Teruja dengan pengiktirafan itu, pemuda berketurunan Pakistan-Melayu ini menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu kejutan yang menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus berkarya.
Zubir (tengah) menerima Anugerah Macrokiosk Muhibbah daripada Ketua Pegawai Eksekutif Macrokiosk Datuk Kenny Goh (kanan). – Foto BERNAMA
“Saya hilang tangan kanan pada usia empat tahun dan keadaan itu membuatkan saya selalu berfikir kekurangan yang dimiliki akan menjadi penghalang untuk berjaya. Namun, akhirnya saya sedar kekurangan itu bukanlah halangan selagi kita tidak berhenti mencuba.
“… dan saya juga tidak pernah menjangkakan lagu-lagu nyanyian saya akan menjadi tular, dan seterusnya berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia. Saya bersyukur kerana ini adalah anugerah pertama yang saya terima dan akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah itu, di sini pada Selasa
Ads
Anugerah Muhibbah dilancarkan pada tahun lepas hasil kerjasama Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dan penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK, bagi menghargai individu, kumpulan, atau organisasi yang telah menyumbang kepada semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.
Pelantun lagu Oh My Khadale itu menerima anugerah berkenaan daripada Exco NPC Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif yang mewakili Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan dan membawa pulang wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan.
Ads
Zubir Khan Terima Anugerah Muhibbah
Nama Zubir mula dikenali selepas menyanyikan lagu-lagu Tamil menerusi persembahan di majlis perkahwinan dan rakaman semula atau ‘cover version’ sejak 2018. Antara lagu bahasa Tamil ciptaan Zubir ialah Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle dan Yennode Macha yang kesemua muzik videonya mencatat jutaan tontonan di YouTube.
“Saya juga bakal melancarkan single Deepavali Sudah Mari pada 26 Okt ini bersempena dengan sambutan Deepavali yang bakal tiba. Saya berharap dapat terus mencipta dan menyanyikan lagu-lagu baharu yang akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menghayati semangat muhibah dan hidup harmoni,” katanya yang menjadikan komposer dan penyanyi dari India, Anirudh Ravichander sebagai idola.
Ads
REMAJA : Tahniah Zubir atas kejayaan ini, moga lebih maju dan berjaya di masa akan datang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas hampir dua dekad, gandingan pegawai polis Mike Lowrey dan Marcus Burnett kembali lagi dalam Bad Boys For Life.
Chemisty lakonan dua aktor hebat, Will Smith dan Martin Lawrence memang tidak pernah mengecewakan. Apa yang lebih menarik lagi, kali ini penonton akan lebih terhibur bila melihat watak Marcus Burnett yang telah bergelar seorang datuk.
Kisah Bad Boys kali ini menceritakan tentang hubungan Mike dan Marcus yang menjadi renggang. Semuanya kerana Marcus yang mengambil keputusan untuk bersara namun dibantah oleh Mike.
Namun, satu insiden telah berlaku dan Mike ditugaskan untuk mengetahui pasukan elit yang baru ditubuhkan, AMMO. Walaupun dia selalu bercanggah pendapat dengan pasukan polis-polis muda tersebut, namun tindakan profesional dan semangat sepasukan mereka harus dipuji.
Apabila seorang ketua samseng dari kartel dadah Miami, yang mana abangnya telah dibunuh oleh Mike dan Marcus beberapa tahun lalu, ingin membalas dendam terhadap Mike, kedua-dua polis itu perlu bersatu semula untuk menumpaskannya.
Jika korang mahu menonton komedi dan aksi dalam satu movie, Bad Boys For Life adalah pilihan terbaik. Jalan cerita yang menarik dari awal hingga akhir serta padat dengan aksi tembak-menembak, korang memang tak sempat nak rasa mengantuk menonton filem ini walaupun durasinya 2 jam 4 minit. Hiks!
Chemistry di antara dua watak penting ini tidak perlu dinafikan lagi. Ada sahaja babak mencuit hati mereka walaupun sedang berhadapan dengan situasi tegang.
Sesekali kami terasa seperti menonton filem Fast & Furious kerana lagak si Mike membawa kereta yang seperti lipas kudung.
