Hiburan

Ziana Zain Bakal Ubati Rindu Peminat Di Mega Star Arena Pada Tahun Hadapan!

Share

Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain akhirnya merealisasikan impian peminat yang mahu dirinya kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun.

Menurut penyanyi lagu popular Anggapanmu itu, dia sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan para peminatnya pada tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sangat Sweet, Baik & Berbakat” -Daiyan Trisha Teruja Berganding Dengan Hun Haqeem

“Gembira, nervous, sedih pun ada, dan bersyukur kerana penantian yang Kak Gee tunggu lama ini alhamdulillah termakbul juga, walaupun dah 20 tahun lebih.

“Kak Gee bersyukur kerana ramai permintaan bukan sahaja daripada peminat malah daripada rakan-rakan wartawan yang rindu nak melihat Kak Gee beraksi.

“Alhamdulillah dengan sokongan dari semua pihak akhirnya konsert ini dapat diadakan,” katanya semasa sidang media Ziana Zain Konsert 2024.

Bercakap mengenai persiapan konsert yang akan diadakan bebaki lebih kurang lima bulan akan datang, Ziana yang juga mesra dengan panggilan Kak Gee menyatakan bahawa kesihatan menjadi tumpuan utamanya.

“Perkara pertama adalah kesihatan, kedua adalah stamina, ketiga adalah latihan, keempat kita serahkan kepada stylist kita, tapi apa yang penting adalah kesihatan baru semua boleh jadi,” ujarnya kepada media.

Ziana Zain Konsert 2024 akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.

Sekadar info, kali terakhir Ziana Zain muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi konsert Ziana Zain In The Park yang diadakan di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN