Ingatkan lepas memasuki tahun 2018, isu berpakaian menutup aurat atau modest fashion tak lagi dipersoalkan di peringkat dunia.
Nope, tanggapan itu nyata meleset sekali apabila masih ada yang berfikiran sempit terhadap keputusan wanita menutup aurat. Pada kali ini, kritikan itu datang daripada mulut bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.
Penulis tidaklah begitu mengenali personaliti bernama Tony Abbott ini. Namun sekitar tahun 2012-2013, beliau popular di kalangan rakyat Australia kerana dasarnya yang lebih terbuka dan inginkan rakyat di sana mengenepikan perbezaan lalu menjadi 1 komuniti.
Hari ini, Tony mengambil keputusan untuk secara lantangnya menolak pembabitan beberapa orang pereka fesyen Muslimah dari Australia yang baru saja tamat mengadakan pameran fesyen Faith Fashion Fusion di Malaysia.
Kenapa cakap tak serupa bikin?
Kata beliau kepada The Australian Daily, “Kementerian Perdagangan Asing dan Industri Australia tidak patut memilih projek yang melihatkan pandangan old fashion terhadap pemakaian sopan (modest).
“Ia tak selari dengan gaya hidup dan imej Australia. Kita ingin rakyat Australia untuk menjadi terbuka (fresh and open).”
Tony juga tampil sarkastik terhadap pemilihan wanita berpurdah.
Ads
“Kita ingin mereka menunjukkan muka. Dan jika mereka nak tunjukkan sedikit bahagian lengan dan kaki dan memakai bikini, well, kita terima semua itu dan ia tak menjadi masalah,” kata beliau lagi.
Pandangan seorang yang pernah bergelar Perdana Menteri itu nyata cetek, tak berfikiran panjang dan sempit. Tahukah Tony, walaupun hanya 2.6% rakyat Australia beragama Islam, namun peratusan itu mewakili hampri 605,000 orang penduduknya.
Itu bukanlah jumlah yang sedikit.
Dan sebagai seorang yang mawakili rakyat, beliau sama sekali tidak boleh berfikiran ektremis dan melabel wanita berpakaian sopan sebagai ‘old fashion‘ dan ‘not Australian‘.
Ads
Pandangan penulis terhadap isu ini nampaknya turut disokong oleh tiga orang pereka fesyen Muslimah dari Australia yang terlibat dalam pameran ini.
Mereka adalah designer pakaian renang ‘burkini’ Aheda Zanetti, designer Ilham A Ismail dan ahli akademik Dr. Susan Carland.
Pakaian burkini rekaan Aheda Zanetti.
Aheda berkata, beliau mencipta label pakaian renang Muslimah untuk memberi kebebasan wanita bersukan tanpa perlu berkompromi tentang status sebagai seorang wanita Muslim.
Sebelum beliau memulakan label itu pada tahun 2004, mereka terlebih dahulu menguji pakaian renang ‘burkini’ dan bertanya kepada pengguna sama ada ia akan membuatkan wanita Muslim lebih yakin dan aktif bersukan.
Ads
“(Tony) hari ini mempersoalkan pakaian menutup aurat sebagai menyekat hak wanita berpakaian di tempat awam. Tetapi pernah beliau terfikir, hak kami berpakaian kami sebagai seorang Muslim? Tiada siapa yang memaksa kami berhijab dan menutup aurat. Ia ada pilihan masing-masing,” terang Aheda.
Koleksi pakaian Muslimah oleh pereka Australia, Ilham A Ismail.
Pereka fesyen, Ilham A Ismail pula mengalu-ngalukan inisiatif pameran pakaian Muslimah di Malaysia ini.
“Australia ialah sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Jika bukan kita yang mempromosikan kepelbagaian masyarakat di Australia di mata dunia, siapa lagi? kata pereka wanita Australia itu.
“Pakaian kami adalah produk Australia, direka di Australia, memberi berpuluh-puluh peluang pekerjaan kepada staf Australia dan diberikan penghargaan untuk dipamerkan di negara luar seperti Malaysia dengan membawa nama Australia.
Antara Hijabis yang menyokong gerakan Fashion Faith Fusion di Sydney Australia.
“Kita ada lebih 1.5 bilion masyarakat Muslim di seluruh dunia dan separuh daripadanya adalah perempuan. Saya fikir kita masih belum ambil peluang untuk meluaskan peluang perniagaan untuk kelompok ini.
Pameran dan acara fesyen ‘Faith, Fashion, Fusion: Muslim Women’s Style in Australia’ dimulakan oleh oleh Muzium Kesenian dan Sains kerajaan New South Wales pada tahun 2012 dan dilancarkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur pada November 2017 lepas. Ia baru saja berakhir pada 28 Januari lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu akhir Ramadan iaitu bulan penuh keampunan dan keberkatan ini, pastinya waktu berbuka adalah yang paling dinantikan selain melakukan pecutan amal ibadah.
