Penulis pernah melihat lukisan potret Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum ini.
Namun ini adalah kali pertama penulis melihat karakter Lego yang direka khas untuk Perdana Menteri Malaysia dan isteri beliau tersebut. Dibuat khas oleh Vincent Kiew yang merupakan pengumpul tegar koleksi Lego, beliau berkongsi foto binaan Lego yang comel itu di Facebook.
Sekejap saja, pengguna media sosial pantas memuat naik semula foto tersebut di pelbagai platform media sosial.
Seperti biasa, lego Tun M memakai Bush Jacket berwarna kelabu beliau. Cuma kelibat 2 pen di poket yang tiada. Manakala Tun Siti Hasmah mengenakan baju kurung dengan beg tangan berwarna putih.
Hhm, ada yang kata warna baju kurung tersebut ungu cair, ada yang kata merah jambu. Korang rasa warna apa sebenarnya ini?
Apa-apa pun, Vincent mendapat inspirasi ini daripada cinta di antara dua figura penting Malaysia ini serta kejayaan Tun Dr. M kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
“Cerita cinta antara Tun M. dan Tun Siti Hasmah membuatkan kita semua turut menghargai hubungan kita dengan pasangan masing-masing,” kata Vincent lagi.
6 Festival Muzik Terhebat Dunia, Wajib Ada Dalam Wishlist Korang!
Jika korang pencinta muzik pasti ikuti perkembangan festival-festival muzik yang popular dari seluruh dunia kan?
Kali ini Remaja bawakan senarai konsert terbesar dan ‘cool’ yang patut kamu sertai kala travel mengelilingi dunia.
#1 GoodVibesFest
Genting Highland, Malaysia
America may have a few glorified festival-festival muzik, namun Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam mengadakan event dan festival muzik kita sendiri, bukan?
Good Vibes Festival bermula pada tahun 2013 dan berkembang sebagai festival muzik tempatan yang terkenal, menarik artis-artis dan peminat dari pelbagai pelosok dunia.
#2 BigMountainMusicFestival
Bangkok, Thailand
Apabila bercakap tentang Thailand, pasti terbayang mengenai makanan, kawasan membeli-belah dengan harga runtuh dan budayanya. Namun, jangan tak tahu ada satu festival besar yang dinanti saban tahun oleh pecinta muzik seluruh dunia . Festival muzik di Thailand adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara. Big Mountain Music Festival bertapak di Thailand pada tahun 2010 dengan kehadiran peminatnya hanya 20,000 dan berkembang pesat menjadi 70,000 orang yang datang dari seluruh negara untuk menyaksikan konsert ini.
#3 UltraMusicFestivalSingapore
Singapura
Ultra Singapura adalah pesta besar dan terkenal yang dihadiri oleh pecinta muzik dari seluruh dunia. Jika anda seorang peminat muzik elektronik dan ingin bercuti sambal enjoy layan muzik, Ultra Music Festival Singapore ialah tempatnya.
Ultra Singapura pertama kali dianjurkan pada 2015. Bermula hanya dari acara jalan raya dan kini merupakan acara besar yang dihadiri oleh orang dari seluruh dunia.
#4 Fuji Rock Festival
Yuzawa, Niigata Prefecture, Jepun
Bertempat di kaki gunung Fuji, festival muzik terbesar di Jepun ini adalah antara yang menjadi tumpuan pemuzik sekitar Asia. a dipanggil Fuji Rock kerana ia pada asalnya diadakan di dasar Gunung. Fuji tetapi mereka memindahkannya selepas setahun.
Ia bermula sejak 1997 lagi yang menampilkan persembahan live artis rock serta muzik elektronik, dance dan world yang menyaksikan penyertaan lebih ramai karyawan dari serata dunia.
#5 Splendour in the Grass Festival
Byron Bay, Australia
Ini adalah antara festival muzik terkemuka dan juga menjadi kemuncak meraikan musim panas di Australia sejak 2001. Festival ini menampilkan pentas muzik dari genre indie rock, hip hop, elektronik dan rentak alternative buat ribuan pengunjung yang gemarkan persembahan live.
Tapak festival turut dipenuhi dengan aktiviti sampingan serta banyak gerai yang menyediakan pelbagai makanan melayan selera orang ramai yang datang dari serata Australia dan juga peminat muzik dari luar negara.
#6 Forestra Music Festival
Bandung, Indonesia
Forestra sendiri adalah singkatan dari Forest Orchestra, di mana tapak berlangsungnya acara tersebut memang di tengah-tengah hutan anggerik terbesar di Indonesia yang menawarkan pemandangan indah dan alam semulajadi yang asli.
Tip : Tempah tiket dari laman web rasmi supaya anda tidak mendapat scam oleh laman web palsu. Rancang perjalanan anda mengikut hari yang anda ingin menghadiri festival tersebut.
[KUIZ] Grup K-pop Lelaki Manakah Menggambarkan Personaliti Kamu?
Tidak lama dahulu ramai yang menjangkakan trend muzik K-pop akan mula pudar dan berlalu bergitu sahaja. Namun ternyata ia merupakan satu ramalan yang sangat meleset sama sekali.
Bahkah, industri muzik K-pop kini semakin berkembang maju dan menjadi antara kuasa besar serta penentu trend muzik global. Buat peminat K-pop yang REMAJA yakin terdapat cukup ramai pengikutnya di luar sana (termasuk kamu) perkembangan ini pastinya sesuatu yang amat dibanggakan.
