Fesyen

Meerqeen Bintangi Kempen Aidilfitri Global Pertama YSL Beauty ‘The Golden Celebration’

Share

Jenama Perancis terkenal, YSL Beauty menebarkan pengaruh kepada kelompok pelanggan Muslim di rantau Asia Tenggara apabila buat julung kalinya memperkenalkan kempen Aidilfitri pada tahun ini.

Kempen yang diberi judul The Golden Celebration ini bertambah manis apabila ia dibintangi pelakon dan duta YSL Beauty Malaysia, Meerqeen. Dua lagi selebriti yang dilantik untuk kempen berkenaan ialah Luna Maya dari Indonesia dan Boran Kuzum dari Turkiye.

Meerqeen.

Dikenali sebagai pencetus trend fesyen dan stail dalam kalangan peminatnya, Meerqeen, 24 dengan penuh karisma memegang set hadiah dan koleksi kapsul eksklusif oleh YSL Beauty dalam foto rasmi yang diluncurkan jenama berkenaan.

Ia diinspirasikan daripada rona keemasan pasir di kawasan gurun dan keindahan biasan matahari terbenam sewaktu umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Visual kempen yang menampilkan idea penuh estetik ini membuatkan ramai peminat Meerqeen teringin untuk mendapatkan produk-produk yang ditawarkan YSL Beauty sempena musim perayaan ini.

Ini termasuklah LVDP Premium Gift Sets, wangian Eau de Parfum LIBRE dan MYSLF serta beberapa lagi koleksi mekap dan penjagaan kulit wajah edisi terhad.

Sama ada ia adalah kegunaan peribadi atau untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang, you cannot go wrong with this Eid line.

Bersempena pelancaran kempen ini juga, peminat kini berpeluang untuk mendekati Meerqeen dalam sebuah acara meet & greet di booth L’Oreal Luxe Multi-Branded Eid Mubarak di IOI Putrajaya pada 1 Mac 2026; dari 2 petang sehingga 4 petang.

Terdahulu, Meerqeen pernah menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pertunjukan fesyen Saint Laurent di Paris pada September 2023.

Selain itu, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu juga dilantik sebagai muse koleksi haute parfumerie Le Vestiaire des Parfums pada akhir tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