Berbuka merupakan nikmat sebenar bagi orang yang berpuasa. Sementara menunggu waktu berbuka, ramai di kalangan kita yang rajin untuk menyediakan resipi-resipi mudah.
Bukan saja jimat duit, korang juga boleh dapat dalam kuantiti banyak. Ditambah pula dengan musim PKPB yang mengenakan sekatan perjalanan, jadi resipi DIY sememangnya digalakkan.
Jom kita cuba siapkan resipi sos cili thai yang dikongsi oleh Siti Zubaidah Ibrahim ini. Senang je untuk dapatkan bahannya di dalam dapur.
Inilah sos cicah ThaiYummy, sotong sumbat untuk menu berbukaSedap tu buat cicah sotong sumbat
Ini saya sempat kongsikan untuk semua. Saya siapakan ini untuk kuantiti yang banyak agar senang dimasukkan ke dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk.
SOS PENCICAH THAI
Bahan-bahannya:-
1) Bawang putih: 7-8 ulas
2) Cili bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
3) Akar pakchi ataupun ketumbar
Semua bahan di atas ditumbuk. Saya gunakan chopper kerana kuantiti yang banyak.
4) 6-7 biji limau nipis
5) 2 1/2 sudu besar sos ikan
Kemudian perah limau nipis. Masukkan sos ikan, letakkan gula, garam sedikit saja kerana sos ikan sudah masin dan mempunyai perasa.
Potongkan daun ketumbar dan gaulkan saja. Tak nak potong pun tak apa. Nak lagi senang chopper-kan sekali daun ketumbar.
Jika sos pencicah tu terlalu pekat, bolehlah tambahkan sedikit air suam. Siap!
Sos pencicah thai ini sesuai untuk dinikmati dengan menu kerang, udang, sotong, ikan dan ayam; sama ada yang telah direbus atau dubakar.
Selamat mencuba!
Kredit : Siti Zubaidah Ibrahim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun sudah melebihi tiga minggu menemui penonton di pawagam, filem Polis Evo 3 masih tidak lekang daripada perhatian peminat filem tempatan apabila sekali lagi ia mencatatkan satu lagi rekod baharu.
Kali ini, Polis Evo 3 disahkan sebagai filem aksi komedi paling laris pernah dilancarkan di pawagam Malaysia sepanjang masa. Ini setelah ia berjaya meraih kutipan mengagumkan sebanyak RM50 juta dalam tempoh 24 hari ditayangkan termasuk tarikh tayangan awal!
Biarpun sudah memasuki minggu keempat tayangan di pawagam-pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura disamping berhadapan saingan sengit filem-filem Barat; filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih menjadi pilihan orang ramai.
Berikutan rekod baharu yang telah dipecahkan ini, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 iaitu Raja Jastina Raja Arshad mewakili keseluruhan produksi menzahirkan rasa syukur di atas sambutan orang ramai.
“Terima kasih kepada pihak pawagam yang masih menyokong polis Evo 3 dengan memberikan jumlah tayangan yang masih tinggi meskipun sudah memasuki minggu keemapt tayangan.
“Terima kasih juga kepada pihak media, rakan penerbit, barisan pelakon dan penonton Malaysia. Tanpa anda kejayaan ini tidak akan berhasil. Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta para penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton di luar sana telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan,” katanya.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri filem Malaysia semakin rancak menghasilkan filem-filem hebat dengan kutipan yang sangat memberangsangkan.
Jika tahun lepas filem Munafik berjaya mengutip kutipan sebanyak RM48 juta dan Hantu Kak Limah 3 pula sebanyak RM36 juta, agak-agaknya tahun ini filem apa yang menguasai carta kutipan tertinggi setakat ini?
Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Filem Kita, berikut merupakan Top 10 kutipan jualan tiket filem Malaysia bagi tahun 2019 setakat ini.
1. BoBoiBoy Movie 2
RM29.57 juta
2. Upin & Ipin: keris Siamang Tunggal
RM26.20 juta
3. Pusaka
RM12.50 juta (25 hari)
4. Sangkar
RM9.58 juta
5. Misteri Dilaila
RM9.46 juta
6. Bikers Kental 2
RM7.68 juta
7. Ejen Ali: The Movie
RM6.40 juta (3 hari)
8. Wira
RM5.20 juta
9. A Journey of Happiness
RM3.55 juta
10. Amazing Spring
RM3.01 juta
Nah, diingatkan kembali, senarai ini bukan kutipan akhir untuk tahun ini ya. Ada banyak filem yang masih ditayangkan dan dianggarkan kutipannya akan terus meningkat.
Sama-sama kita tunggu akhir bulan ini untuk mengetahui senarai bagi kutipan penuh filem Malaysia 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!