk sama-sama melawan musuh yang cuba menghapuskan mereka berdua?
Yang pasti, itulah plot untuk filem The Angry Bird Movie 2 yang bakal ditayangkan di pawagam pada hujung Ogos ini.
Of course lah filem kali ini masih mengisahkan tentang Red dan rakan-rakan serta mush ketatnya iaitu khinzir hijau dari Piggy Island. Mereka masih lagi bergaduh sesama mereka.
Ads
Namun, apabila muncul musuh baru iaitu burung-burung dari pulau ketiga iaitu Eagle Island yang diketuai oleh burung helang bernama Zeta. Semuanya bermula apabila Zeta mula muak dan menyampah dengan pergaduhan antara Red dan khinzir hijau.
Itu membuatkan dia mengugut untuk menghancurkan kedua-dua pulau tersebut. Susulan itu, Red dan khinzir hijau tahu bahawa mereka perlu bekerja sama untuk menewaskan musuh kali ini.
Ads
Dibintangi para pelakon seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Leslie Jones, Bill Hader, Rachel Bloom, Awkwafina, Sterling .Brown dan ramai lagi, Remaja nak berikan sepasang tiket percuma ke tayangan Perdana The Angry Bird Movie 2 dengan hanya menjawab soalan mudah!
Isu eksploitasi dan plagiat bukan hal yang asing dalam industri fesyen mahupun dunia muzik lagi-lagi selebriti popular.
Tambahan pula, segelintir penghasil karya tidak mampu untuk mempatenkan atau membuat hak cipta pada rekaan masing-masing, menjadikan idea rekaan mereka di buru oleh pihak dan jenama-jenama tempatan lain yang tidak bertangungjawab.
Dua Lipa yang merupakan penyanyi dan juga ikon fesyen, baru-baru ini mengambil keputusan untuk mempatenkan namanya bagi mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.
Memetik laporan NBC, penyanyi yang mula terkenal dengan lagu New Rules ini sudah mendaftarkan namanya untuk pelbagai produk seperti pakaian, kosmetik, permainan komputer, buku, barang kemas dan peralatan dapur.
Sedar Dirinya Ramai Peminat
Melalui sumber kepada The Sun, “Dua sedar dirinya kini mempunyai peminat yang ramai. Penyanyi itu mengambil tindakan untuk mempatenkan namanya bagi menjana pendapatan sampingan dengan mengikut jalan yang betul.
Mohon Beberapa Negara
Bukan itu sahaja, Dua juga membuat permohonan untuk mendaftarkan namanya di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia, Israel dan Asia Timur. Sekiranya permohonan itu diluluskan, penggunaan nama Dua Lipa perlu mendapat izin daripada penyanyi tersebut selama 10 tahun.
Dalam erti kata lain, pihak tidak bertanggungjawab tidak akan mampu memperoleh keuntungan menggunakan nama penyanyi tersebut sekiranya permohonan berkenaan diluluskan oleh hakim.
Bagus juga tindakan yang dilakukan oleh Dua ni, moga lebih ramai yang sedar dan ikut langkah Dua bagi memerangi isu plagiat ini.
Insiden yang melibatkan tiga pekerja warganegara China maut di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, pagi tadi telah mendapat perhatian serius Menteri Kanan Kerja Raya.
Kata Datuk Seri Fadillah Yusof semasa ditemui media di sebuah majlis pada pagi tadi, beliau merasa kesal dengan insiden tersebut dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’,” katanya semasa diminta mengulas mengenai kejadian tersebut.
Bergegas ke lokasi kejadian kren launcher terjatuh di tapak bina SUKE di Persiaran Alam Damai. Saya telah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan, cari jalan alternatif utk penduduk & kontraktor juga perlu beri cadangan, langkah & tindakan keselamatan utk teruskan projek pic.twitter.com/mTTDvG4KtL
Katanya, sekiranya ada struktur berat yang perlu dialihkan semasa melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebih raya, jalan atau laluan berkenaan perlulah ditutup agar kejadian tidak diingin tidak akan melibatkan pengguna jalan raya seperti yang berlaku pagi tadi.
