
Langkah dua peserta bervokal lantang, Zuana dan Pasya dalam program realiti nyanyian, Raise The Star yang memasuki episod kedua malam tadi terus kencang ke hadapan setelah mereka berjaya mengekalkan kedudukan Top 5 yang diperolehi sejak minggu pertama.
Turut mengiringi mereka mara ke minggu seterusnya ialah Didie Shazry, Harz Fahayet dan Max Brandon yang tidak kurang hebatnya.
BACA: Risau Suara Disamakan Dengan TokTi, Zuana Zulmat Raih Pujian Pihak Juri Di Raise The Star – Remaja
Dalam pada itu, empat peserta lain yang menamatkan saingan di Raise The Star malam tadi ialah Erika Foo, Syaf Kahar, Nishman dan Bosswan. Ini setelah mereka tidak berjaya menyakinkan juri tetap; terdiri daripada Ajai, Shila Amzah, Audi Mok, Aina Abdul dan Ikhwan Fatanna serta penonton di rumah untuk mengundi mereka melalui persembahan masing-masing.
Menariknya, Bosswan berjaya meraih anugerah Gempak Star On Fire yang ditentukan menerusi undian peminat untuk minggu kedua berturut-turut. Bagaimanapun, itu belum cukup untuk menyelamatkan Bosswan pada pusingan penyingkiran.
Sebagai info, sistem pemarkahan Raise The Star menetapkan 80 peratus hadir daripada barisan juri tetap manakala undian peminat pula mewakili 20 peratus yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.