TAHNIAH diucapkan buat pasangan beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Lee Zii Jia setelah kedua-dua berjaya menghadiahkan pingat gangsa pertama dan kedua negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bagi menghargai perjuangan wirawan negara ini setelah memperagakan prestasi membanggakan dalam sukan badminton, ketiga-tiga mereka bakal menerima habuan sulung serba lumayan berupa sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro; setiap seorang.
Umum jenama kenderaan, Chery Malaysia lagi, mereka juga menjanjikan tawaran SUV Chery Tiggo 8 Pro kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Ads
Wah, bestnya dapat kereta baru. Memang berbaloi dengan usaha dan kerja keras mereka!
Ads
Terdahulu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa sekaligus pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 setelah bangkit dari belakang untuk menewaskan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan kutipan 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit.
Sehari selepas itu, Lee Zii Jia menundukkan lawan dari India, Laksyha Sen dalam masa 71 minit dengan kutipa mata 13-21, 21-16, 21-11 sekaligus menebuskan kekecewaannya di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini tular mengenai isu kemunculan Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai jenis varian, strain dan mutasi di dalam serta luar negara.
Apa yang dibimbangkan oleh rakyat Malaysia telah pun terjadi.
Baru je kita bebas dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), hari ini ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa KKM telah menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia.
Menurutnya, kedua-dua kes ini dikesan dari dua warganegara asing yang tiba dari Dubai, UAE.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Untuk info, sikenali sebagai B.1.525, varian Nigeria pertama kali dikesan di United Kingdom dan Nigeria pada bulan Disember 2020. Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun.
Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia berasa gelisah dan resah, dengan kemunculan virus dalam kelas yang baharu ini. Tak kurang juga yang meluahkan rasa penat ikut SOP.
Info tentang varian
Varian
Terma varian digambarkan apabila suatu bentuk berubah menjadi bentuk lain dari yang asal, seperti contoh jika kereta normal memiliki empat roda iaitu dua roda dibahagian depan dan dua roda lagi dibahagian belakang.
Manakala kalau varian pula boleh dilihat apabila satu roda berada didepan, dua roda ditengah dan satu roda dibelakang kereta.
Foto – Science Focus
Diharap orang ramai tidak panik dan yakin dengan pengendalian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani virus kelas baru ini.
Isu pakaian tradisional legnha yang disarungkan oleh pelakon dan pengacara, Mira Filzah baru-baru ini demi penggambaran komersil produk lensa mata masih diperkatakan di media sosial.
Mungkin kerana kita berada dalam bulan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, isu ini seakan-akan mengugat sensitiviti sebilangan masyarakat.
Dalam pertemuan REMAJA bersama pelakon Nadiyah Shahab, penulis bertanyakan pendapatnya mengenai isu tersebut memandangkan Nadiyah juga pernah menyarungkan pakaian tradisional daripada negara Arab semasa majlis perkahwinannya tak lama dahulu.
“Pertamanya, baju yang saya sarungkan itu adalah pakaian tradisional Yemeni. Ayah saya berdarah Arab dari Yaman, jadi saya rasa tak salah untuk saya sarungkan pakaian itu. Itu bukan satu bentuk ‘cultural appropriation’.
“Tetapi saya faham, jika saya memakai pakaian tradisional seperti legnha walaupun itu bukanlah budaya saya, mungkin boleh timbul sedikit isu di situ. Bukan kerana kita tidak boleh menyokong budaya bangsa lain, tetapi ia disebabkan oleh trend di negara Barat yang menolak cultural appropriation.
“The westerners are appropriating other cultures, be it Red Indian or Japanese.
“Namun di Malaysia, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan harmoni. Kita saling memakai pakaian bangsa lain, makan makanan tradisi masing-masing. Malah kita juga belajar bahasa bangsa lain. Kita tidak pula memanggil itu sebagai ‘appropriating languages’.
“Jadi dalam hal ini, bagi saya, apa yang Mira buat itu tidak salah kerana konteksnya adalah masyarakat majmuk,” kata Nadiyah ketika ditemui REMAJA dalam sidang media pengenalan 10 bakat baru di bawah syarikat Absolut Management.
Syarikat Absolut yang dikongsi oleh finalis Hero Remaja 2011/12 Ben Ali dan isterinya, Nadiyah Shahab.
Pengasas bersama Absolut Management
“Dalam pembikinan syarikat talent management ini, saya terlibat dalam persiapan kontrak yang disediakan oleh Absolut, AIA Imtiyaz dan 10 orang bakat baru yang kami represent sekarang.
“Sebelum ini, saya sendiri pernah duduk di bawah pengurusan artis. Daripada pengalaman tersebut, saya tahu di manakah kekurangan dan kelebihan pengurusan artis yang kita ada di Malaysia.
“Sebagai contoh, sukar untuk pengurusan di luar sana carikan saya job dahulu. Jadi saya memberitahu Ben, lets not do that to our talents. Lets put in our own effort. Kami berdua sendiri perlu membuktikan bahawa kami serius dalam bekerja sebagai sebuah syarikat pengurusan sekarang. Carikan pekerjaan dan endorsement untuk mereka, barulah mereka rasa berbaloi untuk berada di bawah kami.
“Pada masa yang sama seperti yang Ben katakan tadi, kami nak lakukan kebajikan juga menerusi Absolut Management.
“Contohnya seperti penyediaan payslip dan insurans, ini adalah perkara yang tidak diterima oleh freelancer. Jadi penting untuk kita sediakan semua itu untuk mereka miliki aset, kad kredit dan sebagainya demi kelangsungan hidup,” jelas Nadiyah penuh terperinci.
*
Jom lihat siapakah 10 orang bakat baharu yang kini bernaung di bawah Absolut Management.
Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Bila waktu PKP ni, tak kiralah di Malaysia atau pun luar negara, dengan tidak semena-semenanya ramai individu menjadi kreatif dalam membuat inovasi bukan saja kepada makanan, malah topeng muka juga.
Untuk menjalani kehidupan new normal, rasanya penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia hari ini. Terbaru, Halima Eden tampil mengeluarkan set hijab bersama topeng muka yang mesra hijabi untuk barisan hadapan.
Dicipta khas buat para hijabi, topeng muka jenis tradisional yang biasa dipakai sebelum ini sangat tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang. Ramai pekerja hospital telah berkongsi gambar keadaan wajah mereka yang berbekas malah timbul luka-luka kecil akibat memakai topeng muka.
Bagi doktor dan jururawat yang berhijab, keadaan menjadi lebih rumit dengan masalah topeng muka yang tidak merangkumi tudung dan penutup muka.
Menurut model muslimah berkulit hitam ini, beliau mahukan sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada pesakit dan pekerja kesihatan.
“Ketika merancang untuk melahirkan set ini, saya memilih warna yang kaitkan dengan kedamaian dan bukannya warna putih standard, warna yang membuatkan saya berasa senang setiap kali melihatnya.
A post shared by Halima (@halima) on May 13, 2020 at 11:49am PDT
“Set ini dapat membuatkan mereka melakukan kerja dengan mudah di samping merasa selesa. Saya tahu ramai wanita berhijab yang bekerja dalam sektor kesihatan, dan keselesaan mereka sangatlah penting agar kerja dapat dilakukan dengan sebaiknya.”
Memang cool rekaan set hijab dan topeng muka ini. Kalau korang kreatif boleh la ambik inspirasi Halima Eden ni, trytau nanti bagi penulis satu tau. Hiks!
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.