Macam air pasang yang turun naik, begitulah hubungan cinta di antara penyanyi, Zayn Malik dan teman wanita yang juga supermodel terkemuka dunia, Gigi Hadid.
Terbaru, Zayn dikatakan telah menyenaraikan rumah mewahnya di United Kingdom untuk dijual. Dengan harga semasa bernilai GBP3.5 juta (RM18.92 juta), Zayn dikatakan ingin menjual rumahnya untuk berpindah ke New York kerana ingin berada lebih dekat dengan Gigi Hadid.
Bekas ahli One Direction yang terkenal dengan lagu barunya ‘Attention’ ini telah bertekad untuk ke New York. Jelas sumber daripada The Sun UK, Zayn ingin tinggal di kota yang digelar Big Apple kerana di situlah kebahagiaannya berada.
Dia juga merasakan ini merupakan waktu yang paling tepat untuk menjual rumahnya kerana selama ini pu dia jarang berada di rumah tersebut. Malah, Zayn lebih banyak berada di rumah keluarganya di Bradford seperti ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha sebelum ini.
Ads
Dengan kerjayanya sebagai penyanyi semakin berkembang di Amerika Syarikat ia juga dilihat sebagai antara faktor mengapa Zayn ingin berpindah.
Ads
Hubungan mereka yang tidak lekang dek kontroversi dan pelbagai ‘drama’ menyaksikan pasangan ini dianggap sebagai the hottest yung couple.
Namun Zayn kini tidak mahu meletakkan sebarang label di atas hubungannya dengan Gigi tetapi ingin melihat ia sendiri mekar tanpa perlu sebarang judgement daripada mana-mana pihak.
All the best for both of we! We stan Zayn and Gigi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakan arah kiblat yang ada kalanya tidak tepat dapat dibetulkan tepat jam 5.27 petang hari ini apabila fenomena matahari tegak di atas Kaabah di Makkah akan berlaku hari ini.
Planetarium Negara dalam satu kenyataan medianya memetik, pada hari Selasa, bersamaan 16 Julai 2019, rakyat Malaysia yang beragama Islam boleh mengesahkan arah kiblat dengan memerhatikan bayang-bayang matahari yang dihasilkan oleh objek-objek tegak tepat pada jam 5:27 petang waktu Malaysia.
Pada ketika itu Matahari berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah di Makkah dan kesemua bayang objek-objek tegak di atas permukaan Bumi pada waktu itu akan menghala ke arah Kaabah.
Kalau sebelum ini kita was-was dengan kedudukan arah kiblat tempat kita bersolat, justeru itu melalui Peristiwa Istiwa A’dzam yang berlaku dua kali setahun ini dapat menjadi panduan kita mengukur arah kiblat yang tepat.
Satu dari caranya, kita letakkan sejadah dekat dengan tingkap dan kemudian pada waktu ditetapkan kita akan dapat melihat bayang-bayang yang menjadi petunjuk arah kiblat yang tepat.
Jika hari ini kita bakal menyaksikan Peristiwa Istiwa A’dzam iaitu satu peristiwa kedudukan Matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa’. Nilai sudut Istiwa’, Matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Makkah di mana Kaabah terletak, esok pula, rakyat Malaysia dan seluruh Asia Tenggara akan dapat menyaksikan gerhana bulan separa yang akan berlaku mulai jam 4.01 pagi dan akan berakhir 6.59 pagi waktu Malaysia.
Selain negera di Asia Tenggara, fenomena Gerhana Bulan Separa yang berlaku setahun sekali ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Apa itu Gerhana Bulan Separa?
Gerhana Bulan Separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan Bulan, telah terlindung oleh jasad Bumi kita.
Inilah fenomena Gerhana Bulan Separa yang bakal berlaku esok jam 4.01 pagi dan berakhir 6.59 pagi
Secara amnya, gerhana ini berlaku Bumi akan berada di antara Matahari dan Bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, tetapi jika dilihat dari satah ‘tepi’, Bulan berada sedikit ke atas daripada garisan Matahari dan Bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang Bumi.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun tidak semua gerhana ini berlaku dalam bentuk yang sama. Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang Bumi yang mana satu, yang sedang dilalui oleh Bulan.
Bayang-bayang Bumi ada 2 kawasan yang dikenali sebagai umbra (paling gelap) dan penumbra (kurang gelap).
Jadi bagi korang yang nak tengok fenomena alam yang bukan selalu terjadi ini, boleh datang ke Planetarium Negara yang akan dibuka kepada awam mulai jam 2:00 pagi pada 17 Julai ini dengan menyediakan beberapa buah teleskop untuk kemudahan orang awam yang berminat untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut.
Sebelum berlakunya Gerhana Bulan Separa, sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2:00 pagi.