Kami juga tertarik dengan plot twist yang diberikan kerana pelbagai emosi dirasakan pada saat akhir menonton filem ini.
Selepas kecewa dengan aksi Will Smith dalam Gemini Man tahun lalu, filem ini berjaya mengubati rasa kecewa kami kerana lagak aksi Will Smith dalam filem ini memang meletop!
Kalau korang nak tahu kenapa, kenalah tonton sendiri Bad Boys For Life yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Januari 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arab Saudi kini semakin mesra dengan dunia hiburan apabila dilihat semakin membuka ‘pintu’ negara dengan kahadiran konsert-konsert artis luar negara. Terbaharu, dunia hiburan Arab Saudi bakal digegarkan dengan kemunculan musim pertama Saudi Idol.
Rancangan tersebut merupakan rancangan antarabangsa Pop Idol yang popular seantero dunia diilhamkan oleh Simon Fuller. Kalau pembaca REMAJA ingat, dahulu Malaysia turut menghasilkan rancangan sama selama dua musim yang disiarkan disaluran 8TV.
Rancangan baharu itu akan dilancarkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi dan konglomerat media, MBC. Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am, Turki Al-Sheikh mengumumkan mengenai rancangan tersebut di Twitter dan turut mendedahkan nama juri untuk pertunjukan bakat baharu ‘Saudi Idol’.
“Gembira mengumumkan kerjasama baharu antara Pihak Berkuasa Hiburan dan Kumpulan MBC untuk melancarkan Saudi Idol,” ciap Turki Al-Sheikh.
Juri rancangan itu akan terdiri daripada penyanyi Arab Saudi Aseel Abubakr, penyanyi dan pelakon handal Emirati, Ahlam AlShamsi, penyanyi dan komposer Iraq-Saudi ,Majid Almohandis, dan penyanyi terkenal Syria, Assala.
Penerbitan rancangan Saudi Idol ini bertujuan untuk mempromosikan industri muzik Arab Saudi dan menonjolkan bakat-bakat rakyat negara tersebut. Seperti kebanyakan rancangan bakat Idol, pertandingan nyanyian akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu uji bakat dan pertunjukan langsung.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Well guys, Westlife akan berada di Stadium Malawati Shah Alam pada malam ini dan peminat tak sabar untuk menunggu!
Penulis sempat untuk menyertai satu sesi temuramah secara panggilan untuk bercakap bersama salah seorang ahli kumpulan Westlife iaitu Shane Filan.
Dia merupakan antara ahli yang pernah mengeluarkan album solo selepas Westlife tidak lagi seaktif zaman 2000-an dan ini adalah antara komennya.
Solo ke grup lebih best?!
Album Atau Streamline
S: Saya masih lebih gemarkan album fizikal seperti CD dan DVD. Streaming atau muat turun sukar jika korang bukannya mainstream singers. Saya bertuah kerana peminat Westlife masih menyokong saya walaupun bergerak solo.
Solo Lebih Sukar?
S: Kedua-duanya berbeza. Yang penting, saya masih lakukan apa yang saya suka iaitu menyanyi.
Tetapi apabila menyanyi di atas pentas, saya rindukan ahli kumpulan kami dan pentas itu terasa kosong. Saya lebih gembira bila mereka ada sama.
Lagu Kegemaran
S: Ya, saya selalu akan kembali menyanyikan lagu daripada album Westlife di rumah secara tiba-tiba. Selepas menyanyikan beberapa rangkap saya akan berhenti. I thought to myself, “Did I just sing Flying Without Wings, AGAIN?!”
Bekerja Dengan Simon Cowell
S: Bila Westlife mengeluarkan album ketiga, nama grup kami sangat-sangat popular dan Simon amat tegas dengan displin kami berlima. Simon menelefon saya pada satu malam di Ireland dan dia berkata, “Kamu terlalu gemuk untuk bidang ini. You are a little bit fat, kiddo.”
On one hand, teguran itu seperti kasar. Tetapi hakikatnya saya memang makan terlalu banyak sehingga berat meningkat. Simon hanya ingin berlaku jujur dengan saya.
Bagi korang yang akan menonton Westlife Live in Kuala Lumpur pada malam ini, have fun and be safe, okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...