“Misalnya nak alihkan gantry launcher, jalan perlu ditutup. Jika jalan dah selamat, struktur itu pun dah selamat, maka barulah buka semula laluan tersebut.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu dan membatalkan lesen. Sekurang-kurangnya, dua tahun digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau lagi.
Sementara itu, warganet merasa kesal kerana insiden kedua berlaku di lokasi yang sama pada bulan ini. Mereka merasa hairan mengapa tindakan sewajarnya tidak diambil ke atas pihak bertanggungjawab setelah insiden pertama.
Kalau selalunya kita dengar orang mengunakan teknologi ‘virtual reality’ atau VR untuk bermain game. Tetapi, seorang petani Turki memakaikan cermin mata realiti maya (VR) kepada lembunya dalam usaha meningkatkan hasil harian susu lembu ternakannya.
Izzet Kocak terpaksa membawa masuk lembu-lembunya ke dalam kandang akibat cuaca sejuk. Namun dia masih mahukan haiwan itu menganggap ia sedang bermain di atas padang rumput hijau yang segar.
Petani itu berkata, dia mendapat inspirasi menggunakan kaedah berkenaan daripada sebuah artikel berita mengenai lembu yang memakai cermin mata realiti maya di Rusia.
Izzet tertarik dengan idea tersebut lalu menghubungi syarikat yang membuat cermin mata khas untuk lembu dengan memesan beberapa beberapa set. Menurutnya, lembu-lembunya semakin gembira dan menghasilkan lebih banyak susu selepas memakaikan cermin mata realiti maya itu.
“Saya mendapat purata 22 liter susu setiap hari daripada lembu ternakan. Ada dua lembu yang memakai cermin mata VR dan menonton padang rumput hijau yang luas sepanjang hari dan pengeluaran susu harian meningkat sehingga 27 liter.
“Cermin mata ini secara emosi baik untuk haiwan kerana membuatkannya kurang tertekan dan hasilnya dapat dilihat menerusi kuantiti pengeluaran serta kualiti susu,” katanya.
Dia sebelum ini memasang muzik klasik untuk 180 ekor haiwan ternakannya bagi meningkatkan emosi gembira dan membuatkannya berasa lebih santai. Malah bercadang untuk membeli lebih banyak cermin mata itu bagi kegunaan lembu-lembunya.
“Buat masa ini, kami memakaikan cermin mata VR kepada dua lembu dan memerhatikan peningkatan pengeluaran susu.
“Kami kini dalam fasa percubaan pertama. Untuk peringkat kedua kami menempah 10 set cermin mata VR. Jika percubaan itu berjaya, kami memesan cermin mata untuk semua haiwan ternakan,” jelasnya.
Selain itu, dia turut memantau emosi dan tingkah laku lembu ternakannya dengan alat bantuan penjejakan dengan menerima data daripada cip yang dipasang pada buku lali lembu.
Difahamkan, keluarga Izzet mempunyai ladang menternak lembu sejak tiga generasi lagi. Perniagaan mereka bertahan lama kerana sentiasa berusaha mengikuti perkembangan zaman.
Oleh itu, kini gilirannya pula memastikan perniagaan keluarga berjalan dengan lancar untuk diteruskan kepada generasi akan datang. Dia cuba menggunakan pelbagai pendekatan tidak konvensional seperti kaedah yang dibuat ini.
Untuk info, Teknologi VR telah muncul selama beberapa dekad. Untuk memberi anda idea, paparan headset yang pertama ialah peranti yang dipanggil Headsight yang diwujudkan pada tahun 1960-an. Sebenarnya banyak lagi kegunaan VR dalam bidang-bidang lain yang lebih mencabar atau luar biasa.
Malah, teknologi ini telah digunakan untuk pelbagai benda selama 200 tahun dari sains dan perubatan hingga melatih juruterbang dan membantu arkitek membentangkan lukisan pencakar langit mereka.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...