Kali ini REMAJA ingin meraikan peminat K-pop dengan sebuah kuiz yang simple dan menarik. Mari kita sama-sama cuba jawab soalan dan adakah jawapan yang kamu terima sama dengan grup K-pop yang kamu minati. Tapi… kalau dapat yang tidak sama itu jangalah salah kami pula ya. This is just for fun! 😉
ARTIKEL BERKAITAN: Apakah Sneakers Yang Sesuai Dengan Personaliti Kamu?
Aedy Ashraf Dedah Idea ‘Mem4tikan’ Watak Tongki Dalam Budak Tebing 3 Datang Daripadanya
Sebaik sahaja drama Budak Tebing yang memasuki musim ketiga mula ditayangkan sejak minggu lalu, salah seorang watak utamanya, Tongki telahpun dimatikan.
Watak Tongki lakonan Aedy Ashraf ditamatkan ‘riwayatnya’ seakat episod kedua dan ‘plot twist’ awal ini langsung tidak disangka-sangka oleh peminat setia drama tersebut. Ini kerana Tongki merupakan tulang belakang kepada drama Budak Tebing di samping watak Arif.
REMAJA menemui Aedy baru-baru ini bagi mendapatkan pandangannya berkenaan kejutan jalan cerita ini.
“Saya sangat gembira dapat kembali bekerjasama untuk drama Budak Tebing bagi musim ketiga. Ia bukanlah sepenuhnya pasukan produksi yang sama apabila kita mempunyai pengarah baharu serta beberapa pelakon baharu yang menjayakan watak berbeza. Kesemua perubahan ini memberikan nafas baharu untuk peminat setia drama ini dari segi lakonan serta jalan cerita.”
(Terdahulu, Budak Tebing 1 dan 2 telah diarahkan oleh Feroz Kadir manakala musim terbaru ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.
“Saya sendiri pun belum menontonnya tapi saya percaya peminat Budak Tebing sebelum ini akan suka dan ingat musim ini sampai bila-bila. Ini kerana ia mempunyai elemen sentimental pada kali ini.
“Pada episod kedua, karakter saya sebagai Tongki telah dimatikan. Ia bermakna saya tidak akan terlibat secara menyeluruh dalam musim ini seperti musim-musim terdahulu,” jelasnya yang ditemui pada acara pelancaran butik wangian, Creed di Pavilion Kuala Lumpur.
“ ‘Kematian’ ini memberi impak kepada jalan cerita di sekeliling Tongki dan peminat Budak Tebing yang sudah terbiasa dengan kelibat karakter Tongki pada setiap episod.
“Kita akan dapat lihat bagaimana kehidupan budak tebing akan diteruskan tanpa adanya Tongki. Adakah mereka akan lost? Penonton perlulah mengikut episod-episod seterusnya untuk mendapat tahu.
“Walaupun Tongki kelihatan messy dan bergelar ‘budak tebing’, dia ialah seorang yang mempunyai pendirian yang sangat tetap. Persahabatan baginya adalah sesuatu yang diutamakannya. Nombor satu. Jika kawan dia lost sekejap, dia akan tarik semula kawannya ke jalan betul untuk tidak lupakan diri.
“Di situ, watak Tongki ini telah memberi kesedaran terutamanya kepada penonton remaja betapa pentingnya persahabatan dan menghargai kawan di sekeliling. Once gone, they will not come back,” ujarnya.
Berkenaan perasaan Aedy apabila watak Tongki ditiadakan selepas episod kedua Budak Tebing 3, pelakon berusia 29 tahun ini mengejutkan penulis apabila dia mengakui idea untuk mematikan watak itu hadir daripadanya sendiri.
“Saya yang mengusulkan idea (mematikan watak Tongki) ini atas sebab-sebab kukuh dan mereka pun bersetuju setelah kami berbincang.
“Pada mulanya, skrip asal melibatkan saya sebanyak 13 episod penuh. Tipulah jika saya kata saya tidak cintakan karakter Tongki dan drama Budak Tebing.”
“Namun pada masa yang sama, saya perlu ‘keluar’ daripada kepompong Tongki.”
“Ini agar saya boleh menjadi seorang pelakon versatil yang akan diingati untuk karakter berbeza.
“Bagi setiap karakter yang saya bawa, saya hendak ia melekat di hati penonton. Disebabkan alasan itu dan di atas persetujuan stesen TV serta penerbit, mereka mematikan karakter Tongki.”
Ulas Aedy lagi, keputusan ini tidak seharusnya membuatkan peminat drama Budak Tebing dan peminatnya untuk tidak lagi mengikuti perjalanan drama ini.
Malah, Aedy berpendapat penonton pasti akan menikmati keseluruhan jalan cerita Budak Tebing 3 dengan beberapa karakter baharu seperti Kylo dan Husna; masing-masing dilakonkan oleh Nabil Aqil dan Nia Atasha.
“Saya fikirkan, selepas Aedy Ashraf, siapa? Jadi inilah masanya untuk pelakon-pelakon baharu ini menunjukkan bakat dalam sebuah drama yang mempunyai asas sekukuh siri Budak Tebing,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Aedy cuba menenangkan peminat Budak Tebing yang kecewa dengan kematian watak Tongki menerusi hantaran terbaru di Instagram.
“Terima kasih kepada yang setia menunggu Tongki. I love you,” tulisnya.
Budak Tebing 3 bersiaran untuk slot Lestary di saluran TV3 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.