Siapa sangka drama Netflix popular ‘Bridgerton’ ini sebenarnya turut dibintangi oleh seorang anak seni yang berasal dari Malaysia. Kehadiran pelakon kelahiran Miri, Sarawak, Zheng Xi Yong dalam musim keempat siri berkenaan nyata mencuri perhatian ramai, sekaligus membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi sebuah produksi berskala global yang penuh glamor dan prestij.

Menerusi sebuah perkongsian di media sosial baru-baru ini, tular apabila peminat mula menyedari bahawa watak Lord Barnaby dalam ‘Bridgerton’ sebenarnya dilakonkan oleh pelakon Malaysia. Hal itu telah mencetuskan rasa bangga dalam kalangan warga internet, yang tidak menyangka seorang anak seni tempatan kini menjadi sebahagian daripada dunia “Ton” dalam siri popular tersebut.

Untuk pengetahuan, Zheng Xi Yong merupakan antara wajah baru yang diperkenalkan dalam musim ini, dan kemunculan beliau pastinya menambah kepelbagaian dalam barisan pelakon drama berlatarkan era Regency tersebut serta dianggap sebagai satu pencapaian bermakna.

Lord Barnaby Dalam Siri Popular ‘Bridgerton’ Rupanya Anak Malaysia! Zheng Xi Yong Mula Raih Perhatian Peminat

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)

Sebelum ini, pelakon berusia 32 tahun itu juga pernah terlibat dalam beberapa projek antarabangsa terkenal termasuk filem ‘Barbie’. Beliau turut dikreditkan dalam ‘Bridget Jones: Mad About The Boy’ serta produksi ‘Sandokan’ yang mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pelakon yang semakin menyerlah di peringkat global.

Dalam satu hantaran di Instagram, Zheng meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas peluang menyertai siri tersebut.

Ads

“Saya amat menghargai setiap detik sepanjang berada di set penggambaran dan bersama semua yang saya temui serta bekerjasama. Ia satu impian untuk menjadi sebahagian daripada semuanya,” tulisnya.

Lord Barnaby Dalam Siri Popular ‘Bridgerton’ Rupanya Anak Malaysia! Zheng Xi Yong Mula Raih Perhatian Peminat Lord Barnaby Dalam Siri Popular ‘Bridgerton’ Rupanya Anak Malaysia! Zheng Xi Yong Mula Raih Perhatian Peminat

Ads

Untuk rekod, ‘Bridgerton’ merupakan siri romantik yang diadaptasi daripada novel karya Julia Quinn, berlatarbelakangkan London pada awal abad ke-19 dalam versi alternatif era Regency. Musim keempat ini dijangka memfokuskan kisah Benedict Bridgerton, dengan elemen percintaan berinspirasikan kisah Cinderella yang disuntik dengan sentuhan moden seperti yang menjadi identiti utama siri tersebut.

Sementara itu, di media sosial pula, kehadiran Zheng Xi Yong menerima reaksi positif daripada ramai peminat, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia yang meluahkan rasa bangga kerana beliau bukan sahaja membawa nama negara, malah turut menjadi simbol representasi Asia Tenggara dalam sebuah produksi antarabangsa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads