Bintang terkenal K-Pop, Yugyeom GOT7 baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan tarikh rasmi pendaftarannya untuk menjalani latihan wajib ketenteraan dan akan memulakan perkhidmatannya pada 29 September ini.

Menurut kenyataan rasmi dari pihak agensi AOMG, pemilik nama sebenar Kim Yugyeom (28) akan menjalani khidmat wajib ketenteraan sebagai anggota band tentera. Penempatan ini sekaligus menjadikan beliau sebagai seorang ‘askar berkemahiran khas’ yang berkhidmat dalam unit dengan kepakaran tertentu yang pastinya berbeza daripada penugasan ketenteraan biasa.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan yang sama, AOMG juga menyampaikan penghargaan kepada para peminat yang telah memberikan sokongan padu sepanjang perjalanan kerjaya Yugyeom dan memaklumkan bahawa pelantikan ini dibuat selepas pelantung lagu ‘LA SOL MI’  berkenaan menerima notis rasmi daripada pihak Pentadbiran Buruh Ketenteraan Korea.

Ads
Yugyeom GOT7 Sedia Galas Tugas Negara, Sertai Wajib Tentera 29 September Ini
Kredit foto: IG Yugyeom
Yugyeom GOT7 Sedia Galas Tugas Negara, Sertai Wajib Tentera 29 September Ini
Kredit foto: IG Yugyeom

Pada masa yang sama, agensi berkenaan menjelaskan bahawa majlis pendaftaran Yugyeom tidak akan dibuka kepada umum kerana acara tersebut akan turut dihadiri oleh ramai anggota tentera lain bersama ahli keluarga mereka. Justeru itu, lokasi serta jadual terperinci tidak akan didedahkan demi mengelakkan kesesakan atau perkara tidak diingini berlaku.

Bagi menghormati situasi ini, AOMG turut meminta agar para peminat tidak menghadiri majlis pendaftaran dan menegaskan tiada acara khas pelepasan akan diadakan pada hari berkenaan. Sebaliknya, peminat diminta untuk terus memberi sokongan moral dari jauh.

Ads
Yugyeom GOT7 Sedia Galas Tugas Negara, Sertai Wajib Tentera 29 September Ini
Kredit foto: IG Yugyeom
Yugyeom GOT7 Sedia Galas Tugas Negara, Sertai Wajib Tentera 29 September Ini
Kredit foto: IG Yugyeom

Sementara itu, para peminat juga diharapkan untuk terus memberi dorongan dan sokongan tanpa henti kepada Yugyeom sepanjang beliau menjalankan tanggungjawab negara serta berharap agar mereka sabar menantikan kepulangan idola kesayangan itu selepas menunaikan kewajipan tersebut.

Sekadar info, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Yugyeom dan ahli-ahli GOT7 lain banyak memberi tumpuan kepada aktiviti solo mereka. Kini, Yugyeom menjadi satu-satunya ahli kumpulan tersebut yang masih perlu menyelesaikan kewajipan ketenteraan, memandangkan ahli lain seperti Mark Tuan, Jackson Wang dan BamBam bukan warganegara Korea.

Ads

Walaupun sementara ini peminat terpaksa berjauhan, Yugyeom dijangka kembali dengan lebih matang dan penuh semangat selepas tamat tempoh perkhidmatan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads