Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila pelakon lelaki Zul Ariffin memuat naik video teaser ‘panas’ drama Perempuan Itu di laman instagramnya. Video tersebut telah mendapat reaksi ramai dan dilihat pelakon itu telah pun memadamkannya.
Terbaharu, Zul Ariffin telah pun membuat kenyataan permohonan maaf kepada semua yang terkesan dri tindakannya itu. Dia juga menyatakan selepas ini akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan untuk dipromosikan di media sosial.
Dalam video tersebut, Zul Ariffin tampil bersama seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Siti Hariesa. Antara yang mencuri perhatian adalah babak panas dilakukan mereka dan ia secara tidak langsung menerima kritikan negatif daripada orang ramai.
Khabarnya lagi, drama itu tidak akan ditayangkan di televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku kepada pihak berwajib.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua, khususnya para selebriti untuk tidak melakukan sebarang perkara yang boleh memudaratkan diri. Diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri drama The Penthouse 3 sudah sampai ke episode 8, di mana penonton semakin berdebar menantikan setiap rahsia yang ingin dibongkar dan melihat yang akan terjadi seterusnya.
Namun begitu, minggu ini drama siri popular Korea itu akan ditangguhkan siarannya bagi memberi laluan kepada pembukaan Olimpik Tokyo 2020.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos tahun ini setelah ditangguhkan selama setahun disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19.
Episod 8 The Penthouse 3 dijadualkan akan ditayangkan pada 30 Julai depan.
Rata-rata peminat siri drama ini berasa kecewa kerana mereka terpaksa menunggu lagi seminggu untuk episod seterusnya. Sudahlah hanya satu episod ditayangkan seminggu, kini mereka terpaksa menunggu lagi satu minggu untuk menonton episod 8.
Walaupun ada yang mengatakan sudah bosan dengan plot twist yang terlalu complicated dan tidak masuk akal, namun masih ramai lagi yang tetap tidak sabar untuk menonton kesudahannya.
Masing-masing punya citarasa kan? So guys, bersabarlah untuk tunggu lagi satu minggu okay? Hiks!
Bukan sehari dua pawagam Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) telah MELARANG sebarang bentuk rakaman secara curi-curi semasa menonton di pawagam.
Melalui pelbagai bentuk platform seperti video, artikel dan video PSA, GSC seringkali menegaskan bahawa sebarang bentuk rakaman sama ada berbentuk rakaman video, Insta Story, Snap Chat, rakaman suara serta bunyi adalah dilarang sama sekali.
Ini kerana GSC gusar sekiranya isu seperti ini berlaku, produksi filem luar negara enggan untuk berkolaborasi lagi dengan pawagam Malaysia.
Namun, nampaknya segelintir kecil netizen Malaysia masih ibarat ‘tidak faham bahasa’ dan meneruskan jua perbuatan tersebut. Terbaru, filem hangat Avengers: Infinity War menjadi mangsa kepada tayangan secara haram menerusi media sosial seperti Facebook Live, Insta Story dan sebagainya.
Ggrrr..!
Ada penonton merakam dan memuat naik babak penting Avengers: Infinity War di Instastory dan Facebook. Bukan satu dua babak tau, hampir beberapa minit jugak lah.
Malah, kami juga terkejut apabila penyanyi, Ara Johari juga merupakan salah seorang yang memuat naik babak akhir filem itu di Insta Story. Motif!
* * * * *
Okay, sekarang bukan masa untuk mengecam sesiapa yang berbuat sedemikian. Sekarang adalah masa untuk menghentikan sebarang perlakuan seperti ini. Kita sebagai penonton kenalah bertimbang rasa untuk tidak memberikan spoiler kepada penonton lain yang tidak berkesempatan lagi untuk menonton filem tersebut.
Kita semua dah menunggu filem ini sejak tahun lepas kot. Jadi pastinya, semua orang hendakkan pengalaman fresh ketika menonton.
Ungkapan “Tak nak spoiler, janganlah tengok IG Story aku” langsung tidak valid di sini kerana perbuatan merakam secaram haram itu masih dikira salah dari sisi undang-undang. So guys, lets just enjoy the movie and turn off your phone okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam di laman Twitter, pelakon kacak Remy Ishak telah berkongsi bersama followers-nya berkenaan pengalamannya yang kurang best melibatkan – hhm – ‘kelibat’.
Untuk pengetahun korang, Remy sekarang dalam proses persediaan untuk sebuah filem seram berjudul ‘Pontianak The Legend’. Filem yang turut dibintangi oleh Namron, Tony Eusof, Fazura, Hisyam Hamid dan Shenty Fezliana itu katanya bakal memulakan penggambaran tak lama lagi dan buat masa ini, Remy sebagai pelakon berpengalaman gemar untuk menghayati wataknya terlebih dulu.