Kenampakan fenomena Gerhana Bulan Separa dan juga planet-planet adalah juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa. So gerhana bulan separa ini akan bermula jam 4:01 pagi dan akan berakhir pada jam 6:59 pagi waktu Malaysia. Gerhana pada kali ini akan mencapai maksimum pada jam 5:30 pagi di mana pada waktu itu hampir separuh permukaan Bulan akan dilindungi oleh bayang-bayang umbra Bumi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teka-teki sama ada Malaysia akan diisytiharkan darurat sejak semalam bukan saja dikhawatiri oleh orang ramai. Malah remaja dan belia di luar sana juga risau sekiranya pekara itu terjadi.
Hari ini, Parti MUDA yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meminta agar pemimpin dan pembangkang duduk membincangkan perihal Belanjawan 2021 agar hak rakyat terpelihara.
Dalam satu kenyatan dikeluarkan oleh mereka, MUDA menolak sebarang usaha ke arah darurat kerana ia menggugat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan merugikan rakyat.
Krisis kesihatan COVID-19 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menggantung urusan Parlimen dan kerajaan.Situasi darurat juga akan membawa keburukan yang lebih besar kepada rakyat Malaysia.
Pertama, ekonomi negara akan lumpuh dan periuk nasi terjejas. Peniaga SME, penjaja kecil dan syarikat-syarikat akan terkesan dalam usaha memulihkan ekonomi mereka. Pelaburan tidak akan dibuat kerana Malaysia bukan lagi negara demokratik.
Tidak mustahil, semakin ramai pekerja terpaksa dibuang. Pasaran saham juga jatuh. Pulangan pelaburan seperti ASB dan KWSP akan terjejas akibat darurat.
Kedua, darurat memberikan kuasa mutlat kepada Perdana Menteri. Perlembagaan boleh dipinda dan undang-undang boleh digubal tanpa melalui Parlimen. Kerajaan juga boleh campur tangan hal ehwal kerajaan negeri. Ini jelas menidakkan konsep semak dan imbang di negara kita.
Ketika ini, sudah wujud amalan double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang. Rakyat lari dikuarantin didenda, Menteri lari bercuti dibela.
Menyedari impak ini, MUDA berharap agar Majlis Raja-Raja melalui kebijaksanaan yang ada tidak bersetuju dengan saranan Perdana Menteri dan jemaah menterinya.Malaysia jelas sedang berada di persimpangan sejarah yang amat tajam beloknya. Sejarah akan mengajar. Dan orang muda akan belajar.
Duduk berbincang, tak perlu isytihar darurat
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga membuktikan bahawa amalan perbincangan boleh menyelesaikan masalah. Ini dibuktikan melalui UNDI18 iaitu meminda umur layak mengundi.
Jelas Syed Saddiq dalam hantarannya, dahulu dirinya pernah diperlekehkan apabila mencuba untuk pinda perlembagaan (UNDI18) walaupun kerajaan tiada sokongan 2/3 ahli parlimen.
“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia tetapi, Alhamdulillah, kerana Bipartisanhip, kita berjaya lakukan bersama.
“Saya dimaki oleh segelintir pemimpin kerana duduk bersama pembangkang untuk usahakan agenda nasional.
“I marched forward because i believe that we can create history together for Malaysia. Malaysia needs more bipartisanship!
“Ketepikan Ego & pecahkan tembok kepartian demi Malaysia tercinta. Saya berharap YAB Perdana Menteri boleh mempertimbangkan cadangan saya.
” Kalau takut tidak cukup sokongan di parlimen, jangan ambil jalan mudah untuk gantung parlimen & demokrasi. Jumpa dengan semua & cari titik tengah bersama.
“We are not unreasonable. We love Malaysia more than anything else. We did it before, We can do it again for Malaysia,” catat beliau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam musim wabak COVID-19 yang semakin berleluasa, penggunaan hand sanitizer dah jadi semacam keperluan wajib di mana-mana.
Setiap rumah dah ada stok, dalam kereta dah standby, dalam poket atau beg tangan pun ada satu.
Secara tak langsung, demand terhadap hand sanitizer pun meningkat secara mendadak kerana ia berfungsi menyahjangkit kuman.
Tapi siapa sangka, seorang penjaga pintu masuk pasar awam di Lunas, Kedah kantoi apabila tindakannya yang menggantikan cecair pembasmi kuman dengan air paip dikesan pihak berwajib.
Tindakan licik lelaki ini yang tidak mematuhi SOP ini dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan didakwa di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Kedah ketika ini, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim menegaskan agar semua penduduk tempatan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah.
“Kita kesan ada peniaga yang tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dengan sebaiknya, jadi langkah-langkah ini perlu dilakukan seperti saranan kerajaan.
“Saya juga berharap pelanggan mematuhi semua SOP yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan diharap ia akan dipatuhi sepenuhnya. Kami dan agensi berkenaan akan sentiasa memastikan semua SOP ini diikuti,” katanya.
Menurut laporan Astro Awani, untuk rekod 65 kompaun telah dikeluarkan bermula 10 Jun lepas sehingga kini atas pelbagai kesalahan seperti tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dan buku catatan di premis, serta tidak memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.
So, korang hati-hati ye kalau nak pakai sanitizer dekat kedai-kedai tu. Better bawa sendiri je lah hand sanitizer tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!