Namun, dalam sibuk untuk get into character, Remy memuat naik tweet seolah-olah selalu dibayangi oleh kelibat makhluk halus. Mungkin pontianak memandangkan itulah jalan cerita filem tersebut.
Dalam penghayatan watak utk filem baru judul ‘PONTIANAK’. Tak ada benda yg seronok & best dalam hidup aku sekarang ni. Script ni buat aku jahanam! semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang. Allah hu Allah!
Ramai followers yang memberikan sokongan kepada Remy agar bertabah dengan dugaan tersebut dan menyuruh berubat secara Islam. Tak kurang juga yang mengatakan bacaan ayat kursi merupakan senjata hebat jika berdepan dengan makhluk halus.
Hhm, meremang juga bulu tangan. Penulis banyak kali terdengar cerita gangguan makhluk seperti pontianak ini. Dan antara spot popular adalah ketika kita memandu. Mungkin juga ayat Remy: “Semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang” bermaksud dia pernah melihat kelibat ketika memandu. Wallahualam.
Sebagai pendedahan untuk mengelak ‘kelibat’ ketika memandu terutamanya untuk perjalanan malam, mungkin kita boleh belajar sedikit tip daripada Esah Bujang (nama gelaran) yang berpengalaman dalam hal seperti ini.
1. Mulakan Dengan Doa
Sebelum bertolak, bersiap-sedia terlebih dulu dengan bacaan doa. Ini juga valid sebelum memandu pada bila-bila masa. Amalkan bacaan surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, bacaan empat surah Qul dan bacaan doa memandu.
2. Jangan Cakap Besar
Jangan sesekali cuba untuk tunjuk power, tunjuk jantan atau mencabar makhluk halus agar menggangu korang. Pesanan orang tua-tua ini wajib diikuti terutamanya jiks memandu di kawasan yang sedikit ‘keras’. Kan ada peribahasa, terlajuk perahu boleh diundur, terlajak kata…
3. Elakkan Makanan Berdaging Di Dalam Kenderaan
Sebaik mungkin, elakkan makanan seperti daging bakar, ayam bakar waima burger sekalipun di dalam kereta ketika perjalanan jauh utara-selatan atau ke pantai timur. Bukanlah kerana ajaran khurafat. TETAPI makhluk halus di kawasan ‘keras’ cepat tertarik dengan makanan berdarah walaupun ia telah dimasak. Lebih baik kita ambil langkah selamat.
4. Jika Kereta Terasa Slow..
Esah Bujang pernah mengalami situasi di mana kereta yang dipandu pada waktu malam tidak dapat memecut laju. Paling power pun setakat 60-70 kilometer sejam. Beliau juga perasan yang ramai pemandu dari arah jalan bertentangan mula memberikan lampu high beam. Setelah berhenti di Karak, beliau bertemu dengan seorang pemandu lori di belakang kereta mereka tadi. Pemandu lori bertanya, “Tak perasan ke tadi.” Perasan apa?
Rupanya, ada makhluk yang berada di atas kereta mereka tadi! Mungkin sebab itulah, kereta terasa slow. Jika ia terjadi kepada korang, berhenti di kawasan awam secepat mungkin seperti di RnR.
5. Kalau Tahu Kereta Diganggu
Selepas berhenti di RnR, selalunya kelibat tersebut akan hilang dari pandangan mata. Namun, tak nampak bukan bermaksud ‘ia’ tak ada di situ.
Antara petua yang dikongsi adalah untuk mendapatkan rokok ( kalau tak merokok, beli sekotak dari kedai di stesen minyak ), bakar sebatang dua dan letakkan di atas jalan, berhampiran dengan kereta. ‘Pesan kepadanya’ untuk tidak mengganggu korang lagi selepas ini.
Kenapa rokok? Ini kerana asap adalah antara ‘makanan’ makhluk halus. Seperti juga makhluk Tuhan yang lain, ia akan terleka jika diberikan makanan dan pada masa itulah, korang boleh beredar dari situ.
6. Terus Diganggu Semasa Memandu
Hhm, degil betul ‘dia’ ni. Tiada apa yang lebih hebat melainkan ayat suci Al-Quran.
Bacalah ayat Al-Fatihah terlebih dulu. Tetapkan niat kepada Allah agar korang dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan. Kemudian, baca ayat Kursi sebagai pendinding diri.
Namun, selalunya jika diganggu oleh makhluk halus, kebanyakan mangsa akan sukar nak membaca ayat panjang seperti itu. Serius, tergagap!
Jadi, bagi memudahkan korang yang tak lancar membaca ayat Kursi, laungkan saja azan kerana azan membuatkan ‘ia’ gelisah dan merasa panas.
InsyaAllah, penjalanan korang okay je sehingga ke destinasi. Paling penting, sentiasa percaya kepada kekuasaan Allah dan berserah kepadaNya. Amalkan suruhannya sepanjang masa agar diri sentiasa dilindungi insyaAllah. Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.